💞12

30.6K 945 7
                                    

"hai kak pia, dah sihat ke?" aina orang pertama yang tegur aku pagi tu setelah 3 hari aku mc.

"sihat.. Aina shift malam ke?" soalku.

"apa pulak. Aina shift pagi la. Baru nak solat subuh ni." kata aina lalu mencapai telekungnya.

"la yeke. Okey solat la dulu. Akk incharge mana ye?" badanku masih lemau. Tapi aku gagahkan jua la bekerja harini.

"akak team leader. Tp harini ada dua orang runner. Lepas tu ada student kkm tau. Untung takyah buat vital sign." aina sengih lebar. Biasa kalau ada student ringan sikit la beban kerja. Bolehla dorang bantu yang mana patut.

"ok. Akak masuk dulu. Aina solat la" kataku sebelum beredar.

"eh kak pia!" panggilnya. Aku berpaling. "kak pia senyap senyap je kan.. Bukan nak bagitahu yang dr garang tu husband akak. Eeee..."

"ala bukan akak taknak bagitahu.. Takde siapa tanya kan?" jawapan untuk melepaskan diri. Eh betul apa? Memang takde siapa pun tanya. Tapi takkan la tetiba nak cakap eh itu suami saya kat satu wad.

"yelah tu."

"eh dah lah solat cepat aku nak pergi depan ni"

"yelah yelah"

Sebaik sahaja aku bukak pintu masuk ke wad, masing masing lihat aku.

"amboi bakal mummy ni.. Dah sihat ke?" soal kak emi.

"hai mummy.." sapa kak dila pula. Dipeluknya leherku. "handsome husband mummy. Tapi tu la garang. Senyap2 je kan?"

"hee.. Apa ni.." aku pun taktahu nak jawap apa.

"siapa TL? Nah kunci loker MC!" tiba tiba sister sakinah datang.

"pia TL pagi, sister" kata kak emi.

"hah eloklah. Harini TL pergi procedur room. Tak cukup staff kat sana. Dila, you jadi TL ganti pia. You runner kan harini?" kata sr sakinah. Kunci loker diberi pada dila. Kemudian sr sakinah  beredar. Belum sempat pia berkata apa apa.

"la. Apasal tu. Moody je." kata kak emi.

"hmm.. Boyfriend lari la kot" kata kak dila pula. "kenapa dia tak suruh aku je pegi procedur room" katanya sambil garu kepala.
"pia okey ke, pegi sana?"

Sana tu macam jauh sangat je. Procedur room sebelah ni wad je. Tak berapa langkah pun.

"pia okey je kak. Tapi kenapa dengan sister tu?" soalku.

"biasala pia.. Gaduh dengan boyfriend la tu" kata kak fad sambil membuka loker MC.

"eh pia, dok la sini."kata kak emi. Meyuruh aku duduk dihadapannya dikaunter. Aku pandang jam. Pukul 7 dah. Kalau aku tahu kena back up staff procedur room, aku pergi lambat sikit. Sian ammar datang awal sebab nak hantar aku. Awal lah dia melangut kat office tu sorang2.

" kenapa kak? Eh akak dah habis pas over ke?"

"hesh. Akak TL. Pas over kat minah sebelah ni seminit je" katanya memaksudkan kak dila yang tengah kusyuk menulis. Yang lain sedang pass over. Student pun ada yang baru datang.

"pia. Macam mana pia boleh kenal dengan dr ammar tu cite la sikit"

"la.. Igt nak tanya apa macam serius sangat"

"ala akak serius la ni. Macam mana la pia boleh sorok kan. Kitorang pun tak perasan. Kalau orang lain tu. Couple pun da over nak show off. Ni kan pulak dah kahwin. Pia ni pelik la. Kalau akak kan, akak bagitahu semua tau. Yang akak ni ada husband specialist"

"hish. Nak buat ape macam tu.. Lagipun pia pun mula mula taktau dia dapat transfer sini. First day dia datang tu pun pia terkejut. Lagipun pia tak berapa suka la nak show off ni bukan raja ke apa ke husband pia.. Doktor je.. Ibu dr ammar dengan umi pia tu kawan lama. So kenan kenan gitu la.." kalau nak cite dr a sampai z esok belum tentu habis kak! Huhu!

" tapi, akak perasan sebelum ni sister sakinah tu macam suka dekat dr ammar tau. Dia pernah puji puji depan akak. Akak dengar sendiri, pia. Jagala husband awak tu elok elok."kata kak dila pula. Hmm kalau la kak dila tahu yg dr farah pun tergila gilakan ammar.

" haah pia. Sebab tu la dia bad mood je tu."

Bunyi wassap masuk dalam handphone ku. Pantas aku melihat. Aku malas nak berbual lebih dengan mereka berdua. Malas nak bergosip pagi pagi ni. Pasal suami aku pulak tu. Nanti tak pasal pasal timbul perasaan cemburu pulak.yela.orang lain sibuk kira peminat suami sendiri kot!

Sayang, MO dah datang ke? - ammar

Dah. Tengok tengok patient.. Harini sayang kena cover procedur room tau. Tak cukup orang kat sana - pia

Oh. Okey. Take care. - ammar

Okey - pia

Aku send emoji love love banyak banyak. Haha.

"eh? Fahmi dah datang ke eh?" soalku. Fahmi senior yang menjaga procedur room aku maksudkan.

"dah. Akak nampak tadi."

"okey, pia chaw dulu" kataku lalu bangun.

"pia! Nanti sambung gosip tau!" kata kak emi.

hello husbandWhere stories live. Discover now