2

16.2K 285 35
                                    

"Saya tak suka la awak join teater tu".

Ayat tu terngiang ngiang di telinga Rahiza sepanjang malam. Seni teater dan lakonan adalah jiwanya. Zaman sekolah dulu dia dihalang dek keluarga, kini Fakhrul pula. Walaupun itu bukan bidang yang Rahiza belajar untuk segulung ijazah. Rahiza terasa seolah olah dia terperosok di sudut bilik.

"Kenapa?"

"Perempuan lelaki bergaul tiada batas. Kalau berlatih waktu malam, mesti balik lewat malam kan?", soal Fakhrul. Rahiza mengangguk perlahan. Fakhrul menggelengkan kepalanya, tak suka kenyataan itu.

"Boleh pula awak share minum air dari satu bekas", kata Fakhrul menyindir.

"Apa masalahnya share air?", tanya Rahiza keliru, apa kena mengenanya dalam hal ini.

"It is like kissing you indirectly", jawab Fakhrul penuh sinis.

"What?".

Terus terasa panas di bibir. Rahiza tak pernah terfikir tentang itu.

Tak sangka, pelawaannya untuk Fakhrul melihat dia berlatih teater membawa masalah. Rancangan sebenar dia dan Fakhrul adalah untuk ke Genting Highland pada hari itu.

Tapi Tuah ingin meneruskan latihan. Semuanya menurut sahaja tanpa bantahan. Lagipun, bukan seharian. Selepas tamat latihan petang tu, Rahiza dan Fakhrul keluar makan bersama dan disitulah semuanya terkeluar.

"Apa yang saya buat sampai awak rasa saya bebas bergaul dalam latihan tu?", tanya Rahiza meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Dah tak berselera untuk makan lagi. Padahal itu makanan kegemarannya, nasi goreng ikan masin di roof top Pasar Seni.

"Scene yang awak terbaring tu. Nampak bukit bukau tu mencacak naik". Rahiza menundukkan kepala, lantas menarik tudung yang diselempangkan tadi bila mata Fakhrul merenung ke arah yang dimaksudkan.

"Awak ingat diorang tu takde nafsu ke tengok boobs awak tu. Lagipun dalam cerita tu, awak watak utama. Tentu awak selalu berlatih berdua dengan Tuah kan? Dia watak utama juga kan?"

Rahiza mengetap bibir, menahan marah. Benar, banyak babak dalam cerita itu antara dia dan Tuah. Tapi, setiap latihan Fahmi dan Zana ada bersama. Zana, back up sekiranya pada hari pertandingan nanti dia tak sihat atau ada kecemasan. Begitu juga Fahmi, untuk watak yang dibawa olehTuah.

"Awak ni, main tuduh tuduh je saya. Awak ingat saya semurah tu?".

"Saya tak kata begitu. Sebaiknya, elakkan. Saya tak mahu bakal isteri saya bergelumang dengan dosa. Saya nak jaga awak hingga ke syurga". Lembut tutur bicara Fakhrul, melenturkan ketegangan yang terasa tadi.

"Saya sayangkan bidang ni. Lagipun tak lama lagi pertandingan",  kata Rahiza memujuk Fakhrul.

"Awak, masa pertandingan nanti lagi banyak mata yang menjamah tubuh awak. Lagipun, banyak masa awak akan dihabiskan dengan mereka, siang malam".

"Ok Fakhrul. Apa yang awak nak katakan sebenarnya?".

Fakhrul merenung wajah Rahiza, kekasih hatinya sejak dari Tingkatan Empat. Habis SPM, mereka terpisah dengan lautan. Dia ke United Kingdom melanjutkan pelajaran manakala Rahiza menyambungkan pelajaran di universiti tempatan. Dia sudah bawa berjumpa dengan keluarganya dua tiga kali, dan memang ibunya berkenan sungguh dengan Rahiza. Kini, dia hanya perlu mendapatkan pekerjaan tetap sebelum menyunting Rahiza untuk menjadi permaisuri hati.

"Saya tau awak ramai peminat, saya akui saya cemburu. Saya sayangkan awak. Saya tak nak berkongsi awak dengan orang lain".

😑😑😑

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now