Asal Usul Langsuir

2K 69 14
                                              

Ramai di kalangan orang-orang Nusantara mengenali makhluk ini sebagai Hantu yang menakutkan terutamanya spesis Langsuir Rimba dan sesetengah golongan-golongan pula menganggap ia hanyalah dari kalangan Jin yang suka mengganggu manusia.

Tapi ada tak yang tertanya kalau ia sejenis Jin...sudah tentu makhluk Langsuir ini ada pelbagai rupa bentuk dan warna kulit tapi di mana2 saja penampakan Langsuir, semuanya sama trademarknye bertubuh seakan wanita, rambut kusut mengurai menutupi wajah dan berselubungi kain putih. Dah macam Unit Beruniform plak sebab dalam beribu-ribu Langsuir yang ditemui di tanah nusantara ini semuanya sama... takde beza sikitpun....

Dari mana Asalnya Makhluk Langsuir??

Ok sebelum tu mari kita bercerita tentang Widodori atau lebih dikenali sebagai Bidadari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ok sebelum tu mari kita bercerita tentang Widodori atau lebih dikenali sebagai Bidadari. Bidadari adalah makhluk dari Syurga yang tidak tergambar cantiknya tiada manusia yang mampu menandingi kecantikan mana2 Bidadari, Uqasha, Nora Danish, Sari Yanti, semuanya tidak setanding langsung Bidadari ini.

Makhluk Bidadari mempunyai beberapa Kelompok Level Golongan. Yang paling Tinggi ialah Golongan2 Puteri. Golongan ini tidak pernah meninggalkan Syurga, dan sentiasa berada di Taman-taman Syurga menantikan Para Syuhada dan bakal2 Penghuni Syurga Istimewa yang terpilih untuk dijadikan Suami kemudian setiap Puteri ini akan diasuh oleh puluhan Dayang yang berpakai putih bersih...

Dan golongan yang paling bawah ialah Bidadari Pengasuh yang menjaga Roh roh Kudus yang masih belum dihantar ke jasad manusia.. Setiap Roh2 ini ditiup ke Bumi memasuki kedalam Rahim2 manusia, para2 Pengasuh ini turut mengikutinya dan meresap kedalam daging yang dikenali Uri sebagai tugasan terakhir mereka menjaga Roh2 ini yang sudah membetuk janin hingga Bayi.

Sebab tu orang2 tua kata. Uri ni ialah "Kakak" kepada Bayi2 yang dilahirkan.....selepas Bayi selamat dilahirkan, Uri2 ini haruslah disempurnakan dan ditanam supaya para pengasuh ini dapat kembali ketempat asal mereka disyurga.....

Sekiranya tidak disempurnakan, ia akan terus bergentayangan disisi bayi.....sebab tu bayi2 baru lahir selalu tengok keatas dan kadang tersenyum, kerana Para Pengasuh ini masih lagi bermain2 dengan mereka sambil mendodoi atau bersiul.

Tetapi umum mengetahui, makhluk2 dari Syurga Kecuali Para Malaikat2 Utama, tidak boleh hidup lama diBumi, kerana persekitaran yang Kotor dengan Dosa dan Syaitan lebih lama mereka bergentayangan, dibumi mereka akan menjadi Korup dan akhir bertukar menjadi Makhluk yang lain yang menyeramkan....

Kewujudan langsuir adalah disebabkan para"Pengasuh2" yang bergentayangan lama berpunca amalan-amalan orang-orang Kafir atau pun Ibu ibu yang melahirkan Anak Luar Nikah yang membuang Uri2 tanpa menanamnya dengan sempurna.....maka Para2 "Pengasuh" ini kekal bergentayangan hingga korup dan menjadi Makhluk Langsuir

Sebab itu lah Langsuir2 semuanya bertubuh Wanita dan semua berpakaian putih,iaitu pakaian asal mereka. Mereka bertukar dari cantik bertukar Kusut masai dari Berkain Putih bertukar Putih lusuh berlumut, dari bersiul dan mendodoi bertukar hilaian menakutkan dan setiap Langsuir yang dipaku dileher mampu bertukar menjadi Wanita cantik (Seperti mana Pontianak) kerana mungkin proses "reboot"ke wajah asa .tapi hanyalah bersifat temporary....so sesapa yang banyak dosa dan rasa tak layak masuk syurga tapi teringin nak jumpa Bidadari boleh la cari Langsuir, paku belakang dia....huhu

Wallahualam

Ntah betul ke tidak...sekadar cerita..

*******
Tolong vote..

Yang MisteriWhere stories live. Discover now