"Iza".
Teman sebilik Rahiza mengejutkannya yang sedang mengulit mimpi. Seminggu cuti, sebelum peperiksaan bermula. Rahiza jenis suka belajar selepas tengah malam. Lepas subuh, tidur."Apa?", jawabnya lemah dengan mata tertutup.
"Remy nak jumpa. Dia tunggu kat bawah".
"Pukul berapa ni?", tanyanya sambil mengeliat.
"Sebelas. Cepat la", gesa temannya.
Rahiza bangun dan melakukan apa yang patut sebelum turun menemui Remy. Serba pantas.
"Kenapa? Aku mengantuk la", luahnya sebaik nampak Remy. Tudung merah diselempang ke bahu, hanya baju putih tanpa lengan dilindungi dengan baju jaket Varsiti berwarna merah putih dan seluar trek merah.
"Kau dah gila ke Iza?". Terkejut Iza bila Remy tiba tiba menjerkahnya.
"Apa ni?", tanya Iza kebingungan. Bengang juga pagi pagi dah kena.
"Kakak Fakhrul cari aku. Kau minta putus dua hari lepas?", kata Remy, nyata berang dengan tindakan Iza.
Rahiza berpeluk tubuh, mengangguk. "I need my me time. Aku nak fokus exam kali ni. Dulu dia kat sana, aku tak rasa sangat masa exam". Dia mengharap Remy mengerti apa yang dimaksudkan.
"Ikut aku". Remy menarik lengannya.
"Ke mana?", tanya Iza yang diheret dek Remy.
"Rumah kak Intan. Fakhrul mengurungkan diri. Semua pisau kat dapur dia bawa masuk bilik. Botol clorox pun dia ambil. Dia suruh kak Intan bawa kau jumpa dia"
"Ya Allah... kenapa Fakhrul ni. Aku minta break sekejap je. Sampai habis exam", luah Iza, cemas.
"Jom naik kereta kak Intan". Rahiza mengikut saja, menaiki kereta Perodua Kancil 850cc warna kelabu.
"Macam mana boleh jadi ni kak?", soalan pertama keluar dari mulut Iza sebaik kereta kancil itu bergerak.
"Entah. Malam tadi, kawan serumah dia datang. Hantar Fakhrul. Mereka cakap Fakhrul berkurung dalam bilik. Tak makan tak minum. Mula mula dibiarkan, untuk privacy. Tapi dah lama, tu yang dihantar ke rumah akak. Takut jika terjadi perkara buruk".
Iza mengeluh. "Dah tu macam mana boleh cari saya?"
"Nama Iza sentiasa di bibirnya. Iza ada bagi baju pada dia ye?"
"Ha??? Ohh.. baju tu. Masa dia pergi UK dulu. Kenapa?"
"Dia peluk baju tu tak nak lepas"
Iza tersandar di belakang, memejam matanya. Setiap nafas yang dihela berat. Bukan dia tak sayang, sayang sangat sangat pada Fakhrul. Termasuk tahun ni, dah tahun ke enam mereka bercinta. Walaupun ramai yang datang dalam hidup Iza, hatinya tetap pada Fakhrul. Sungguh dia tak sangka hal ini boleh berlaku.
"Iza, akak harap sangat Iza boleh pujuk Fakhrul. Dia tu anak kesayangan mak dan abah. Satu satunya anak lelaki mereka. Anak harapan. Mesti mak abah sedih jika tau tentang perkara ni. Tambah kecewa jika Fakhrul tak dapat diselamatkan. Tolonglah Iza, akak harap sangat Iza boleh tolong", kata kak Iza penuh pengharapan sebaik mereka tiba di rumah kak Intan. Mata kak Intan sudah bengkak menangis.
Sesampai di depan pintu bilik paling hujung di tingkat atas, Rahiza mengetuk dan memanggil Fakhrul. Pintu dibuka, kelihatan Fakhrul tak terurus. Mereka berpandangan. Rahiza ditarik masuk, kemudian pintu ditutup semula.
Keadaan bilik gelap gelita. Harapkan cahaya dari luar masuk mengikut ruang ruang yang ada.
Fakhrul menarik tangan Rahiza ke katil. Mereka berdua duduk bersebelahan. No more halal gap. Malah dah bersentuhan pun.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...