Haziq melangkah longlai ke kelasnya sambil memikirkan nasib yang bakal dilalui di sekolah untuk tahun terakhirnya ini.
'Kenapa, kenapa dia boleh jadi classmate aku huaaaaaaaaa. Apalah nasib aku lepas ni. Ya Allah kau tabahkanlah hati hamba-Mu yang lemah, kecik, pendek, hensem, pandai ni'eh eh kau, sempat angkat bakul sendiri nampak.
Sesampainya Haziq di pintu kelas, dia terus duduk di mejanya yang berada di tepi tingkap paling belakang sekali. Sebenarnya dia tak nak pun duduk kat meja tu tapi disebabkan hari pertama sekolah dia terlambat sebab sakit perut nauzubillah, terpaksalah dia duduk situ.
"Selamat pagi Haziq" sapa rakan sekelas Haziq, Anwar dengan senyuman.
"Pagi" jawab Haziq dingin.
"Awak okey ke, tadi saya nampak awak macam bergaduh dengan sape entah" tanya Anwar.
"Takde apa-apa, saya okey je, tak luka mana-mana pun. Cuma tulah, dia pergi tunjal kepala saya ada ke patut, saya langgar dia sikit je tadi ishhhhhh" kata Haziq geram. Dalam hati Haziq berkata 'cepatlah berhenti tanya soalannnn, aku malas nak jawab semualah aduhaii'.
Sebab Anwar perasan riak muka Haziq berubah, jadi dia tak tanya macam-macam dah. Dia terus mengeluarkan buku teks Biologi dan kotak pensilnya dari beg. Cikgu untuk subjek Biologi masuk bersama seorang pelajar.
"Selamat pagi semua. Harini kita ada pelajar baru. Okay, sila perkenalkan diri"
"Hai, nama aku Irsyad Ameer".
Krik krik, krik krik.......
"Wau, sangat ringkas ya ha hahaha ha" kata cikgu tersebut dengan ketawa awkwardnya.
Haziq yang dari tadi melekapkan mukanya pada meja terus mengangkat kepala apabila mendengar nama pelajar itu. 'Alamak, dia dah masuk kelaslah pulak, mampus aku gini. Takpe, sebelah meja aku ada budak Anwar ni, meja yang kosong ada satu je kat hujung belah sana okay okay dia mesti duduk situ punya, tak adalah dia nak ganggu aku sangat' fikir Haziq.
Sedar tak sedar, mata Irsyad ternampak Haziq. Dia terus tersenyum penuh dengan niat tersembunyi. Tanpa sempat cikgu menyuruh Irsyad duduk di tempatnya, dia terus berjalan menuju ke meja Haziq.
"Hei budak, kau bangun sekarang. Aku nak duduk kat meja ni. Bangun sekarang" arah Irsyad keras.
Anwar yang ketakutan terus mengemaskan barang-barangnya dan bangun dari tempat duduk. Dia terus pergi ke meja kosong dengan pantas meninggalkan Haziq yang terkejut+nervous+takut itu.
Irsyad terus duduk dan berkata "hai budak, kita berjumpa lagi. Duduk sebelah kau senang sikit aku nak "BERKAWAN" dengan kau lepas ni" kata Irsyad dengan nada yang perlahan tapi sangat keras.
Haziq tak tau nak react macam mana. Tangan dia menggigil dan dia terdiam memandang Irsyad. 'Astaghfirullahalazim dalam banyak-banyak tempat duduk kat dalam kelas ni kau boleh rampas, sebelah aku jugak kau nak ambik why why whyyy. Oh yelah, sebab kau cari pasal dengan dia tadi kan Haziq haaaaa padanlah dengan mulut kau yang tak reti nak cakap elok-elok tu' bebel Haziq dalam hati sambil matanya tak berkalih dari memandang Irsyad. Irsyad hanya senyum lebar sampai sepet mata dia.
"Okay kelas, semua dah duduk. Buka buku teks masing-masing, harini kita masuk chapter fotosintesis ya". Haziq tersedar dan baru dia nak buka buku teksnya, tiba-tiba bukunya direntap dari pegangannya.
Irsyad dengan selamba mengambil buku teks Haziq dan mengabaikan riak muka Haziq yang memang jelas macam nak hempas muka dia dekat meja.
"Kau...... " kata-kata Haziq dicantas oleh Irsyad, "kau kau apa? Kau tunggu waktu rehat nanti ya".
Muka Haziq terus berubah pucat. 'I'm done, I'm soooo done after this. Mak, ayah, halalkanlah makan minum anakmu ini. Kalau anakmu ni kena belasah teruk, tempahlah ward elok sikit kat hospital nanti, cepat sikit nak sembuh' ececece kau banyak songeh pulak. Sendiri cari pasal sendiri tanggunglah.
Masa berlalu dengan pantas bagi Haziq, dan akhirnya tibalah waktunya, waktu rehat pelajar tingkatan empat dan lima.
"Budak kecikkk......... " panjang harakat dia memanggil Haziq. Belum sempat Irsyad menoleh ke tempat duduk Haziq, Haziq dengan sepantas Shinkansen bangun dari tempat duduk dan lari ke luar kelas.
"WOI, KAU NAK KEMANA TU HAH. JANGAN INGAT KAU BOLEH LARI!!!! " Irsyad pun tak kurang lajunya, dia bangun dan terus lari ke pintu belakang kelas. Namun sebaik saja dia keluar, Haziq sudah tak kelihatan.
"Huh, laju jugak kau lari ya budak, kau ingat sekolah ni besar sangat kau nak menyorok hehehehehe" kata Irsyad sebelum sambung berlari mencari mangsanya di sekolah baru ini.
Haziq berhenti berlari di belakang blok sekolah lama yang tak digunakan lagi. Dia terus terduduk dan menarik nafas sedalam-dalamnya mengumpul oksigen masuk ke dalam paru-parunya. 'Huhhhhh, aku rasa dia dah tak jumpa aku dah ni. Aku rasa baik aku ponteng jelah semua kelas lepas rehat ni, tapi aku nak belajar aduhhhhh dengan beg kat dalam kelas lagi, banyak masalah betullah harini ishhhhhh' merungut Haziq dalam hati.
"Eh, kenapa tiba-tiba redup ni? " Haziq yang pelik dengan keadaan tersebut terus mengangkat kepalanya dan......
.....
.....
.....
...... dia lihat ada seseorang yang memandang dengan mata yang bulat berwarna merah (pada pandangan Haziq) dan tersenyum lebar memandangnya. Muka Haziq terus berubah putih seperti semua darah dan tersembur keluar dari badan dia.Tanpa sempat Haziq ingin melarikan diri, kolar bajunya digenggam sekali lagi oleh pemburunya, Irsyad.
'di-di-di-di-dia ni hantu ke apa, macam mana boleh tiba-tiba muncul depan aku niiiiiiiiiiiiiiii. Ya Allah, aku tak nak cacat lagi Ya Allah, aku tau aku salah cakap kurang ajar dengan dia ni, tapi tolonglah akuuuuuu' berdoa Haziq tanpa henti. Peluh mula mengalir dengan lajunya. Haziq memandang tepat ke arah mata Irsyad.
"Aku, a-a-a-aku mintak maaf Irsyad, tolonglah lepaskan aku pleaseeeeee" merayu Haziq kepada Irsyad.
"Tadi aku teragak-agak nak tumbuk kau, kali ni sebab tak ada sesiapa kat sini, senang kerja aku. Kau nak mintak maaf? Sorry not sorry, dah terlambat. Sekarangggg........."
Seperti biasa, Haziq menutup matanya dan pasrah dengan apa yang terjadi selepas ini. Tapi, belum sempat tumbukan Irsyad mengenai muka Haziq....
"WOI BUDAK BARU!!!!!! KAU YANG PUKUL ANAK BUAH AKU SEMALAM KAN???!!! " muncul kumpulan gangster sekolah paling ditakuti, diketuai oleh Sai, stand for Saiful, bersama anak-anak buahnya.
"Cis, mengganggu aku betullah dia ni" Irsyad menurunkan Haziq dan berjalan menuju kumpulan tersebut.
"Haah, memang aku yang pukul dia, dahlah lembik ada hati nak berlagak kuat depan aku pui" ludah Irsyad di hadapan Sai.
"Kau........ budak baru tapi nak tunjuk hebat dalam sekolah ni yaaaa. Geng, habiskan dia sekarangggg!!!!!!!! ". Kumpulan tersebut yang mempunyai 15 orang ahli menyerbu Irsyad. Irsyad hanya tersenyum dan mengelak semua tumbukan, sepakan, dan hayunan kayu. Dia membalas dengan hanya menumbuk perut seorang ahli, terus terbaring tak sedarkan diri. Irsyad terus melakukan serangan.
Haziq yang menonton perlawanan yang maha hebat tu tanpa melengahkan masa terus melarikan diri menuju ke bilik guru disiplin.
"Cikgu, ada budak gaduh cikgu. Cepat cikgu!" jerit Haziq.
"Dekat mana diorg gaduh? " tanya guru disiplin. "Blok lama sekolah cikgu" jawab Haziq termengah-mengah.
Cikgu disiplin terus berlari keluar ke tempat kejadian meninggalkan Haziq. Haziq terus jatuh terduduk kerana kakinya berasa sangat lemah untuk berdiri. Dia dah tak fikir apa dah, yang dia tahu dia dah selamat, untuk sementara waktu ni.
--------
Hai, penulis disini. Sorryyyyy sangat2 sebab ceritanya slowwww huhuhuhuhu. Apa-apa pun, jumpa di episod seterusnya tatatititutu.

YOU ARE READING
Magnet
Teen FictionBudak 'introvert' dan gangster sekolah, bila sekali apa akan jadi? Ikuti kisah Haziq Hakimi, pelajar tingkatan 5 yang memang pandai, tapi sebab sifatnya yang 'intorvert' menyebabkan dia tak banyak kawan, bukan tak banyak, langsung tak ada. Kejadian...