Pelik aku. Kenapa la aku kerja shift pagi je seminggu ni. Huh! Tapi aku rasa pagi petang malam sama je busynya.
Harini sama je busy macam hari hari sebelumnya. Tapi kami curi curi masa sembang, dengan erti kata lain bergosip pasal dr farah..
"dia dah 42 kan?" soal mimi.
"hish takkan da 40.. Dr ammar berapa, pia?" soal kak dila padaku.
"38.." jawabku.. Hmm jangan taktahu beza umur kami memang jauh. Tahun ni aku baru 26tahun.12 tahun beza. Haha!
"dr ammar tu dr ammar la. Ni dr farah.. Apa kaitannya kak.. ." kata hana
"yela. Pakar kan? Umur mesti baya baya." jawab kak dila. Pulak?
"tapi dia belum kahwin kan?" soal mimi
"haah belum. Kan dia nak ngorat dr ammar kan kak pia? Dr ammar tu ramai sangat peminat. Sister sakinah pun suka kat dia. Mujur dah beristeri." kata aina. Aduhai menyesal cerita kat aina pasal aku jumoa dr farah masa kat pizza hut haritu. Dia cerits kat orang lain pulak. Heeee...
" tau.. Akak nampak tau. Pia kena hati hati. Nanti kena sailang"
"oh jadi kat sini semua staffnurse ye? Nak kerja ke nak bergosip! Patut i panggil sorang pun takde! Mana Mo i! I nak buat round sekarang!" dr farah yang tiba tiba muncul memeranjatkan kami. Masing masing diam. Apa tidaknya, orang yang digosipkan tiba tiba muncul!
Masih belum berakhir disaster wad kali ni. Masih banyak procedur yang bagi aku tak urgent pun tapi dia paksa sampai jadi urgent. Kami nak taknak turutkan jugak...
Perut aku sakit sejak malam tadi. Lapar mintak diisi agaknya. Mujur pagi tadi sempat makan sebungkus nasik lemak. Sebab dah tau harini mesti busy.
_________________
"thanks, aina." kata ammar pada aina sambil memberikannya satu beg plastik sederhana besar sebagai tanda terima kasih sebab teman aku kat rumah 4 harini.
Aina aku lihat senyum lebar. "thanks dr ammar.kak pia lain kali kalau dr ammar takde panggil je aina 24hours boleh"
"okey boleh" kataku.
"okey aina balik dulu tau. Esok jumpa kat wad" kata aina lalu masuk kedalam kereta myvinya.
"dah jom naik atas." kata ammar.
"abang masuk wad tak esok?" soalku sambil berjalan memeluk nya. Okey la kan kalau nak tunjuk rindu macam ni?
"masuk. Kenapa? Nak suruh abang cuti ke? Boleh jugak."
"bukan lah.. Okey lah kalau abang kerja esok. Mesti abang pun pening tengok wad macam mana"
"kenapa, ada apa?" soalnya.
"hmm tengok lah esok" kataku. Dia pun tak berkata banyak. Penat agaknya.
______________________
Okey pagi pagi lagi suara ammar dah bergema satu wad. Seperti yang aku syak. Tapi kenapa dr farah ada sekali ye harini?
"kenapa, kak?" soalku pada kak nadia.
"entah. Akak pun baru nak membawang ni" katanya. Eh? Kak nadia ni. Sempat lagi. Aku pasang telinga.
"benda simple pun tak boleh fikir? I just left this ward 4hari. Macam ni you manage, dr farah? Wad penuh, patient boleh discaj tak discaj. Patient ni, you tengok! Kalau semalam you discaj kan lepas dialysis, harini mustahil dia dapat fever macam ni! Patient just overload. Dialys then discharge. Patient stable! Tu pun nak cakap banyak kali ke? " bebelnya. Tangan laju menyelak note pesakit. Dr farah diam sahaja. Tak selalu menyinga macam 4hari yang lepas. Ohh.. Kalau ada ammar tak berani menyinga ye.. Sebab singa memang kat depan mata gamaknya!
" ni lagi satu. Procedur succesful, discaj jela. No complication kan? How ha you boleh jadi specialist kalau semua benda tak confident?"
"ni? Blood c&s so far no growth, apalagi yang you tunggu? Continue antibiotics at centre for two weeks lah! Discharge!"
Okey lepas ammar round sambil mengamuk satu wad harini.. Patient tinggal 17 sahaja. Lain boleh discaj. Kan aku dah cakap, dr farah ni ada problem lah. Atau dia tak confident dengan diri sendiri aku pun tak faham.
Dan semoga kembali tenanglah kami hujung minggu ni..
"kak pia! Office hour ke?" aku paling. Siapa pulak yang panggil aku ni. Hmm dr faiz. Boring.. Cepat lah lif ni. Lambat pulak. 4 tingkat je pun!
"hmm.. Office hour la sangat." balasku. Padahal aku tunggu ammar. Nak balik sama. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, cepat cepat aku masuk. Begitu juga dr faiz.
"kak pia duduk mana?" soalnya. Aku malas nak jawab. Sampai ditingkat 3, pintu terbuka. Ammar. Fuh.. Mujurlah. Dia berdiri diantara aku dan dr faiz. Atleast rasa secure sikit.
"kak pia, akak tak jawab lagi soalan saya." kata dr faiz. Ammar pandang aku. Aku angkat bahu. Kemudian dia pandang dr faiz.
"bos.." tegurnya pada ammar.
"awak tanya apa pada dia?" soal ammar.
"oh.. Takde apa bos. Saje tanya kak pia duduk mana."
"dia duduk cheras. Kenapa?"
"oh.." pintu lif terbuka. Sampai da ground floor. "macam mana bos tahu?" soalnya. Kami masing masing keluar dari lif.
"sebab saya duduk dengan dia" kata ammar. Berkerut wajah dr faiz. Aku pulak tahan gelak. Dia tak tahu aku ni isteri bos dia agaknya.
Ammar capai tag nama dr faiz.
"so tahun 1989. Tahun ni 29 tahun la kan? Kenapa panggil dia kak pia?" soal ammar.
"err..sebab.. Saya hormat dia macam senior."
Ammar lepas kan tag nama yang tergantung dileher dr faiz."so mulai sekarang, boleh dah hormat dia as my wife. Jom" ammar tarik pinggang aku, sama sama berlalu dari situ. Sempat aku tengok muka dr faiz dah pucat lesi. Samaada kantoi kacau wife bos dia takpun takut sebab ammar tu lain macam orangnya. Lantak kau lah. Asalkan tak ganggu aku lagi.

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...