Bermulanya kisah ini lebih sepuluh tahun dahulu.. lebih ye.
💋💋💋
"Berseri muka kau. Tadi keluar kelas mencuka", tegur Nira tatkala mereka bertembung.
Rahiza menayangkan sampul surat bersetemkan luar negara kepadanya. Senyumnya melebar umpamanya dari telinga ke telinga.
"Padan la. Dapat surat marka".
Dari pejabat kolej, Rahiza terus mendaki tangga untuk ke bilik tanpa singgah di kantin untuk membeli makanan. Terasa kenyang perut bila mendapat kiriman tersayang.
Tudung dibuka, disangkut elok elok supaya tak keromot. Kain baju kurung dilucutkan. Kipas yang berputar memberi rasa nyaman. Ye la, panas berjalan balik dari blok akademik ke hostel.
Rahiza merebahkan tubuh ke katil, menggoyakkan hujung sampul surat. Helaian kiriman kali ini tebal. Puas membacanya.
Surat yang telah dibaca, dilipat kembali dan masukkan ke dalam sampul tadi. Kemudian Rahiza letak ke dalam sarung bantal yang berada dibawah kepalanya. Bukan apa, senang kalau terasa nak baca lagi. Pengubat rindu.
Patung Pink Panther pemberian si dia sewaktu pulang bercuti musim panas tempoh hari, dipeluk erat. Rindu terasa. Si dia di semester akhir sekarang. Rahiza masih ada dua semester untuk graduasi, itu pun jenuh disusun jadual sepadat mungkin setiap semester. Mujur dia pun jenis terang hati, mudah baginya walau banyak subjek diambil.
Malam, Rahiza ke kafe siber berdekatan kolej kediaman. Seperti biasa, di booking jam 11. Waktu si dia sudah habis kelas. Mereka berchatting menggunakan mIRC, melepas rindu.
Kadang kala jika si dia ada duit lebih, si dia akan memberitahu bahawa si dia akan menelefon. Jadinya, Rahiza harus standby di telefon awam di tingkat bilik. Telefon itu satu satunya yang boleh menerima panggilan masuk untuk blok dia tinggal. Ini mesti dibooking awal awal. Dan yang menelefon tak boleh terlambat, nanti kena berhenti juga bila tiba masa untuk memberi laluan orang lain pula.
Payah hubungan jarak jauh ni. Hati kena jaga. Mata pun. Terlalu banyak godaan.
***
"Iza...". Langkahnya terhenti sebaik keluar dari kelas. Remy melambai padanya. Rahiza meneruskan langkah supaya tak menghalang perjalanan teman teman lain untuk keluar. Ditunggunya Remy tak jauh dari pintu kelas, di koridor.
"Ada apa?", soalnya sambil bersaingan berjalan dengan Remy untuk kelas seterusnya.
"Jangan lupa malam ni, ada latihan. Hafal skrip tu. Nanti Tuah bising", katanya sambil bersalaman dengan pelajar lelaki lain yang berselisih dengannya. Dah umpama Yang Berhormat dia ni.
"Panjang la skrip tu Mie. Aku banyak kerja lain", balas Iza.
"Come on Iza. Kau tau tak, watak kau tu ramai yang nak tau. Ada yang dah berbaik baik dengan Tuah sebab nakkan watak kau tu".
"Diorang nak mengedik dengan Tuah, tu sebabnya. Aku tak", jawab Iza. Tuah, pelajar dari Sarawak, kini di semester akhir yang aktif berkarya dan berteater, segak memang menjadi tarikan kelab teater universiti mereka. Malah, pelajar universiti lain pun kenal Tuah lebih dari yang lain.
"Bersyukur la Tuah pilih kau sebagai watak utama disamping dia lagi sekali. Dia serasi berlakon dengan kau. Ada chemistry".
Rahiza mengeluh perlahan, dia dah berjanji untuk bertemu Fakhrul selepas kelas petang ini. Fakhrul sudah tamat pengajian dan berada di Malaysia. Kini sedang mencari pekerjaan.
Fakhrul menumpang di rumah kawan kawan yang sudah berkerja di Bukit Jalil sementara mendapatkan pekerjaan, walaupun ada kakak tinggal berdekatan situ.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...