(Maafkan saya kalau ada silap bahasa or tatabasa or typo.)
"Jung Jeffry Jaehyun bin Abdullah. Aku nikahkan kau dengan Nur Safarin binti Sulaiman dengan mas kahwin sebanyak dua ratus tujuh puluh lima ringgit tunai." Tok kadi melafaskan akad nikah.
Semua tetamu yang ada berdebar-debar menanti pengantin lelaki ulang lafaz akad nikah itu. Pengantin perempuan pula jangan cerita, jantung dia rasa macam nak melompat keluar pun ada. Pengantin lelaki lagi lah. Jantung dia rasa macam nak meletup, badan pula dah menggeletar sebab terlalu nervous.
Pengantin lelaki tarik nafas dalam2. "Saya Jung Jeffry Jaehyun bin Abdullah terima nikahnya Nur Safarin binti Sulaiman dengan mas kahwin dua ratus tujuh puluh lima ringgit tunai." Dengan sekali nafas, Jaehyun atau nama islamnya Jung Jeffry Jaehyun sah menjadi suami kepada Nur Safarin binti Sulaiman.
"Sah?" Tok kadi tanya dekat saksi2 yang ada.
"Sah sah." Jawab saksi2 itu.
"Alhamdulillah." Tok kadi mengucapkan rasa bersyukur apabila sesi akad nikah berjalan dengan lancar.
Semua yang ada di situ menghela nafas lega. Lega selega leganya. Gembira dan terharu, semua rasakan perasaan yang sama.
Kemudian doa dibaca. Semua ahli keluarga pengantin dan tetamu menadah tangan serta mengaminkan doa. Mereka juga inginkan kebahagian buat Jung agar bahagia dunia dan akhirat. Bahagia hingga ke jannah.
Safarin sesekali memandang suaminya dengan sekilas pandang. Sesekali hatinya mengucapkan rasa bersyukur setelah Jaehyun sah menjadi suaminya. Bersyukur yang doanya untuk menjadi isteri yang sah kepada Jaehyun di makbulkan oleh ALLAH. Bersyukur kerana Jaehyun sudi memeluk agama islam. Bersyukur yang majlis hari ini berjalan dengan lancar. Bersyukur yang ibu bapa Jaehyun mampu terima dia sebagai menantu dan tak menentang bila Jaehyun nak memeluk agama islam.
Mungkin sebab keluarga Jaehyun jenis yang mudah menerima apa sahaja agama. Kerana mereka pernah kata yang memilih agama adalah hak masing2. Asalkan mereka tidak memutuskan tali persaudaraan setelah masuk ke agama lain.
Setelas doa selesai di baca. Mereka duduk menghadap antara satu sama lain dan mula membaca ikrar bagi seorang suami dan isteri. Apa hak suami dan apa tanggungjawab suami. Apa hak isteri dan apa tanggungjawab isteri. Setelah semua selesai, sesi pembatalan air sembahyang dengan menyarungkan cincin di teruskan.
Jaehyun mengambil cincin di dalam kotak segi empat yang berwarna ke-emasan itu. Kemudian tangan Safarin dicapai dan cincin disarung di jari manis milik Safarin. Manakala Safarin juga melakukan hal yang sama dekat Jaehyun. Setelah itu mereka bersalaman. Setakat itu sahaja. Tak kan lah nak buat lebih2, dalam masjid pula tu.
Kemudian mereka menyalam ibu bapa masing2 dan sanak saudara.
Masing2 mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
"Mak." Safarin menangis terharu ketika memeluk ibunya.
Si ibu membalas pelukan anaknya. Dia gembira bila anaknya sudah mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun. Walau agak muda, tapi dia yakin yang anaknya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri terhadap suaminya.
"Ingat ye. Kamu kena jadi isteri yang taat pada suami. Dengar segala perintah suami selagi tak melanggar hukum syarak. Dan jalankan semua tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri. Mak yakin yang kamu mampu." Puan Sarimah sekali lagi memeluk Safarin dengan erat selepas mencium dahi Safarin.
Kemudian ibu bapa Jaehyun datang menghampiri Safarin.
"Eomma." Safarin menyapa ibu mertuanya.
"My daughter." Puan Jung depakan tangan supaya Safarin memeluknya. Hari itu Puan Jung memakai baju kurung disebabkan mereka menikah di dalam masjid.

YOU ARE READING
Jodoh Mr. Jung Jaehyun (Slow Update)
RandomCerita mengenai sepasang suami isteri. Rumahtangga mereka berakhir setelah satu kejadian berlaku. Kejadian tanpa sengaja. Tapi dapatkah mereka bersama semula? Ikuti kisah Jodoh Mr. Jung Jaehyun. Cast: Jaehyun Nct (Jung Jeffry Jaehyun / Jung Jaehyun)...