Bab 37

117K 5.8K 854
                                    

Hasya merenung di anjung rumah kampung itu. Pandangannya masih tak beralih dari pintu pagar yang sudah kelam dek kegelapan malam itu. Berharap ada cahaya kereta yang memasuki lama rumah itu.

Sudah 2 hari Uwais belum pulang. Whatsapp juga satu tick saja yang ditinggal. Hasya memeluk kaki lalu dagu dilabuhkan di atas lututnya.

"Abang." Panggil Hasya sendirian. Matanya terlalu kuyu tapi masih belum jemu menatap pintu pagar.

Baik-baik sajakah abang Uwais?

"Hasya.." panggil Mak Wan di hadapan pintu. Hasya senyap mengendahkan panggilan Mak Wan.

"Masuklah. Kang berembun depan ni, demam pulak. Nanti-nanti Uwais baliklah tu."

Hasya menggeleng-geleng kepalanya perlahan. "Mak Wan masuklah dulu. Hasya tunggu abang Uwais."

Mak Wan menghela nafas. Jampi apa Uwais ni pakai kat anak aku ni? Sampai macam ni sekali rindunya. Yang Uwais ni pun, tak faham lagi ke manja isteri dia sorang ni? Sekurang-kurangnya hantar la mesej.

"Masuk dalam Hasya. Kau tu mengandung. Kang mengamuk pulak Uwais apa-apa jadi kat anak dia." Ugut Mak Wan. Dia bersandar di birai pintu itu apabila dah terlalu oenat menunggu Hasya. Nak masuk bilik, risau pulak mak buyung ni.

Hasya memasamkan wajahnya. Ada benar juga kata Mak Wan. Keselamatan anaknya juga perlu diingat. Dia mengeluh sambil perlahan bangun dari duduknya.

Mak Wan segera membetulkan tubuhnya yang tersandar tadi. Wajah monyok Hasya dipandang. Nampak sedih betul dengan baju Uwais yang sangat besar dengan tubuhnya.

Tiba di hadapan Mak Wan, Hasya mendongak sedikit. Matanya berkaca-kaca. Mak Wan menanti saja ayat yang bakal keluar dari mulut Hasya.

"Nanti abang balik, Mak Wan kejut Hasya tau." Ucap Hasya penuh berharap.

"Iye nak.. dah pergi tidur. Tidur pakai stokin. Jangan lupa basuh muka semua." Pesan Mak Wan sambil membetulkan baju Uwais yang dipakai Hasya. Gedoboh, besar sangat dengan tubuh kecil Hasya. Tulang bahu baju itu sampai melurut ke siku Hasya.

"Terima kasih Mak Wan. Selamat malam" Hasya mencium tangan Mak Wan sebelum dia melangkah naik ke bilik.

Mak Wan memerhati tubuh Hasya yang tak bermaya itu. Dadanya yang berdebar dipegang. Haihh..apa nak jadi ni?

Hasya masuk ke dalam bilik. Sunyinya. Sudah lama dia tak tidur sendiri. Setiap malam, selalu dia akan terlena dalam pelukan Uwais. Sekarang bila Uwais tiada, tidurnya tak senang. Ada saja sesuatu yang tak kena.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Kain pelikat milik Uwais diambil lalu dilitupi tubuhnya. Meringkuk kecil dia dalam kain pelikat Uwais.

Tangan dibawa melapik pipi. Air mata jatuh setitik demi setitik. Abang, lambat lagi ke?

×××

"Sudah la tu Hasya. Pergi bawak mandi sama. Dari semalam dengan baju tu." Tegur Mak Wan melihat Hasya yang asyik merenung tangannya yang mengupas kulit mempelam.

"Nanti la Hasya mandi" balasnya sambil memasukkan pelam yang sudah dipotong Mak Wan ke dalam mulutnya.

Semalam, muntahnya datang kembali. Tekaknya juga masih loya. Melihat keadaan itu, pagi-pagi lagi Mak Wan ke batas untuk memetik buah mempelam yang masih menghijau. Mahu buat jeruk untuk Hasya. Risau juga dari semalam Hasya tidak mahu menjamah apa-apa.

"Pergilah.. nanti Uwais balik tengok isteri dia selekeh macam ni. Dia suka ke? Tak kan? Dah pergi mandi. Wangi-wangi. Nanti mesti Uwais balik." Pujuk Mak Wan sambil menolak lembut tubuh Hasya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now