💞22

27.5K 953 24
                                    

"haa, okey. Kalau patient stable boleh hantar naik wad. Tapi call balik ye. Staffnurse nama apa? Ohh.. Ppk? Ppk anisa. Okey." aku matikan talian. Baru masuk kerja dah ada admission dari green zone. Cisssss....

"kes apa kak pia?" soal dr wahida yang sedang menyiapkan discajnya di kaunter jururawat.

"anemia. Hb 8. For blood transfusion during dialys. Plan dr yew." balasku.

"patient stable?" soalnya lagi.

"sp02 under room air 100%, all vital sign stable"

"i dont understand la why this case, outpatient tak boleh handle.." sampuk dr faiz.

"mana boleh dr, lainla kalau patient lodging. Kalau patient macam ni kena masuk wad buat investigation dulu" balasku. Aik.. Dorang ni sepatutnya tahu dari aku.

"kak pia! Ada admission!" laung mimi yang duduk tidak jauh dari pintu masuk.

"aik? Dari mana? Green zone ke?" soalku pada ppk yang mengiring pesakit. Tapi tadi kata patient stable? Ni on oxygen pulak? Cepat betul sampai.

"dari green zone staffnurse"

"tadi you cakap patient room air? Ni ada oksigen boleh pulak you hantar sorang. Mana staffnurse? " soalku tak puas hati. Mana boleh  ppk hantar patient beroksigen sorang2.. Kalau jadi apa apa tengah jalan. Siapa nak jawap?

"saya taktau la staffnurse, ni MA suruh saya tolak" kata ppk berbangsa india awal 40an itu. Nak marah panjang panjang pun tak sampai hati. Dia ni taktau ke? Baru masuk kerja ke pun? Hmm..

"saya dah pesan, sebelum hantar patient call dulu. Kirim salam MA awak" kataku. Geram. Usai menerima pesakit. Tapi aku tengok lain macam je pesakit ni. Macam dah start gasping. Hana yang incas pesakit baru itu memandang aku.

"hana, panggil doktor cepat" kataku lalu menyambung high flow mask pada pesakit secepat mungkin. Sambil sambil itu aku memanggil nama pesakit itu supaya menyedarkan diri. Mesin monitor vital sign serta monitor cardiac aku pasang pada pesakit. Tirai ku tarik.

"kenapa kak pia?" soal dr wahida.

"patient gasping dr. Saya rasa bp dia dah drop ni" kataku. Sempat aku cek bawah mata pesakit. Memang pucat. Pesakit pula tidak membalas panggilanku. Aduhaiii... Bolehkan aku gelar diriku jona harini?

"what happen?" soal ammar yang tiba tiba muncul. Dr wahida pandang aku. Dia pun tak sure kes apa selain anemia yang aku sebut tadi.

"admit from green zone, diagnosed by dr yew anemic hb 8 this morning at centre. Repeated at ed hb was 7. Before this kat centre okey je 11 and above. Staff ed said patient was stable, sp02 under room air 100%" aku tarik nafas. Laju sangat ke aku cakap tadi? Aku nampak ammar dah berkerut mukanya. Tiba tiba mesin bp berbunyi.

"bp tak stable. Spo2 drop" kata dr wahida.

"prepare intubation. Staffnurse prepare noradrenaline double strength" kata ammar lalu menolak aku ketepi. Apahal pulak nak main tolak tolak ni. Aku pun beredar bila mimi dan kak emi sampai. Nak prepare noradrenaline.

Sedang aku prepare, hana datang padaku.

"kak patient tu UGIB kak.. Tetiba keluar darah ikut mulut dia..dr suh prepare nexium sekali" kata hana. Aku angguk. Prepare apa yang patut.

Setelah usai, aku pasang pada pesakit menggunakan mesin khas ubatan melalui 2 line yang berbeza ditangannya kirinya.

"cricoid pressure, please" kata ammar yang sedang bersedia untuk intubation. Dr wahida pandang aku. Aik takkan taktau. Erghhh! Aku bantu ammar, memberikan pressure pada cricoid cartilage patient untuk bantu halang gastric content patient masuk dalam paru paru. Fuhhh berguna jugak ilmu masa aku kursus tahun lepas.

Aku tengok ammar masukkan ett tube senang je. Bertenang. Kalau dah hansome tu masa buat apa pun handsome. Sempat puji husband sendiri. Hihi..

"syringe" pintanya padaku. Huhh.. Naseb baik dah tersedar dari lamunan! Aku hulur syringe 10cc padanya. Sempat dia jeling aku. Sebab aku lupa tarik syringe tu untuk collect air nak secure ett tube tu. Huhu. Kantoi berkhayal. Cissss!

"you! Ascultate! Tercegat apa?" katanya pada dr wahida.

"insert ryles tube! Cbd, continue monitor vital sign & cardiac. Send Blood investigation. Call xray portable. Continue dulu norad & nexium. Take gxm too. Kiv blood tramsfusion. Cari icu bed" katanya lalu beredar membawa fail pesakit itu. Lajunya cakap. Dah la takde ulangan.

"kak, apa dia bos cakap?" soal dr wahida.

"kejap lagi saya ulang. Dr p amik darah dulu" aku beredar. Mahu menyediakan barang untuk ryles tube & cbd insertion.

Akhirnya settle jugak patient tu. Aku duduk di dalam bilik rawatan. Ada aircond. Sejuk sikit ketiak aku yang dah lecah ni. Badan pun dah macam ada bau muntah darah patient. Haha. Patient tu stable buat masa ni. Tunggu icu bed sahaja.

"sofia! Kenapa awak accept patient tu kalau dah tau tak stable?"soal sr sakinah yang tiba tiba masuk kedalam bilik rawatan

"bila masa saya accept?saya terima booking je." balas ku.

"habistu? Patient masuk masuk terus collapse!" dia tinggi suara padaku.

"sister, saya ambik nama staff yang book tu. Sister tak percaya boleh call dia balik. Saya cakap kalau patient stable boleh call balik saya" kataku. Tak berpuas hati sebab dituduh macam tu tiba tiba. Dia dah lah takde tadi, sekarang tiba tiba muncul marah marah aku.

"saya tak peduli pia! Matron anisa dah tau pasal ni. Dia tanya siapa yang accept. Do explanation letter!" katanya lalu beredar.

Aku mendengus geram. Apasal aku pulak kena? Sepatutnya dia kena cakap dengan staff green zone yang tiba tiba hantar pesakit tadi! Ni nak salahkan aku je.

hello husbandWhere stories live. Discover now