Bab 8

1.1K 51 2

ISLAH hanya menurut kemahuan Arwisy untuk ke Pulau Langkawi. Mereka check-in di kawasan Pantai Cenang. Islah telah pun memaklumkan kepada Zaidi mengenai percutian mereka. Sayangnya Pak Iman tidak dapat ikut serta kerana ada program di surau kawasan perumahannya. Jadi mereka bercuti bertiga sahaja. Islah, Arwisy dan Anisa.

Demi Arwisy, Islah terpaksa mengadap ibubapa Anisa bagi meminta izin orang tuanya agar dapat membenarkan Anisa turut serta dalam percutian mereka. Islah sememangnya tiada halangan untuk Anisa turut serta.

Islah telah menempah 2 bilik untuk mereka. Islah dan Anisa akan berkongsi bilik yang sama. Sampai sahaja di hotel penginapan mereka, Islah segera meluruskan badannya. Betapa nikmatnya dapat baring atas katil yang empuk. Baru sahaja nak melelapkan mata, Anisa mengatakan bahawa Arwisy ingin turun makan. Dalam keterpaksaan, Islah segera bangun dan membersihkan diri.

"Kak, ada masalah ke?" tak semena soalan itu yang ditanya oleh Arwisy. Islah mengerutkan dahi sambil memandang Anisa yang turut melihat ke arahnya. Laju Islah melangkah menuju ke lift.

"Soalan lain please." Bagi Islah, ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercerita tentang masalahnya apatah lagi dia cukup kenal perwatakkan Arwisy.

"Eleh... suka mengelat. Okeylah lepas ni nak ke mana?" soal Arwisy.

"Cable car jom!" Anisa bersuara.

"Laaa tadi kata nak pergi makan." sengaja Islah menyakat mereka.

"Akak!" jerit Arwisy membuatkan Islah menghamburkan ketawa. Ketawa yang dirasakan hambar sekali.

"Lepas makan kita naik cable car,  ye Anisa." Islah bersuara sebaik tawanya terhenti.

"Eh akak dah sewa kereta ke?" soal Arwisy.

"Kau ni macam tak biasakan? Akak sewa Myvi je. Ingat nak sewa heli tapi tak mampulah pula."

Anisa ketawa mendengar lawak selamba dari Islah. Dia masih kekok kerana betul benar-benar mengenali Islah. Tapi dari apa yang diceritakan oleh Arwisy, Islah seorang yang sangat senang digauli.

Islah segera menghubungi Umar, kenalan Zaidi yang membuat servis sewa kereta. Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa dia telah berada di lobi hotel, Umar terus datang menemuinya.

"Nah kunci. Kereta saya dah park  kat depan. Ini nombor plat kereta. Islah tak perlu bayar sebab Zaidi dah selesaikan bayaran untuk seminggu. Kalau ada apa-apa masalah, Islah terus call saya ye."

"Oh dia dah bayar ye? Takde pula dia bagitahu dia dah bayar. Kalau macam tu, jimat duit saya. Boleh tambah duit shopping." Sempat lagi Islah bergurau. Ini bukan kali pertama dia ke situ. Dah kerap sangat Zaidi bawanya ke situ. Dia sendiri tak tahu apa istimewanya tempat tu pada Zaidi. Mereka sempat berbual buat seketika sebelum Umar minta diri untuk meneruskan kerjanya.

"Rancaknya borak," tegur Arwisy sebaik sahaja Umar berlalu.

"Tu kawan abang masa sekolah dulu. Bawa diri ke sini lepas keluarga buang dia hanya sebab dia gagal SPM. Tapi berkat usaha dan kesungguhan dia, dia berjaya buka syarikat sewa kenderaan kat sini. Bermula dengan sebuah kereta je sekarang ni dengarnya banyak dah cawangan dia buka sekitar Langkawi ni." Islah menerangkan serba sedikit pasal Umar.

"Hidup kita inikan dik tak selalunya indah. Kadangkala kita senyum ketawa sebab nak sembunyikan segala kedukaan dan kesedihan dalam hati. Lagipun, hidup kita semua tak sama nasib. Masing-masing diuji dengan bahagian masing-masing. Eh.. membebel pula. Jomlah kita pergi makan. Dah berlagu keroncong untuk Ana dah perut kau kan?" Selamba Islah menepek. berkerut dahi Anisa melihat kelakuan Islah. Dalam duk nasihat orang, sempat lagi mengenakan orang.

"Awak jangan hairan eh. Akak memang macam ni dari dulu lagi. Kami hidup bertiga je. Akak, Arwisy dan ayah. Suka duka kami lalui bersama. Akak ingat pesan arwah mak akak, hidup ni jangan selalu berkisarkan tentang diri sendiri. Hidup ini berkisarkan orang sekeliling kita."

"Dahlah jom pergi makan. Tadi cakap lapar sangat. Kita makan dekat-dekat sini jelah ye."

Islah menyusun langkah menuju ke kafe berhampiran. Sebaik sahaja memesan makan, mereka berbual mengenai banyak perkara termasuklah mengenai diri Anisa.

"Nisa tiga beradik je. Anak bongsu. Anak perempuan tunggal. Abang-abang memang over protecting. Along dengan Angah cukup tak suka Nisa berkawan rapat dengan lelaki. Tapi, Arwisy ni lain. Tak tahu jampi serapah apa yang dia guna hembus kat abang-abang Nisa sampai diorang semua puji Arwisy tinggi melangit."

Anisa ketawa dengan kata-katanya. Begitu juga Islah.

"Sebelum family awak sampai saya dah baca jampi serapah panjang lebar tau. Penat mulut saya ni terkumat kamit baca jampi serapah tu. Awak apa tau."

Mereka sama-sama ketawa. Terhibur hati Islah bersama mereka. Hilang seketika kesedihan dihatinya.

Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now