7

14.4K 199 26
                                    


"Aku terima nikah, Rahiza binti Ismail dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai".

Fakhrul kelegaan, Iza yang duduk tak jauh dari situ tersenyum bersyukur. Sempat lagi Iza mengangkat ibu jari, bagus. Hanya sekali lafaz, terjalinlah hubungan sah antara mereka. Selepas ni tiada lagi syaitan bersorak.

Mujur baju pengantin Iza tak begitu mengikut bentuk badan sewaktu menempah dulu. Jadi masih muat disarungkan walaupun badan Iza sudah mulai berbeza sedikit.

Fakhrul dan Iza menunaikan solat sunat sebelum melaksanakan upacara menyerahkan mas kawin. Bingkai gambar yang berisi wang hantaran diserahkan, kemudian seutas gelang tangan dipakai pada tangan kanan Iza. Iza menciumi tangan Fakhrul lama. Banyak lensa kamera dihalakan kepada mereka.

"Dah.. cium dahi isteri pula". Suara dari kalangan makcik makcik mengarahkan pose berikutnya.

Fakhrul memegang hujung dagu Iza, ditatap mata Iza yang dilekap dengan kanta lekap berwarna coklat. Cantik... dirapatkan bibirnya pada bibir Iza yang disapu dengan gincu berona merah jambu muda, basah, menggiurkan.

Pap...
Kepala Fakhrul ditempeleng dari sisi. Mak merenung tajam.

"Cium dahi la. Gelojoh sangat". Gamat dewan nikah tersebut, pengantin gelojoh. Iza tertunduk, menahan tawa.

Ciuman Fakhrul singgah di dahi lza lama. Aksi biasa biasa saja, cukup sekadar untuk menjadi kenangan.

Jamuan kecil selepas majlis bernikah, meriah. Iza duduk di meja hujung hanya minum, tak mampu nak menelan makanan. Sebu perutnya. Fakhrul melayan tetamu yang terdiri dari keluarga terdekat dan teman rapatnya - Iza tak kenal. Fakhrul pun tidak menunjukkan minat untuk perkenalkan Iza kepada mereka.

"Tahniah Iza", ucap Remy berbaju melayu hijau muda dan bersamping. Segak. Tiba tiba muncul di depan Iza.

"Thanks Remy", balas Iza. Bibirnya terukir senyuman yang sudah lama tak dilihat oleh Remy. Mata mereka bertemu. Songkok di kepalanya, dipegang pegang mengelakkan rasa janggal. Dah lama sangat tak bertegur dengan Iza.

"Kau pasti dengan keputusan kau ni?", soal Remy berbisik. Iza tercengang dengan soalan itu. Sesuatu yang di luar jangkaannya.

"Maksud kau? Pernikahan ni? Ye, aku yakin". Pelik Iza, apa jenis soalan ni. Kat kampus, asyik menjauhkan diri tiba-tiba hari ni, datang tanya macam tu.

Remy sekadar menganggukkan kepala, wajahnya agak sugul. Seperti ada sesuatu yang nak disampaikan namun terhalang.
"Aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat".

"Terima kasih. Kau sihat?", tanya Iza. Dia merindui saat mereka rapat dahulu, berkongsi cerita dan rasa.

"Tak. Aku demam ni. Esok mungkin aku tak dapat datang", balas Remy masih menatap wajah Iza dengan seribu rahsia yang tersembunyi di hati.

"Hei Remy. Puas aku cari kau. Dengan Iza rupanya. Bercakap pasal apa?", kata Fakhrul menepuk bahu Remy. Remy terbatuk-batuk. Benarlah, dia tak sihat.

"Aku cakap tahniah je. Aku tak datang esok ye. Tak sedap badan". Remy berjabat tangan dengan Fakhrul dan terus berlalu. Fakhrul dan Iza saling berpandangan dengan tingkah Remy.

Rombongan Fakhrul pulang ke rumah singgahan berdekatan rumah kak Intan. Manakala Fakhrul mengikut keluarga Iza pulang ke rumah. Ada majlis berinai malam itu.

Iza masuk ke bilik dan duduk di atas katil, berdebar menanti Fakhrul. Walaupun sudah sering berdua tapi kali ini berbeza.

Pintu diketuk, terpacul wajah suami yang baru dinikahi, tersenyum. Fakhrul duduk di sebelah Iza.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now