"Rahiza. Rahiza"Iza berpusing ke belakang. Sir Azman berjalan ke arahnya, melambai dan menyuruh dia menunggu. Iza bergerak ke tepi agar tidak menghalang perjalanan pelajar lain yang bergegas untuk ke kelas seterusnya. Iza ada waktu senggang sebelum kelas seterusnya, jadi dia merancang untuk mengisi perut.
"Hi Sir. What's up?", sapa Iza sebaik Sir Azman sampai di depannya.
"Saja. Ternampak you. Jom kita brunch. My treat", pelawa Sir Azman.
"Ok. Kecil tapak tangan, padang uni saya tadahkan", balas Iza kegirangan sambil menepuk tangan. Sir Azman tertawa kecil. Kali ini hanya mereka berdua. Remy entah di mana, lokasi sering saja tak dapat dikesan akhir - akhir ini. Nira dan Nadia ke makmal komputer untuk menyiapkan tugasan. Gembiralah Iza bila ada teman untuk makan, ada teman sembang.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke cafe berdekatan fakulti bahasa. Jauh sikit la dari fakultinya tapi dekat dengan pejabat Sir. Tak mengapalah, dah Sir mahu ke situ, Iza ikut saja, orang belanja.
Sir Azman tak la tinggi mana, sama tinggi Iza saja. Orangnya cerah, sekali pandang memang ingat apek. Tapi apek educated la bukan apek jual sayur di pasar.
Masa awal semester dulu, ketika menyusun jadual kelas, Iza dah terdengar sok-sek sok-sek tentang Sir Azman. Macam macam cerita yang membuatkan Iza berminat untuk mendaftar masuk ke kelas Sir Azman. Berebut tau, siapa cepat daftar, dia yang dapat.
Lalu Iza pun cepat cepat mendaftar untuk kelas Bahasa Inggeris dibawah penyeliaan Sir Azman. Seronok belajar dengannya, menganggap pelajar seperti rakan. Selalu saja keluar makan dan melepak bersama. Pernah juga Iza dan kawan kawan bertanya kenapa belum berpunya. Katanya halangan dari pihak keluarga dan kini masih mencari pengganti yang sesuai bukannya tangkap muat.
"Sandwich je?", tanya Sir Azman. Makin sepet matanya memandang hidangan yang Iza pilih. Sedang dia memesan Ribeye.
"Cukup la", balas Iza. Sir Azman tersenyum melihat raut wajah Iza yang manis. Tak jemu menatap wajah Iza, persis wajah mantan pacarnya.
"You ada masalah dengan Remy ke?", soalnya lagi, mula mengunyah kentang goreng yang ada didalam pinggan.
Berkerut dahi Iza. Remy?? Ada apa dengan Remy.
"Takde. Kenapa?", kata Iza dengan nada terkejut.
"Dah tak nampak you berdua kemana mana. Remy pun I nampak dia dengan junior sekarang ni ", jelas Sir Azman. Itu pandangan kasarnya kerana sebelum dia mengenali Remy dan Iza seperti sekarang, mereka ni dah sentiasa berdua ke mana mana. Pagi pagi lagi dah nampak berkepit, hatta malam sekalipun begitu.
"Ohh. Kami kawan saja Sir. Bukan ada hubungan istimewa pun", terang Iza. Dia tahu ramai yang salah anggap tentang hubungan dia dan Remy.
"Come I suap you. Rasa sepotong. Makan tu je mana kenyang". Potongan daging yang dicucuk pada garfu sudah sampai ke mulut Iza. Mahu tak mahu, Iza membuka mulutnya. Malu dengan mereka yang ada di cafe. Cafe dalam universiti, ok. Semua orang kenal siapa Sir Azman, the most eligible bachelor. Tak pasal nanti jadi buah mulut orang. Saat ni, belum wujud lagi istilah viral dan membawang.
"Thanks. Sir makan la. Nanti tak kenyang".
Merah muka Iza sambil mengunyah potongan daging tadi. Hati Sir Azman berbunga melihat sikap Iza.
"I ingat you dengan Remy bercinta", kata Sir Azman sambil memotong daging, tersenyum.
"Tak. Tak pernah. Dia sepupu tunang saya".
Sir Azman berhenti seketika dari terus memotong daging, "Tunang? You dah bertunang?"
Dipandang cincin pada jari manis Iza. Iza mengangguk.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...