5

17.7K 215 70
                                    

"Betul kamu berdua ni serius nak kawin?", tanya ayah Fakhrul setelah mereka selesai makan malam. Berkerut dahi orang tua tu ketika isterinya memberitahu hal tersebut petang tadi.

Kini mereka berempat-ayah, mak, Fakhrul dan Iza di ruang tamu. Husna dihalau awal awal masuk ke bilik. Fakhrul dan Iza menggangguk, saling berpandangan. Ayah membetulkan kacamatanya.

"Iza ni belum habis belajar. Fakhrul, kamu tu kerja belum setengah tahun lagi. Ada ke duit ni? Ayah cakap terus terang, ayah tak mampu nak sponsor kenduri kamu. Gaji kerani pejabat tanah macam ayah bukan besar pun".

"Insya Allah, ada duit sikit sikit ni. Tak pun nanti abang buat loan ". Fakhrul yang membahasakan dirinya dengan gelaran abang, menyuarakan pendapatnya

"Kalau nak kawin sangat pun, tunggulah Iza habis belajar. Ayah tak setuju kalau kawin masa tengah belajar ni. Mak ayah Iza pun mesti tak setuju", balas ayahnya, memandang wajah Iza. Dia tak mahu Iza bergelut menguruskan rumahtangga dan pelajaran, apatah lagi Fakhrul sering tiada di darat.

"Tapi Iza ada 4 bulan je lagi nak habis belajar ayah. Fakhrul yakin kami ok kalau kawin sekarang. Tak ganggu pun study Iza", pujuk Fakhrul. Dia tetap inginkan impiannya terlaksana.

"4 bulan lama tu bang. Intan cakap Fakhrul ni selalu sangat bawa Iza keluar. Risau saya. Tah apa apa nanti dibuatnya", bisik mak pada ayah. Sempat dihubungi Intan, anak sulungnya bertanya tentang Fakhrul. Ayah merenung wajah mak. Mereka tau gelodak jiwa muda. Mereka juga pernah melaluinya.

"Kawin ni bukan perkara main main Fakhrul. Kamu dah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami? Kawin ni bukan atas katil semata. Banyak perlu dilakukan".

"Iza, kamu rasa mampu ke balik dari kelas terus uruskan rumahtangga dan suami? Fakhrul ni cerewet tau. Kamu baru nak menyiapkan tugasan tapi si Fakhrul ni merengek nak kamu peluk dia, macam mana? Dia ni manja tau". Merah muka Iza, terus dia tertunduk. Malu dengan kata kata ayah.

"Dah ayah. Kami dah sedia. Kami dah lama berkawan", jawab Fakhrul yakin sepenuh hati.

"Kawan ni tak sama macam kawin. Ayah tak nak kamu sia sia kan masa depan Iza. Pada ayah, kawin ni amanah. Jaga pasangan hingga ke akhir hayat. Didik dia dan anak anak nanti. Ayah tak nak dengar cerai berai ni. Banyak dah ayah dengar berkawan bertahun tahun, kawin tak sampai setahun dah bercerai. Kenapa? Tiada penyesuaian katanya. Fikir habis habis kalau nak kawin", nasihat ayah.

"Ayah, kami dah nekad. Nak dirikan masjid. Nak halalkan hubungan kami. Fakhrul janji akan jaga Iza hingga akhir hayat". Terus saja disahut Fakhrul. Kali ini benar, dia nak menikahi Iza. Kenapa banyak benar ayat ayat berbunyi negatif dari ayah seolah tak menyetujui tindakannya ini.

"Janji yang sama depan ibubapa Iza juga. Jangan persiakan anak orang", kata ayah seolah memberi amaran, merenung wajah anak lelaki tunggalnya.

Fakhrul mengangguk. Diambilnya beg kertas ditepi kakinya dan diberikan pada mak.

"Dalam ni ada cincin dan kain ela. Mak dengan ayah pergi esok ye", pinta Fakhrul mengharap.

"Astagfirullahalazim. Cepatnya. Ibubapa Iza dah tau belum?", kata mak terkejut.

Iza menggeleng. Dia sendiri pun terkejut sebenarnya saat mereka berdua ke bandar Temerloh. Ingatkan sekadar membeli pakaian dalamnya, untuk gantian. Sekali, Fakhrul menariknya masuk ke Kedai Emas Teck Seong untuk membeli cincin belah rotan. Kemudian ke kedai kain pula.

Esoknya, pagi pagi lagi Iza menelefon keluarganya, menyampaikan hasrat keluarga Fakhrul.

Tebal telinganya akibat bebelan ibu, bila mengetahui dia berada di Temerloh, rumah keluarga Fakhrul. Bermalam pula tu.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now