BAB 41

1.3K 85 20
                                    

MEDIA:Turn to Allah.He is never far away.Put your trust on him,raise your hand and pray oooo Ya Allah💕♬♬

Kakinya melangkah tanpa henti.Tiada sebarang hala tuju di dalam mindanya.Entah hendak menuju ke mana dengan kedaan tidak terurus itu.Sakit yang dirasakan satu badan itu tak dipedulikan.

Dalam gelap gelita itu dia hanya mampu berjalan berpandukan cahaya-cahaya dari lampu jalan yang sudah malap itu.Mata semakin kabur angkara kepenatan.

"Aku nak pergi mana?",sang jejaka mempersoalkan apabila menyedari dirinya yang sudah tidak mempunyai apa-apa itu.Keretanya sudah hilang entah ke mana.Nak menuju ke rumah tiada sebarang duit yang boleh digunakan bagi menaiki kenderaan awam.

Entah bagaimana tanpa dia sedar dia berada di dalam perkarangan yang sungguh indah.Tiada sebarang kenderaan yang kelihatan mungkin kerana sudah larut malam.Matanya melilau lagi hingga tepat memanah kepada kaliamah suci yang terpampang pada dinding bangunan itu.

"All..lahh",tergagap-gagap dia membacanya.Masih dia teringat betapa lancarnya lidah itu membaca bahasa jawi pada  suatu masa dahulu.Namun sekarang semuanya sudah mula pudar dan menghilang.

Matanya memandang keseluruhan struktur bangunan itu.Samar-samar sahaja suasana di situ namun di sudut penjuru itu terdapat cahaya menyinar.Cahaya itu seperti memanggil maka kaki digerakkan ke arah itu dengan penuh rasa ingin tahu.

Suara kedengaran.Entah suara siapa tapi suara itu sangat menenangkan.Alunan dan bacaannya itu sungguh merdu.Ayat yang dilafazkan iti tetap terasa mendalam walau sepatah perkataan pon tidak difahaminya.

"Tenangnya Ya Allah.Segala masalah yang menghimpit hati dan fikiran ini terasa seperti hilang dalam sekelip mata",kata hatinya sambil mata terpejam menghayati bacaan alunan itu dan tanpa sedar bibir itu melakar senyum.

"Saudara!Kenapa berdiri di situ?",suara yang tidak terlalu garau itu bertanya.Matanya yang tertutp itu serentak terbuka.Bibir yang tersenyum itu automatik terpadam dan hanya wajah kaget yang disuakan.Memang tenang suara itu bertanya namun dirinya tetap terkejut kerana terlalu khusyuk dengan bacaan tadi.

"Aaaa..Tak ada apa",jawabnya dan terus memalingkan tubuhnya bagi melangkah pergi.Sepantas itu bahu terasa disentuh dan kakinya terkaku.Tidak tahu mengapa tapi dirinya terasa seperti terlalu tidak berdaya untuk menolak.Bukan kerana tiada tenaga tetapi hatinya tidak sehaluan dengan mindanya.

"Saudara dari mana ni?Kenapa jadi macam ni?",lelaki muda berkopiah itu bertanya lembut sambil matanya meneliti kesan darah yang masih kekal di pakaian.

"Tak ada apa-apa.Kebetulan je saya lalu sini.Lepastu dengar macam bacaan apa entah tapi macam menarik saya ke sini.Tak pe saya dah nak pergi",jawabnya dan sekali percubaan lagi untuk melangkah pergi.

"Kenapa perlu berdalih lagi?Kenapa harus menyangkal lagi?Kenapa mesti menafikannya lagi?Saudara,tidakkah awak sedar bahawa hidayah Allah yang menarik awak ke sini?Tidakkah awak tertanya-tanya mengapa hati awak sebegitu melonjak mahu ke sini.Ke rumah Allah ini,"lembut sahaja dia berkata namun ada tegasnya.

Si lelaki itu cuma terkaku.Benar!Benar juga apa yang dikatakannya itu.Padahal sebelum ini dirnya sudah biasa mendengar alunan mengaji namun langsung dia tidak terkesan.Akan tetapi,hari ini mengapa dia seperti terlalu membuak-buak mahu menghampiri perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang jadi pada awak.Saya tidak tahu bagaimana awak di luar sana.Tapi saya yakin.Kalau awak mampu tiba di sini pasti masih ada iman jauh di sudut hati awak.Dan rumah Allah ini sentisa terbuka.Jadi janganlah awak pergi begitu sahaja.Bayangkan andai sahaja ini kali terakhir awak tiba di sini dengan bernyawa,tidakkan awak berasa rugi?",lancar lagi segala kata-kata itu dilontatkan oleh lelaki berjubah itu.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now