Hari kedua ketiadaan ammar. Dasyat. Kami panggil keadaan ni disaster. Wad macam dilanggar todak. Tunggang tebalik rasanya. Terkejar sana Terkejar sini. Procedur banyak, staff tak cukup. Semua benda nak urgent. Patient bertambah, discaj adalah seorang dua.. Penuh wad. Sesak. Sakit kepalaku dibuatnya. Dan macam biasa dr farah kalau boleh semua nak urgent. Baru order 2minit yang lepas, dia expect semua dah siap. Tiba Tiba aku rindu ammar. Walaupun dia garang tapi semua nampak smooth je.. Hmm apa la dia buat sekarang..
"aduhai.. Lapar nya perut." kata kak nadia. Dia TL pagi ni. Dia lagi sibuk. Naknikut dr round, nak tolong buat procedur, hantar patient ke sana sini. Paling sadisnya time sibuk ni la sister sakinah suruh dia ambil barang kat stor. Aduhaii... Kalau aku jadi kak nadia lama da aku bebel. Tapi.. Aku pun lapar jugak. Jam dah pukul 12. Tulis report pun sambil berdiri. Dr farah start round lambat. Pukul 10 baru mula. Kalau patient pun dah ramai macam ni.. Bila nak habisnya. Dah la semua nak stat!
Tiba tina aku rasa perut aku mengeras. Aduh. Ni mesti sebab lapar. Tak sempat nak breakfast. Beria la aku beli nasik lemak rendang pagi tadi. Mesti dah basi. Sayangnya..
"kak pia! Bilik angiogram call, hantar patient ahmad hadi!" laung hana dari kaunter.
Alamak.. Aku lupa pulak patient ni belum ada consent. Aduhai.. Nak tak nak terpaksa la aku kacau dr chen yang tengah round dengan dr farah tu.
"dr chen, bilik angio dah panggil patient ahmad hadi yang nk buat procedur angioplasty tu, tapi belom ada consent" bisikku padanya ketika dr farah sedang membebel pada dr farhana.
"hah? You, whats wrong?" sergah dr farah tiba tiba.
"erm.. Nothing dr. I just want to get consent from patient for angoplasty." jawab dr chen.
"mana consentnya? Kenapa tak bawak sini?" soal dr farah. Berkerut dahi aku. Kenapa nak kena bawak sini pulak. Bukan patient kena sign ke? Dah tu aku kene bawak patient ngadap dia sekali ke?
"consent atas kardiac table patient. Saya dah sediakan."
"so? Bawak la sini, tak faham faham ke?"
"dr, nak buat apa bawak sini. Nanti dr nak ambik sign patient jugak. Takkan nak suruh patient datang sini?" aku jawap tak puas hati.
"oh, you menjawap ye staffnurse. Matron! Matron!" ah sudah dia panggil matron pasal apa pulak!? Terkedek kedek matron nora datang.
"ye dr farah kenapa?"
"matron, tengok staff you ni. I suruh tapi dia menjawab!" bulat mataku mendengarnya.
Matron nora pandang aku dengan tanda tanya."kenapa, pia?"
"dia nak dapatkan consent dari doctor, why kami yang kene pergi sana. You bring lah patient datang sini. Bukan jauh pun!" kata dr farah sambil menjeling aku. Ya allah... Bagila aku kesabaran..
Muka matron nora pun dah pelik. Selamani tak pernah dibuat dr lain.. Selalunya dr datang pada pesakit. Haih..
" pia, pergi lah ambil wheelchair, bawak patient datang sini. Bawak consent sekali." entah lah. Aku tak tahu lah stress dalam kepala aku ni dah sampai tahap mana. Lepas tahap maksimum agaknya. Nak taknak aku turutkan jugak. Siapkan patient dengan gown & ot cap. Semak pre op assessment kemudian suruh dia duduk atas wheelchair. Aku tolak dia. Mari menghadap dr farah.
Tapi sebenarnya aku bukan mintak dia sign pun. Aku mintak dr chen. Kenapa dia yg beria. Annoying sungguh.
"pandai pun. Ingat you tu isteri doktor, boleh arah doktor lain buat kerja?" katanya sambil menandatangani consent tersebut. Tapi kenapa aku tak dengar penerangan dia pada pesakit? Lantak dia lah. Usai semua, aku tolak pesakit untuk ke bilik angio. Perut masih sakit. Lapar tahap maksimum agaknya. Langsung aku tak pedulikan.
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Baru lah siap kerja ku. Semalam lagi dasyat. Pukul 6 baru balik. Lepas hantar patient ke angio room, aku siapkan semua kerja & malangnya patient tu bleeding kat sana selepas procedur. Terpaksa la aku pergi settlekan kat sana dengan dr chen. Sudahnya pukul 5 baru settle. Semua balik lewat sebab nak siapkan kerja. Badan da macam bau belacan pun ada. Harini lagi havoc. Patient collapse serentak dua orang. Hebat betul penangan dr farah. Aku syak dr farah ni kena mandi bunga. Kami panggil jona kalau nasib tak baik masa kerja.
Tadi pun aku jenuh berlari ke lab sebab dia paksa aku hantar darah urgent. Kebetulan ppk takde. Hantar pesakit ke xray. Hmm.. Kenapa aku sedangkan bukan aku. Belum nak menjawab dia dah perli aku. Malas nak berbalah, aku ikutkan saja kehendak dia.
Lagi sehari je dia round. Jumaat ammar balik. Hope dapatla tenangkan balik wad ni. Rindu pulak dengan ammar. Dia selalu call aku malam malam tapi sebab letih sangat aku tertidur masa bercakap. Esok pagi tengok masih online. Sengaja dia tak letak agaknya. Saja la tu nak dengar aku tidur berdengkur. Haha! Sory husband, saya penat sangat. Makan pun sekali sehari. Aku pandang sekeliling. Mana pulak aina ni? Ya allah!
"aina!" tak tahu lah nak gelak ke nak risau ke. Aina dah tertidur kat lantai. Aduhai kesiannya dia. Dia jatuh ke, memang tidur bawah ke.. Atau aku yang sepak dia? Aku garu kepala yang tak gatal.

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...