Bab 1

20.1K 731 21
                                    

🎸🎸🎸


Hana menarik nafas panjang. Berdebar juga dadanya. Kali pertama diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan pelajar projek tahun akhir.

Memandangkan dia baru saja diterima masuk sebagai seorang tenaga pengajar di kolej swasta ini, sedikit sebanyak dia masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di sini.

Pintu bilik kuliah ditolak perlahan. Bunyi suara beberapa orang pelajar yang berada di dalamnya mulai kendur apabila dia melangkah masuk.

Senyuman manis dilemparkan untuk mereka.

"Selamat pagi, cik." Salah seorang daripada mereka menegur.

"Selamat pagi. Rasanya ni kali pertama kita jumpa. Jadi, saya kenalkan diri saya terlebih dahulu ya." Kata katanya disambut senang oleh pelajarnya.

"Awak semua boleh panggil saya Cik Hana. Saya yang gantikan penyelia sebenar awak, Pn Rania yang cuti sakit. Jadi, apa apa saja masalah berkaitan projek akhir awak, InsyaAllah saya akan bantu."

"Baik, cik!"

"Sebelum tu, saya nak berkenalan juga lah dengan pelajar saya ni." Tersenyum, senarai nama pelajar dikeluarkan dari fail.

6 orang pelajar di bawah penyeliaanya. Wajah diangkat, merenung pelajarnya.

Satu persatu nama disebut, cuba mengenali mereka. Hanya 5 orang pelajar di depannya.

"Nuh Ziyad. Ada sesiapa tahu kenapa dia tak hadir?"

Semua pelajar mendiamkan diri. Tidak berkata apa apa mengenai Nuh. Hanya menggeleng dan berpandangan sesama sendiri.

Hana menjongket kening.

"Hai, kenapa senyap tiba tiba? Kenapa Nuh Ziyad tak hadir? Siapa kawan dia?" Hana bertanya lagi.

"Tak tahulah, cik. Kami tak berkawan sangat dengan dia." Seorang pelajar perempuan menjawab.

"Kenapa?"

"Em, dia yang tak suka berkawan cik. Kera sumbang." Kali ini mereka tergelak kecil.

"Hmm, tak apa lah. So, let's continue with your final year project."

Terdengar keluhan halus dari pelajar pelajarnya membuatkan Hana tersenyum.

"Tunjukkan pada saya tajuk masing masing. Terangkan pada saya apa yang awak nak buat."

Hana terus memulakan bimbingannya. Ini bukanlah kali pertama dia mengajar. Sebelum ini dia pernah menjadi tutor di universiti awam dan kali ini rezeki berpihak padanya apabila ditawarkan untuk meneruskan kariernya di sini.

Hampir setengah jam mengajar, tiba tiba pintu bilik kuliah dibuka dari luar. Seorang pelajar lelaki masuk.

Berkemeja hitam dengan tshirt putih di dalamnya, beg yang disandang di sebelah bahunya. Tinggi dan tegap dengan rambut yang mencecah sehingga ke paras bahu.

Hana melirik pada jam di pergelangan tangan sebelum kembali memandang pelajar itu. Tanpa kata.

"Maaf. Saya lambat."

Pelajar yang lain hanya menjeling sekilas sebelum fokus meneruskan kerja masing masing.

"Nuh Ziyad?" Hana mendekati apabila pelajar itu mengambil tempat agak jauh dari rakan rakan yang lain.

Nuh hanya mengangguk. Sebuah fail dikeluarkan dari begnya.

"Apa tajuk projek awak?"

Nuh diam sejenak. Keluhan dilepaskan. "Saya belum ada tajuk."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now