LILY 12

6.7K 308 4
                                    


"Airis is my past. My worst nightmare."

Kesimpulan pada cerita Airis dan Haidar. Lily terdiam. Kesiankan Airis. Kesiankan anak Airis. Besarnya ujian dia.

"Along tak patut buka aib orang. Tapi benda ni berkaitan dengan maruah along sendiri. Yang penting berkaitan dengan hati kekasih hati along. Jangan menangis lagi. Tangisan Lily tu... it's really hurt me..."

Lily angguk perlahan. Mata jatuh pada sekeping gambar dan surat. Dalam gambar tu ada along, Airis dan abang Juna. Kawan along dari zaman belajar dulu, Lily kenal. Dah beberapa kali terjumpa sebelum arwah meninggal dunia.

"Dah bertahun. Airis lesap macam tu sebelum sempat arwah minta maaf." Mula tahu rahsia ni. Haidar rasa macam nak bunuh saja kawan baiknya tu. Kerana kerja bodoh Juna tu, bertahun dia simpan rasa bersalah pada Airis.

Keluhan kecil dihela. "Kalau Lily tak buat kerja gila terus balik Malaysia. Kalau Lily tanya dulu along, then talk to Airis. Mesti along boleh jejak Airis lagi."

"Along yakin. Satu hari ni Allah akan gerakkan hati Airis balik ke Malaysia. Bila tiba waktu tu... along akan sampaikan surat arwah pada Airis."

"Tapi Airis dibuang keluarga sebab anak tu. Lily tak rasa Airis akan ke Malaysia."

"Allah akan gerakkan hati dia. Insya-Allah. Along akan beritahu abang arwah Juna. Abang arwah masih cari Airis. Along akan pastikan dia jumpa Airis."

Lily diam. Angguk. Airis tu lemah lembut. Tapi kuat. Kuat terima ujian Allah dengan hati yang tenang.

"Lily...." Lembut suara Haidar memanggil.

"Kita kahwin?"

"Huh?!" Lily tercenggang. Along ni tiba-tiba tukar topik. Isu hangat pulak tu.

"Oh my! Rindunya along muka blur bendul tu." Haidar tertawa kecil. Terubat hatinya sendiri.

"Long... apa pulak bendul! Hish!"

Tawa Haidar terhenti. Penuh kasih sayang dia jatuhkan pandangan pada Lily. Bunga dia, cinta hati dia.

"Janji pada along... Apa saja yang meragukan Lily. Bagi tahu... along bukan malaikat untuk tahu isi hati sayang along ni."

Lily angguk. Faham.

"Lily cintakan alongkan?"

Angguk lagi. Gila tak cinta? Kalau tidak, tidaklah dia tersua-sua beberapa hati ni minta kahwin dengan along bila tahu along ada anak dengan perempuan lain.


#P/S : Cerita Airis-Juna tu memang takkan ada dekat kisah Lily. itu cerita Airis dah. kalau selit Lily tak jadilah tajuk Lily kita kan . heheee~

Airis tu kisah lain dalam #ProjekBunga .


LILY [COMPLETED]Where stories live. Discover now