"xray bed 13...mana ye.." aku bebel sendiri. mana pulak la file xray bed 13 ni..selalu ada je kat rak xray. Setahu aku dia pernah buat xray. Ghaib mana pulaklah dia ni. Pintu bilik Dr dikuak. Malas aku nak ambil tahu siapa. Tapi tiba tiba tangan aku ditarik. Pantas aku berpaling.
Huh! Ammar! Nasib baik aku tak siku dia.
"abang okey ke?" soalku.
"okey. Sayang buat apa tu?" aik.. 100% changed. Mana suara garang dia tadi tu. Aku lihat dia sedang menggoogle sesuatu di dalam pc.
"okey lah kalau okey.. Tak.. Sayang tengah cari xray bed 13..abang nampak tak.."
"oh..abang suruh mo pergi dapatkan reporting. Kenapa?"
"la yeke.. Apasal tak habaq.. Jenuh cari." hai.. Bazir masa aku. Mujurla dah pass over.. Tinggal nak settlekan benda yang belum settle je.
"mo mana?"
"chen kot"
"kot?" ni yang aku tak suka ni.. Kot kot.. Aku nak tulis dalam report. Nanti hilang. Mampus aku. Suami sendiri yang maki nanti.
"kot lah. Abang tak tau nama dia"
"okey fine." malas aku nak berbalah.
"sayang, u left ur handphone dalam kereta."
"oh.. Haah. Abang bawak tak.." aku baru teringat. Dari tadi lagi teringat tapi malas nak cakap dengan ammar.
"dalam beg abang." dia bangun. "sory abang baca whatsapp sayang. So.. They deserve for what they have done to you. And you owe me an explanation. kata ammar lalu keluar. Ternganga aku. Aku rasa aku faham maksud ammar. Dia baca wasap aku dengan kak emi semalam. Aku mengadu kat kak emi yang sister & matron nak transfer aku.. Sebab tu ke dia marah gile2 kat sister & matron tadi. Kesian. Sebab aku je pun. Huhu!
_______________________________________________
Akhirnya. Esok cuti. & yang penting.. Esok sabtu. Maksudnya ammar pun ada kat rumah. Fuh seronoknya. Boleh mintak servis urut kaki.
Aku landing di atas sofa sebaik sahaja bangun dari tidur. Aku lihat ammar sedang membaca surat khabar. Kepalaku mencari pehanya untuk landing. Perghh syioknya...
"sayang okey ke?" soal ammar.
"okey.." aku sambung tutup mata. Weekend kot. Aku pulak bangun awal. Rugi betul. "abang dah mandi ke? Awalnya."
"dah.. Abang pergi beli breakfast tadi"
"oh..yeke..sayang baru ingat nak masak nasik goreng"
"takpela sayang rehat la."
"okey" inilah dinamakan green light. Hihi. Aku tutup mata semula. Seronok pulak landing berbantalkan peha ammar.
"sayang, you owe me something" aku dengar ammar lipat suratkhabarnya.
"apa dia?" aku pura pura taktahu. Haha!
"okey" tiba tiba ammar mengucup bibirku lama. Lemas aku dibuatnya.
"okey okey." aku surrender bila ammar gesek janggut ciputnya pada pipiku. Geli.
"ha? Cepat la" katanya.
"hmmm.. Hari yang sayang cover PR tu.. Lunch time tu kan, diorang panggil sayang.." aku cerita dari a to z apa yang jadi. Sedih aku dibuatnya. Bakal meninggalkan wad tu takpe, ni nak kena masuk wad baru macam payah sikit nak terima dek akal..
"abang tak pernah dengar rules tu. Setahu abang kalau staffnurse dengan staffnurse yelah.. Tapi, kalau dengan dr.. Tak pernah pulak"
"tapi kan abang, abang tak rasa something ke? Pasal sr sakinah tu?"
"kenapa?" okey gaisss.. Bab bergosip bagi je kat sofia.. Dengan ammar pun jadi kawan gosip. Apa dehal..
"orang cakap.. Dia suka kat abang.. Sebab tu, dia macam frust tau.. Bila tau pia ni wife abang."
"merepek la pia ni"
"orang cakap taknak dengar. Tapi tula. Kesian dia. Bila abang marah marah tu. Macam zombie dah sayang tengok." aku ketawa mengingatkan kisah tempoh hari. "abang garang sangat. Sayang pun takut"
"abang garang untuk ke pentingan abang sendiri."
"tapi tula, sayang rasakan macam dr ammar dengan husband sayang tu adalah orang yang berbeza tau.. Lain sangat. Tapi takpe.. Dua dua sayang" kataku sambil menggentel hujung baju ammar.
"amboi... Ni nak apa ni? Nak upah ke?" soal Ammar.
"mana ada."
"sayang, cuti seminggu next week ye. Abang ada kursus kat pd la seminggu. Diorang baru bagitahu."
"ha? Mana boleh.. Jadual da keluar. Abang kursus apa?" aku buat nada sedih aku.
"kursus nephrologi update.. Kalau macam tu sayang el jelah.takkan nak tinggal sayang sorang sorang?"
"tinggal pun okey je. Pandai la sayang jaga diri.."
"abang tak confident dengan sayang."
"ala sayang okey je. Nanti sayang ajak aina ke.. Mimi ke.. Teman sayang kat rumah"
Ammar angguk setuju akhirnya selepas berkali kali aku pujuk. Aku malas nak el. Nanti jadi isu. Nampak sangat bila ammar takde, aku pun takde. Dah lah sr sakinah tengah bengang dengan aku sekarang ni.
"boleh tak nak makan kfc?"
"pagi pagi?"
"hmmm.. Pagi pagi tak boleh makan kfc ke?" soalku.
"boleh tapi, minggu ni je dah 3kali sayang makan kfc.. Kolestrol tinggi"
"hmm.. Kesian baby.." aku usap perut yang masih kecil. Sejak due menjak ni seleraku dah bertambah. Habis aku kerah ammar belikan makanan itu ini. Pukul 2pagi pun kadang kadang aku paksa dia belikan makanan kat bawah. Sabar jelah ammar ni dengan aku.
"baby ke mamanya?" aku sengih suka. Ammar ni kan, tak boleh kalau aku nak belakon sikit. Tahu saja trick aku. Tapi setakat ni alhamdulillah, semua yang aku idamkan ditunaikan.. Baby nanti jangan meleleh air liur ye! Papa belikan semua yang mama teringin. Hihi!

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...