"Aku cuba, Hyun. Tapi kalau aku tak mampu, Adam pun tak mampu, aku harap kau tak terus paksa Rose. Aku tak nak dia tertekan. Sebab sekarang, dia tengah bahagia dengan hidup dia." Kata Lisa. Jelas sekali ayatnya seperti sedang memberi amaran kepada Jung Hyun supaya bersedia dengan apa juga kenyataan. Terutamanya sekali, penerimaan Roseanna tentang ini.

"Aku takut kalau aku tak kuat. Aku cintakan dia. Aku takut dia minta aku lepaskan dia." Ujar Jung Hyun. Lisa mengeluh. Kelu lidahnya.

"Kalau dia nak kau lepaskan dia, dari dulu lagi dia dah hantar surat permohonan cerai. Tapi dia setia menunggu kau. 3 tahun, Hyun. Kecewanya dia masa tu, aku tak tahu nak cakap macam mana."

"Aku faham, aku sedar memang salah aku. Tapi aku..."

"Lisa, kapten nak coffee." Permintaan dari seorang rakan sekerja Lisa membantutkan perbualan mereka berdua. Lisa tegakkan tubuh dan mengangguk. Dia bergerak ke meja pembancuh minuman dan memulakan rutinnya membancuh kopi.

"Aku tak nak patahkan semangat kau, Jung Hyun. Tapi kalau kau nak tahu, Rosie memang dah tak sama macam dulu. Dia lain sangat."

"Keluar malam? Kelab? Mabuk? Aku tahu semua tu."

"Tapi kau tak tahu siapa ada dalam hati dia sekarang."

Mati kata Jung Hyun dibuatnya. Jung Hyun meraup wajahnya. Berfikir macam ni, boleh mendatangkan rasa sakit pada seluruh badan.

"Macam nilah, kau pergi berehat dulu. Tenangkan fikiran kau. Sampai Korea nanti, kita bincang lagi. Aku nak buat kerja sekejap ni." Arah Lisa. Tangannya sibuk membancuh kopi. Jung Hyun akur. Dia terus masuk ke perut kapal terbang dan duduk di tempat duduknya semula.

Telefon bimbit dicapai. Direnung skrin kuncinya yang terpapar wajah cantik Roseanna. Ya, Roseanna banyak berubah dari segi penampilan. Daripada lembut ke garang. Tetapi perubahan itu tidak akan dapat mengubah pendirian hatinya dari berhenti mencintai Park Roseanna.

"Lisa," Jung Hyun menahan Lisa yang baru hendak ke bahagian kokpit. Tangannya sedang menatang dulang kecil berisi gelas.

"Ya?"

"Kau ada number Rose? Aku nak."

"Sekejap, aku hantar ni dulu." Jung Hyun mengangguk dan membiarkan Lisa pergi. Jung Hyun pandang telefon semula. Hatinya meronta inginkan si isteri.

Saya akan dapatkan awak semula, Rose.

❤📍❤📍

Drtt.. drtt..

Roseanna sudah letih mendengar telefon bimbitnya bergetar di atas meja lampu katilnya. Jam 10 pagi, Roseanna masih melingkar atas katil. Dia masih bermalas-malasan sebelum pergi ke gim. Banyak hal yang perlu diselesaikan termasuklah hal keretanya yang belum dibaiki lagi.

Drtt.. drtt..

"Siapalah ni?!" Roaeanna mencapai kasar telefon bimbitnya. Direnung skrin. Tak kenal. Nombor tak bernama.

"Mana mamat ni dapat nombor aku?" Fikiran Roseanna terus menebak Eun Woo yang mendail. Malas hendak mendengar telefonnya bergendang aktif, dijawab panggilan itu dengan hati separuh rela.

"Helo."

Senyap.

"Helo?"

Senyap juga. Roseanna kerutkan dahi. Main-main pulak!

"Helo, Eun Woo. Awak ke ni?"

Tut... tut.. tut...

Roseanna mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba terasa dia tersalah anggapan. Skrin telefon dilihat. Dia langsung tak pernah lihat nombor ini. Nombor telefonnya juga adalah private. Mustahil ada orang boleh tahu melainkan diberitahu. Kalau tersalah telefon pun tak mungkin dapat.

"Biarkan jelah. Bukan hal aku."

❤📍❤📍

"Eun Woo siapa?" Mendatar suara dan wajah Jung Hyun memandang Lisa yang kini berada di hadapannya. Mereka makan seketika di kafe yang ada di lapangan terbang ini sebelum pulang ke rumah.

"Eun Woo? Aku salah bagi number ke?" Lisa pula bertanya kepada Jung Hyun. Cepat-cepat Lisa memeriksa kembali nombor telefon Roseanna yang diberikan kepada Jung Hyun tadi.

"Tak, kau tak salah. Memang yang angkat tadi Rose." Lisa menaikkan kepalanya perlahan-lahan memandang Jung Hyun. Matanya mendatar. Tajam memandang lelaki kacak ini.

"Habis Eun Woo tadi dari celah mana keluarnya?"

"Rose sebut nama Eun Woo. Dia ingat aku Eun Woo. Eun Woo tu siapa?" Ayat terakhir paling menggerunkan. Lisa terkebil-kebil, manakala Jung Hyun pula langsung tak kerdipkan mata. Dah tak hirau pedih ke tidak, tetapi nama Eun Woo yang terbit dari bibir Roseanna tadi cukup menjilat api cemburunya seluruh tubuh.

"Aku... aku tak tahu. Dia tak pernah bagitahu aku pun siapa."

"Bohong."

"Oh my God." Lisa besarkan mata tanda geram. Jung Hyun berdecit kasar. Stress. Hatinya mula dianjing-anjingkan oleh perasaan sendiri.

Eun Woo pengganti Jung Hyun.

Eun Woo kekasih Roseanna.

"No. Benda ni tak akan jadi." Tiba-tiba. Lisa terkejut. Jung Hyun yang nampak cemburu betul itu dipandang.

"Okay, look. Honestly, aku betul-betul tak tahu dengan siapa dia berkawan dekat kelab malam tu. Sumpah, aku tak tahu. Tapi, kalau kau nak tahu siapa Eun Woo, aku sarankan kau pergi sendiri ke kelab malam tu malam ni. Aku yakin, Rose pergi sebab tak silap aku malam ni ada event. You should go. Semua orang boleh masuk dan aku harap kau tak hilang jejak Rose. Lebih elok kau jumpa dia dekat sana daripada kat rumah. At least dia tak boleh lari dari kau." Ulas Lisa panjang lebar. Jung Hyun berfikir sejenak. Lama.

"Aku nak bawa dia balik rumah aku." Mata Lisa membesar. Terkejut.

"Maksud kau? Kau nak..."

"Ya. Aku nak dia balik kat aku semula. No matter what."

Lisa mengangguk. Dia faham dan langsung hatinya tidak berat hati untuk menerima permintaan Jung Hyun dengan hati terbuka.

"Buatlah apa-apa yang terbaik. Aku sokong. Tapi aku harap, kau tak memaksa Rose. Aku takut dia makin keras hati." Pesan Lisa. Jung Hyun angguk sekali.

"Ya. Tapi kau kena janji, kau dengan Adam kena tolong aku."

"Aku akan tolong kau."

Jung Hyun tersenyum separuh lega. Dia menarik nafas lega dan cuba tenangkan diri. Malam ini, dia akan bertemu dengan isterinya semula. Dia mahu bersua muka dengan gadis kesayangannya itu.

"Walau apa pun yang terjadi, saya takkan lepaskan awak, Roseanna. Awak, isteri saya. Nyawa dan jiwa saya. Saya akan dapatkan awak semula, no matter what."

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin