bab 8

3.7K 35 0

Nadine pov

Alhamdulillah , dah seminggu Adrian sedar dan keadaannya beransur pulih walaupun tidak semua. Aku bersyukur ya Allah kerana Engkau memberikan aku peluang untuk bersama suamiku lebih lama. Aku tidak dapat membayakan jika semua ini diterbalikkan keadaannya.  Aku berjanji akan manfaatkan masa bersama Adrian dan membantu Adrian untuk merawat penyakitnya itu. Doktor peribadi Adrian memberitahu bahawa penyakit yang Adrian boleh sembuh dengan rawatan dan sokongan sekeliling. Jika Adrian bahagia maka penyakit itu tidak cepat merebak. Tetapi jika Adrian dalam tekanan, ianya membahayakan kesihatan Adrian.

" Hei sayang, " Adrian mencuit hidung aku supaya tersedar dari lamunan. Aku terkejut dan memberikan senyuman kepada insan yang aku paling sayang ini.

" Kenapa dok tengok muka abang macam tu ? siap senyum-senyum lagi. Hah sayang tengah fikir apa ? " Adrian tersenyum nakal kepada ku . Eleh sakit-sakit pun nak mengatal.

" Nad suka tengok muka abanglah. Kenapa la abang boleh hensem sangat ni ek? abang makan apa ? " aku bertanya sebegitu secara jujur kepada Adrian. Yelah siapa suruh muka hensem sangat ni. Muka pucat lelah begini pun tetap hensem. Em yee aku dah anggau dengan laki sendiri.

Tapi aku tidak menyangkal Adrian sangat hensem di matanya dan dimata perempuan di luar sna. Kalau tak takkan la followers dah berjuta-juta kat instagram tu. Muka Adrian ni pun ada ala-ala mamat korea. Dengan mata yang memanah membuatkan aku tak tidur malam. Ehem faham-faham je la dengan maksud tak tidur tu hehehe. Dan yang paling aku suka hidu bau Adrian. Bukan bau minyak wangi yang selalu dia pakai, tapi bau badan Adrian. Hehe nakal kan aku.

" See , sengih-sengih ni kenapa ? abang panggil pun tak dengar. " Adrian mematikan lagi lamunanku.

" Hehe takdelah. Nad tengah fikir macam mana abang boleh hensem sangat ni? kalau hensem je takpe lah. Ni kalau keluar je dengan abang ada je mata perempuan yang dok tengok abang. Nak minta lempang ke? em . " ujar aku dengan nada gedik dan manja. Aku menongkat dagu di katil Adrian sambil memandang Adrian dengan senyuman manja, nakal, dan gedik.

" Kira sayang bertuah la kan dapat abang yang hensem ni. Haha yelah abang ni limited edition tau. Sayang orang bertuah hahahaha" Adrian gelak dengan kuat ketika memuji dirinya sendiri.

" Elehh, bangga diri nampak. Yela Nad bertuah dapat abang. Nad tak nak yang lain dah. " aku mengenyitkan mataku kepadanya lalu dia mencium pipi ku kuat. Ya Allah , bahagianya rasa. Semoga rumah tangga ini sentiasa dilindungi.

" Assalamualaikum baby daddy ! 8 bulan lagi kita akan jumpa baby. Tak sabar daddy. Semoga jadi anak yang soleh ye sayang. Jangan susahkan mummy nanti. " Ujar Adrian kepada anak dalam perutku sambil mengelus dan mencium perutku.

" Sayang , nanti sayang nak nama apa untuk baby ? " tanya Adrian kepadaku. Aku berfikir sejenak sebelum sebuah nama terlintas di fikiranku.

" Em kalau baby perempuan Nad nak nama Krystal Roselyia. Kalau lelaki Nad nak abang yang bagi nama. "

" Kalau abang nak nama Ian Randy Lee. "

" Lee ? kenapa ada lee . Bukan nama korea ke tu ? " Tanya aku pelik.

" Ye memang. Abang lupa nak bagitau sayang yang keluarga abang keturunan korea and hujung nama setiap ahli keluarga ada lee . Kalau yang korea asli dipermulaan nama. " Terang Adrian . Oh patutla muka jambu semacam em.

" So nama abang Adrian Ezzam Lee la ?   patutla muka abang jambu je . Coomelll " ujar aku sambil mencubit pipi Adrian dengan kuat sehingga dia menyeringa sakit.

" Ye , tapi abang tak bangga pun dengan nama tu kalau..... " Adrian mengeluh. Aku tau dia hendak bercakap tentang apa. Lalu aku menarik dia ke dalam dakapan dan mengusap belakangnya. Adrian menyandarkan kepalanya di celah leher ku.

" Walau apapun yang mereka dah buat, tapi mereka masih orang tua abang. Nad tak paksa abang untuk memaafkan mereka, but i want you to try forgive them. Lagipun papa dan mama dah menyesal dengan perbuatan mereka. " Ujarku untuk mencairkan sedikit hati Adrian yang tidak mahu memaafkan mentua ku itu.

" Abang dengar tak ? " Eh asal senyap pulak budak ni. Belum sempat untuk meleraikan pelukan, aku terdengar dengkuran halus di celah heler ku. Tahula aku bahawa Adrian tertidur. Pirahh. Penat je membebel.

Aku berhati-hati meletakkan kepala Adrian ke bantal. Sambil memerhati Adrian tidur , aku terperasan ada bekas air mata di celah bulu mata Adrian. Mungkin Adrian menangis tadi.

" Sweetdream sayang" aku mengucup dahi Adrian lalu bangkit untuk membersihkan diri.

Media : Adrian Ezzam Lee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Media : Adrian Ezzam Lee

My Precious WifeWhere stories live. Discover now