Lambat-lambat Roseanna celikkan mata. Benda pertama yang dia lihat adalah.. night stand. Dan ada sepasang tangan di hadapan wajahnya. Tangan putih, sasa dan berurat. Apabila tersedar seperti ada sesuatu yang tak kena, Roseanna menjerit.
"Argh!!! Apa kau buat ni?!" Roseanna menolak-nolak tubuh Jung Hyun tanpa belas kerana Jung Hyun masih tidur. Suaminya cemas dan terus duduk dengan mata yang merah.
"Apa?! Ada apa?! Kenapa?!"
"Kau! Kenapa kau tidur sebelah aku?! Kenapa peluk aku?! Kenapa kau..." Roseanna berjeda kerana hendak menghempuk bahu Jung Hyun dengan bantal sebelum dia menyambung.
"... tak pakai baju?! Kau buat apa?!" Jerit Roseanna lantang. Jung Hyun baru sedar. Dia terkebil-kebil sebelum meraup wajah dengan tangan. Terus sakit kepalanya kerana disergah begini.
"Tak, saya tak buat apa-apa pun. Saya tidur je." Jawab Jung Hyun lemah. Roseanna mendengus tidak percaya.
"Tidur? Perlu ke tidur sebelah aku? Kau ambil kesempatankan?!" Tuduh Roseanna lagi. Kali ini Jung Hyun sudah mengeluh. Dia penat dituduh-tuduh dengan tuduhan tidak berasas ini.
"Semalam, awak period pain. Saya memang tak nak tidur sini sebab tak nak ganggu awak lepas sapu minyak. Lagipun saya ada kerja sikit nak buat. But you hold my hand. Tak bagi saya keluar. Then I bring all my stuff here to do my work but you told me to sleep here. With you. Beside you. Langsung tak bagi saya buka laptop or handphone. And suddenly awak muntah atas saya. Habis semuanya. That's why I'm half naked right now. Puas hati?"
Terdiam terus Roseanna dibuatnya. Terkaku seluruh tubuh mendengar penerangan yang jelas bukan tipu. Dia nampak baju T shirt Jung Hyun ada dalam bakul baju kotor tepi pintu tandas. Jelas sangat ada sisa-sisa mi kacang hitam atas baju Jung Hyun.
Oh Tuhan...
Namun kerana ego, kata-kata maaf langsung tidak terucap dari dua ulas bibir Roseanna. Malah dia menyelak gebar ke tepi dan terus masuk ke tandas tanpa memandang Jung Hyun.
Jung Hyun dalam diam tersenyum kecil. Dia tidak marah. Malah dia bahagia kerana dapat menjaga Roseanna yang sedang sakit datang bulan. Walaupun sekadar sakit itu, tetapi dia seronok kerana dapat duduk dekat dengan Roseanna. Terasa terubat sakit rindunya selama ini.
"Nanti turun eah, breakfast." Jerit Jung Hyun. Mengharap agar Roseanna dengar. Jung Hyun terus keluar bilik.
Roseanna yang berada di dalam tandas termenung. Dia masih belum mencuci muka atau mandi. Dia termenung duduk di atas birai jakuzi. Seluruh tubuhnya dibelek. Ya, memang tiada apa-apa yang berlaku pun antaranya dan Jung Hyun. Tetapi kenapa dia...
"Argh!!" Roseanna jerit senyap. Kepalanya dipegang. Stress.
"Aku benci kau, tapi kenapa kau layan aku macam ni, Jung Hyun?" Mata Roseanna kabur. Bibirnya mencemik. Sebak dan sedih. Tak tahu kerana apa.
Pertama, dia masih marahkan Jung Hyun.
Kedua, dia tak suka Jung Hyun terlalu baik dengannya.
Ketiga, dia mahu bebas. Dia tidak mahu terperangkap dengan status isteri kepada juruterbang peribadi menteri ini. Tapi itulah.. susah sungguh penceraian hendak dilakukan.
Roseanna menangis. Tetapi tidak teresak kasar. Sekadar mengalir air mata dan esak halus. Belakang tangan menyeka pipi dan wajah. Menghapusi air mata.
Bagilah dia peluang, Rose. Dia layak diberi peluang.
Dia suami kau. Kau isteri dia. Sama-sama manusia dan kurang sempurna.
Maafkanlah dia, Rose.
Roseanna dengar kata-kata asing itu dari seluruh minda dan fikirannya. Kemudian dia tertunduk lagi. Menangis. Bukan dia tidak mahu memberi peluang, tetapi dia takut peluang dan kepercayaannya kembali dirobek-robek lagi. Cukuplah sekali, dia serik untuk bercinta.
Malas hendak melayan perasaan, Roseanna ke sinki. Rutin paginya, gosok gigi dan cuci muka. Tetapi apa yang membantutnya rutinnya itu adalah.. tiada pencuci muka. Baru Roseanna tersedar, sudah lebih sehari dia tidak menjaga wajahnya.
"Tak ambil kat rumah pula." Decit Roseanna. Dia terlupa, dia datang ke rumah ini tanpa membawa segala keperluan tubuh badannya. Produk penjagaan muka, alat mandiannya, alat solek, dan segalanya! Termasuklah...
"My calvin klien." Ya, baju dan seluar kecilnya sekali pun dia tak bawa juga rasanya. Roseanna tepuk dahi. Nak keluar? Macam tak ada lubang tikus di dalam rumah ini. Nak bagitahu suaminya?
MEMANG TIDAKLAH.
Stress berfikir panjang, Roseanna buka paip air dan tadahkan air menggunakan kedua belah tangan. Kemudian dia tekup pada wajah.
Ahh.. nyamannya.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...
Bab 11 📍
Start from the beginning
![[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)](https://img.wattpad.com/cover/143056424-64-k299554.jpg)