Prolog

3.3K 131 6
                                    

PROLOG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PROLOG

Istanbul Ataturk Airport

Eshal kaku. Langkahnya juga serta-merta terhenti tatkala berselisih dengan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Segera badan dipusing sebelum lelaki itu berlalu pergi.

"Abang..." panggilnya dengan dada yang berdebar. Berharap dia tak salah orang.

Seperti yang diduga, langkah lelaki itu juga terhenti namun masih tak berpaling padanya.

"Abang..." seru Eshal lagi.

Dan akhirnya lelaki itu menoleh.

Tanpa Eshal sedar, air matanya bergenang. Hari ini genaplah tiga tahun mereka 'berpisah'. Ia bukanlah tempoh yang singkat. Selama tiga puluh enam bulan itu, bermacam-macam yang perlu dia tempuhi. Malah, hati dan perasaannya sering diuji.

"Abang..." Bicara Eshal terhenti. Dia ingin bertanya khabar tetapi kata-kata itu tak terluah dari bibirnya.

"Saya bukan lagi suami awak, Eshal." Lelaki itu bersuara. Suara yang Eshal rindui selama ini. Suara yang kedengaran dingin tetapi sudah cukup membuatkan Eshal gembira mendengarnya.

Eshal tertunduk. Ya, dia sedar. Panggilan abang itu bermula ketika dia bergelar isteri kepada lelaki itu. Tetapi kini, mereka bukan suami isteri lagi. Mungkin dia sudah tidak layak memanggil lelaki itu dengan panggilan abang.

"Sir apa khabar?"

"Awak bukan student saya."

Eshal tersenyum pahit. Jadi, lelaki itu nak dia panggil apa? Encik? Seperti di awal pertemuan mereka?

"Saya anggap encik sihat. Kalau tak, kita takkan jumpa kat sini."

Lelaki itu hanya diam walaupun kelihatan ingin bersuara.

Untuk beberapa saat, mereka sama-sama membisu. Tetapi akhirnya, Eshal kembali membuka mulut.

"Saya nak tanya sesuatu."

"Saya tak ada jawapan untuk mana-mana soalan," pintas Arash.

Namun Eshal tak peduli, diteruskan juga niatnya untuk bertanya lelaki itu. "Are you happy now?"

Wajah Arash ketara berubah. Soalan itu juga sering ditanya pada dirinya sendiri. Bahagiakah dia?

"Seems like you don't have the answer. Padahal soalan tu mudah aje Dr. Syed Arash," tempelak Eshal.

Dia benar-benar ingin tahu adakah keputusan Arash dulu itu mampu mengubah kehidupan lelaki itu ke arah yang lebih baik lagi?

Arash menarik nafas dalam sebelum kembali bersuara. "Lebih baik dari sebelum ni."

Ouch! Jawapan yang Arash berikan itu memakan diri Eshal sendiri. Pedih sehingga ke hulu hati rasanya. Eshal tersenyum kelat sambil mata dikedipkan berkali-kali. Agar air mata yang bergenang itu tak menitis di hadapan Arash.

"Saya tumpang happy."

"Cik Eshal!" Eshal menoleh ketika terdengar Hawa memanggilnya.

"Ready dah?" soal wanita itu yang merangkap sebagai ketua rombongan ke Turki.

"Dah."

Eshal kembali memandang Arash. Wajah lelaki itu ditatap lama. Siapa tahu, mungkin ini pertemuan terakhir mereka. Sedangkan ketika di Malaysia pun, mereka tak pernah bersua setelah talaq jatuh ke atasnya.

"Got to go," ujar Eshal sambil meniup tangannya yang kesejukan. Dia menanti respon dari Arash tetapi lelaki itu hanya diam seperti tiada perasaan.

Pergilah, Eshal...

Bagaikan ada suara yang berbisik untuk dia berbuat demikian. Akhirnya, Eshal mengikut kata hati. Melangkah pergi tanpa berkata apa-apa lagi.

Mungkin dia terlalu berharap agar Arash berkata sesuatu kepadanya. Kata-kata yang menyedapkan hati dengan apa yang terjadi antara mereka dulu. Tetapi hampa, lelaki itu tetap sama seperti tiga tahun yang lalu.

"Eshal..." Suara itu bergema setelah Eshal melangkah beberapa tapak.

Sebelum dia menoleh, Arash melilitkan muffler ke lehernya. Eshal tergamam. Wajah lelaki itu kembali dipandang.

"Hari ni suhu lebih sejuk dari biasa. Kalau boleh, tukar jaket yang tebal sikit," pesan Arash.

"Abang..." terluncur panggilan itu lagi dari bibir Eshal. Inilah Arash yang dia kenal dulu. Seorang yang penyayang, bertimbang rasa dan selalu mengambil berat tentang dirinya.

"Jaga diri." Sebelum Eshal menyambung bicara, Arash terlebih dahulu bersuara seraya melangkah pergi meninggalkannya.

Air mata yang cuba ditahan tadi kini mengalir. Benarlah, jodoh mereka hanya setakat itu sahaja. Dia tak mampu mengubahnya walau berkali-kali dia mencuba.

Pasrah.

Hanya itu yang mampu Eshal lakukan. Pasrah dengan ketentuan Tuhan.

To be continued 😃

P/s : Inilah cerita baru dari saya. Cerita yang dah siap ditulis cuma tunggu masa untuk terbit aje (kalau lulus nilai la ye) tapi yang penting, bukan terbit waktu PBAKL ni.

And hey... Jangan lupa vote tau, banyak vote, lagi cepat saya post next entry 😘

Hingga Tiba Saat Itu (Yours Truly)Where stories live. Discover now