LILY 2

7.6K 333 1
                                    


"Turunlah."

"Tak nak!"

"Turunlah."

"Tak nak!"

Lily geleng kepala dalam selimut tebal. Malu tidak hilang lagi ni. Cis! Macam mana along boleh menapak di rumah mereka pula ni?

Fiya tersenyum kecil. Itulah nak buat kejutan sangat. Tengok sendiri yang terkejut.

Haih! Anak dara seorang aje. Tapi bab mengejutkan jantung mereka suami isteri paling hebat! Mengalahkan anak lelaki mereka pula.

"Kesian kat papa tu. Adik belum jumpa papa lagi kan? Papa tunggu adik sarapan sama tu."

Lily ketap bibir. Mama dah mula buat ayat sedih. Lahai!!

Selimut yang tutup satu badannya dibuka. "Along ada lagi tak?"

Fiya tersenyum sambil mengangguk. Wajah anak yang hampir setahun tidak nampak ditatap lembut. Permata hati dia dan suami.

"Eee... Tak kerja pula hari ni?" rungut Lily.

Fiya tersenyum. "Jomlah. Tak payah nak malu bagai. Nak buat apa Along dah nampak pun."

"Ma...."

Suka Fiya usik anaknya seorang ni. Nakal! Kan siapa suruh buat kejutan balik rumah tak cakap pada semua orang.

"Turun. Semua tengah tunggu kita tu."

"Alaaa ma.."

"Turun atau ma suruh along naik panggil adik?" Kalau tidak ugut macam tu sampai tengah hari mereka tidak bersarapan. Elok juga Along tu tegas sikit dari abang. Ada juga yang adik takut.

"Mesti kena marah sebab pakai singlet dekat rumah."

"Dah tahu Along tak suka adik pakai macam tu dekat rumah. Padanlah kena marah." Gelak Fiya terhambur. Kalau dia tegur bukannya anak nak makan saman pun. Padanlah dengan along yang tegas.

LILY [COMPLETED]Where stories live. Discover now