💞26

28.5K 1K 67
                                    

Gembiranya hati bila ammar ajak dinner. Katanya dinner dengan doktor doktor pakar dari hospital hospital di wilayah persekutuan kl ni. Katanya boleh lah jumpa kawan kawan lama dia kat hkl dulu. Aku pakai dress royal blue sama dengan warna kemeja ammar. Dah lama tak melaram macam ni. Haha! Skill make up pun dah tumpul. Tapi takat touch up sikit sikit boleh la. Jadi la make up nipis nipis je.

Dinner berlangsung di hotel intercontinental.. Nampak grand, mewah. Sebenarnya dinner ini diadakan untuk mereka berkumpul semasa doktor. Tak ramai pun. Adalah dalam 200 orang termasuk ada yang membawa ahli keluarga.

Tapi sebenarnya aku gugup jugak. Yela.. Mesti kawan kawan dia pun beristerikan doktor.aku je nurse. Huhu..

Sebaik sahaja tiba, kami beriringan berjalan diatas karpet merah. Wahh eksklusif sungguh majlis ni. Karpet merah, spotlight yang setia menemani tetamu satu persatu. Dah macam artis aku rasa. Boleh tak nak lambai lambai? Haha. Kau jangan cari pasal pia.. Aku peluk je lengan ammar sebab aku pakai high heels. Tapi takde la tinggi sangat. 3 inci pun rasa nak tergolek. Mujur ammar memahami. Dia pun jalan slow slow.

Setelah duduk di meja yang tersedia nama kami, aku perasan dr farah datang lalu duduk disebelah ammar. Entah apa yang dibisikkan pada ammar.erghhh...main bisik bisik pulak ingat sweet ke? Hello bini dia hidup lagi ok. Boleh tak nak jerit macam tu.. Geram pulak aku. Cakap jela macam biasa perlu ke berbisik bisik?

Majlis berjalan seperti dirancang. Ucapan, ucapan & ucapan. Aku pun tak berapa ambil perhatian sebab tengah sakit harmti tengok orang sebelah berbual. Dan Akhirnya boleh makan. Yeayyy.... Sedapnya menu.. Steak, spegetti, cocktail, nasi beriani. Semuanya ada te4hidang atas meja.

"sayang nak apa? Spegetti nak?" soal ammar bila aku baru angkat punggung nak ambil makanan. Ternampak pula muka dr farah. Dia menjeling aku. Macam jelik sangat tengok aku.

"nak.. Tapi nak steak jugak" kataku. Ammar apalagi jeling aku. Dia mana bagi aku makan banyak banyak. Kolestrol katanya. Aku buat muka kesian. Dah la aku memang kosongkan perut sebab nak p dinner ni.

"okey, today only" kata ammar lalu mengambilkan steak lalu diletakkan atas pinggan ku.

"eh, ammar.." aku dengar seseorang menegurnya.

"eh, hariz.. Ya Allah lama tak jumpa" ammar bangun lalu bersalaman dengan lelaki bernama haris. Mestila doktorkan.. Huhu. Aku nampak seorang wanita disisinya serta anak permpuannya yang masih kecil didukung oleh wanita itu. Isterinya barangkali.lalu aku pun menyalaminya mesra.

"ni tempat kau ke? Duduk la riz. Aku ingat takdatang tadi" nampak excited sangat ammar.

Wanita itu duduk disebelahku. Aku senyum sahaja.

"sihat ke riz? Lama tak jumpa." soal ammar.

"sihat je. Kau amacam? Macam lagi sihat je berbanding zaman bujang dulu" kata hariz.

"bini jaga, bro.. Mestilah.. Kau pun sama" kata ammar.

"haaa lupa pulak.. Ni dr hariz. Dia ni kawan abang masa belajar kat aussy dulu. Sekarang kat rehab cheras.." ammar perkenalkan hariz padaku. "ni wife dia sayang, nurse jugak." kata ammar.

"ohyeke?" aku macam tak percaya. Ada jugak nurse kat sini. Huhu. "sofia" aku perkenalkan diri padanya

"aisyah" balasnya sepatah.

Mula mula agak kekok, akhirnya aku biasa dengan aisyah. Macam dah lama kenal rasanya. Dia pun terima nasib macam aku. Bila suaminya ditempatkan di hospital yang sama dengannya. Dikecam tak sudah. Aku pelik, pelik dengan mentaliti orang sekarang. Tambahan pula aku lihat, dr haris tu macam kacukan arab sikit hidung  mancung. Aisyah tak kurang lawanya. Memang bagai pinang dibelah dua. Sama sama lawa. Mungkin ada yang cemburu. Hmmm.. Bila ckp pasal cemburu...

Aku pandang dr farah yang tak sudah sudah buat muka menyampahnya bila kami berbual mesra. Mungkin kerana dia kesepian disitu. Huhh! Padan muka! Huhu.. Jahat la kau ni pia.

Aku pandang sekeliling. Ada je dr lelaki yang kacak kacak, datang sorang.. Pergi la ngorat.. Kenapa nak husband i jugak?

"excuse me, i nak ke ladies kejap" kata dr farah tiba tiba.  Masing masing bagaikan pause sebentar dari berbual.

Dr hariz hanya mengangguk lalu menyambung perbualannya. Aku tengok dia berlalu dengan muka masamnya.

"siapa tu, mar?" soal dr hariz.

"tu farah. Kira macam senior aku la. Dia jadi specialist dulu dari aku. Tapi, langsung tak pandai buat apa." kata ammar.

"serius ke? Macam mana dia boleh pas exam?"

"aku taktahu" ammar malas panjangkan cerita. Dia angkat bahu sahaja.

****

Tamatlah sudah majlis malam ni. Aku tengok ammar salam rakan rakannya sebelum beredar. Seronok betul dia. Yelah mungkin sebab dapat jumpa kawan lama kan..

Tapi yang paling seronoknya kami tiba tiba dapat hadiah pasangan paling segak malam ni. Segak ke? Segak la kot dari orang lain..huhu..

"ammar, you teman i ke kereta boleh? Ai parking kat basement" kata dr farah tiba tiba.

"basement berapa? I pun parking kat bawah. B1."

"Oh. Sama."

"okey jom. Better you jalan dulu. Sebab wife i jalan slow sikit" kata ammar. Yela aku pakai high heel kot. Jalan laju laju mau tergolek.

Aku dengar dr farah merungut sebelum berjalan dihadapan kami.

"baju ni luck kot sayang. Tak pasal pasal dapat hadiah pasangan paling segak." kata ammar,kami berjalan sambil berpegangan tangan. Romantik habis dah aku rasa. Yela mana selalu macam ni. Kalau dah ada peluang grab jela. Hahahha..

"ofcoz la. Baju ni sayang yang pilih okey?"

"bukan pasal baju la abang rasa."

"habis tu?"

"pasal abang memang segak."

"ceh... Perasannn" kami ketawa suka. Dr farah tiba tiba jeling kami.

"you berdua ni please la jangan nak tergedik gedik. Meluat i tengok." katanya.

"meluat jangan tengok" kata ammar lalu kami berjalan melepasi nya yang berhenti. Nak tergelak aku tengok muka ayam berak kapur dr farah tu. Hahahah! This is my man okey!

hello husbandWhere stories live. Discover now