Akhirnya Haeun dan Baekhyun sampai di Jepun untuk menjemput abang kesayangannya Taetae busuk atau nama sebenarnya Kim Taehyung. Keadaan begitu janggal. Tiada langsung perbualan ataupun senyuman yang singgah dibibir mereka. Apakah ini dipanggil perang dunia? Mungkin. Haeun masih lagi bingung dengan situasi ini dimana dia perlu berkahwin dengan Baekhyun yang sudah tentu tidak mencintainya dan mempunyai perempuan lain . Ataupun ini juga adalah salah satu daripada rancangan Baekhyun? Siapa tahu.
Sesampainya di bilik bernombor 389, Haeun terus mengangkat luggage tersebut tanpa menghiraukan kehadiran Baekhyun yang berada dibelakangnya. Haeun meletakkan barang barangnya di tepi almari solek. Baekhyun yang sudah masuk ke bilik itu mula terpaku. 2 katil single , 2 almari solek ,2 almari pakaian , 2 sofa , 2 meja kecil juga 2 televisyen dan tidak lupa juga dengan 2 peti ais.. Apakah ini? Kenapa semua barang ada dua? Wahh ini betul betul perang dunia lah.
"Kenapa Hae pilih pakej yang ada 2 barang setiap jenis? Tak ke panggil membazir ni?Mesti harga pun mahal bukan? Baek tak pernah tahu pula ada pakej macam ni. " Baekhyun mula berjalan ke arah katil yang bertentang dengan katil milik Haeun. Perlahan lahan badannya direbah di atas katil tersebut. Sungguh memenatkan lagi lagi apabila memikirkan tentang masalahnya yang tidak pernah selesai itu . Bukan setakat itu malah semakin bertambah pula.
"Kalau tak suka dengan pakej ini, saya dengan hati yang terbuka ingin menghalau anda untuk menyewa bilik lain. Kalau tak nak sewa bilik lain sila tutup mulut anda sebelum saya melancarkan perang dunia yang seterusnya. Kemungkinan 3 tahun kita takkan bercakap langsung. "
Haeun mula meletakkan pakaian di dalam almari. Senang untuk dipilih dan diambil. Haeun masih lagi geram dengan situasi ini. Angan angan untuk melawat bandar matahari terbit bersama sama Sohee dan Taetae akhirnya hancur. Bukan dia tidak pernah berangan untuk berkahwin dengan Baekhyun serta mempunyai banyak anak dan boleh melawat melawat ke tempat tempat yang menarik bersama 'ahli keluarga barunya ', tetapi dengan keadaan seperti ini tidak mengizinkan mereka. Lagipun mereka hanya berkahwin tanpa sebab dan mungkin juga Haeun ialah mangsa didalam masalah ini.
'' Bukan perang dunia tu tengah lancar ke sekarang ni? ''Baekhyun mengusik. Kadang kadang ada juga kedengaran bunyi ketawa. Haeun terus menjeling dengan pandangan yang cukup untuk membuatkan Baekhyun berhenti ketawa. Nampaknya Haeun tengah marahlah sekarang ni. Emosinya tak berapa stabil.
Baju yang masih di dalam genggamannya dilemparkan. Kakinya mula diaturkan ke arah Baekhyun. Rasa marah masih lagi membuak buak.
''Baekhyun boleh tak awak berhenti bercakap dengan saya sekarang? Saya tak ade mood sekarang ni. Awak tahu tak betapa stress nya saya bila saya kena kahwin dengan awak tanpa dirancang? Kenapa banner tu ada nama saya dan bukannya nama Yoona? Ye saya mengaku yang dulu saya memang cintakan awak. Cinta sangat sangat. Tapi saya rasa perasaan tu dah mula pudar bila saya dapat tahu yang awak ni suka mainkan hati perempuan.''
Baekhyun yang sedang baring akhirnya membuka matanya. Dia langsung tiada niat untuk mempermainkan hati siapa siapa sekarang ni. Malah dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga banner yang ditempah untuk majlis perkahwinannya bersama Yoona bertukar kepada nama Haeun.
'' Sorry Haeun. Saya langsung tak tahu kenapa semua tu jadi macam ni. Maafkan saya sebab awak turut terlibat dalam masalah ni. Saya minta maaf sangat sangat. " Lembut sahaja suara yang dikeluarkan oleh Baekhyun.
"Ohh awak rasa kan perkataan maaf tu saya boleh terima ke? Awak hanya ucapkan kata kata maaf tu tapi sebenarnya awak tak ikhlas pun kan? Dengan cara awak bercakap tu pun saya dah tahulah. Awak ingat dengan kata kata maaf tu boleh buatkan hati saya yang dah hancur ni kembali kepada bentuk yang asal erh? Tak weh. Takkan pernah kembali kepada bentuk asal."
Haeun menekup mukanya. Air matanya hampir sahaja keluar . Baekhyun mula bangun dan memeluk Haeun. Itu sahaja cara yang terlintas difikiran apabila perempuan menangis.
"Sayang, saya minta maaf sangat sangat. Tolong Sayang, maafkan saya.. "
"Baekhyun. Saya harap awak ceraikan saya secepatnya."
___
Hello guysssss. Sorry ff ni dah berhabuk 😂
YOU ARE READING
YOU ARE MY EVERYTHING • BBH •
Fanfiction"Kata kata itu satu doa lah sayang. " "Dah tu hari hari saya akan minta cerai supaya semuanya menjadi kenyataan. "
