Bab 5

1.2K 57 8

TANPA sedar, Islah terus memandu menuju ke rumah ayahnya. Mungkin dengan cara ni, dia boleh elakkan lebih banyak fitnah yang mungkin akan timbul dikemudian hari.

Entah mengapa timbul pula idea nakal untuk membuat kejutan pada adiknya. Islah senyum meleret.

'Sorry dik, kita tengok siapa yang kena ye.'

Islah memecut keretanya membelah lebuhraya utara selatan. Hampir dua jam perjalanan, akhirnya sampai juga dia di rumah ayahnya.

Sebaik memberi salam, Islah terus masuk memeluk ayahnya. Lama tidak seperti selalu.

Pelukkan Islah mengundang tanda tanya pada Pak Iman. Sekilas ikan di sungai, dia tahu mana jantan dan mana betina. Disebalik senyuman Islah, dia dapat melihat kesedihan anaknya itu.

"Ayah siap-siaplah. Malam ni atau esok pagi kita bertolak ke Perak. Sambil-sambil tu kita jalan-jalan kat sana." Islah terus menyatakan hasratnya.

"Ish... tak naklah ayah. Lama sangat pula kat sana. Nak buat apa lama-lama?" ngomel Pak Iman sambil duduk.

"Sebenarnya jumaat ni adik dah boleh baliklah ayah. Saja Islah cakap lambat lagi sebab dia cakap nak bagi kejutan kat ayah. Tapi kan, Islah rasa baik kita yang bagi kejutan kat dia."

Geleng kepala Pak Iman dengan ragam anak-anaknya.

"Kamu berdua ni memang suka kenakan ayah, kan. Sukalah sangat dengar ayah menjerit ye."

Islah ketawa. Hilang seketika masalahnya ketika itu. Pak Iman ralit merenung muka Islah. Sungguh saling tak tumpah seperti muka arwah isterinya. Betul-betul duplicate.

"Mana Zaidi?" Pak Iman mula bertanya. Selalunya kalau Islah balik ke situ tanpa Zaidi, Zaidi sendiri akan beritahunya. Itulah kebiasaan Zaidi yang Islah tak tahu.

"Dia sibuklah ayah. Pagi dah pergi kerja. Tengah malam baru balik. Islah bosanlah. Tu datang sini. Ayah tak suka ke?" soal Islah pula. Entah mengapa dia tak betah duduk bila soalan itu diajukan.

"Kamu dah makan?" Pak Iman mengalih soalan apabila perasan perubahan dari raut wajah Islah.

"Belum. Ayah nak masak ke? Jomlah kita makan kat luar." Islah rindu nak makan bersama ayahnya seperti dulu. Walaupun dia kerap pulang ke rumah ayahnya namun, situasi hari ni tak sama macam sebelum-sebelum ni.

Islah sedar dia perlukan nasihat dari ayahnya. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan. Namun bukan semua orang boleh dipercayai apabila ingin berbicara hal suami isteri. Hanya ayahnya teman rapatnya selama ini.

"Tak naklah. Ayah dah kenyang. Pergilah makan kat dapur tu. Ayah masak lauk favourite kamu. Patutlah ayah rasa nak masak lebih hari ni. Rupanya kamu nak balik."

Islah tak tunggu lama, terus dia melulu ke dapur. Pak Iman hanya memerhatikan setiap gerak geri Islah. Dia segera mencapai telefonnya.

Kamu sihat?
~Pak Iman

Ringkas kandungan Whatsappnya kepada Zaidi. Tak sampai lima minit Zaidi membalas masejnya.

Alhamduulillah. Di sihat je ayah. Ayah macam mana?
~Zaidi

Kamu ada masalah dengan Islah ke?
~Pak Iman

Pertanyaan Zaidi dibiar tanpa jawapan.

Islah ada cerita apa-apa kat ayah ke?
~Zaidi

Tak ada. Kebiasaannya kalau Islah balik sini kamu bagitahu yang kamu tak ikut. Tapi hari ni dia sampai, tak ada pula kamu bagitahu ayah yang dia nak balik.
~Pak Iman

Zaidi buntu tak tahu macam mana nak diterangkan pada ayah mertuanya. Sungguh dia tak terfikir yang Islah akan pulang ke sana. Namun dia tetap musyikil kerana menurut ayah mertuanya, Islah baru sampai. Ke manalah Islah pergi semalam.

Zaidi meraup wajahnya. Kehilangan Islah semalam membuatnya tak lena tidur. Bahananya dia terpaksa ambil cuti kecemasan. Memang niat hatinya nak mencari Islah. Tapi sebaik sahaja menerima kiriman Whatsapp dari ayah mertuanya, hatinya sedikit lega sebab tau Islah berada di mana.

Hatinya berkira-kira bagaimana hendak diceritakan masalahnya pada ayah mertuanya. Semuanya salah dirinya sendiri. Cemburu membabi buta. Bahkan dia sering rasa Islah ingin meninggalkan dirinya kerana lelaki lain.

Ayah, boleh tak kita jumpa tanpa pengetahuan Islah. Maafkan Di ayah. Di dah buat anak ayah terluka. Di berdosa pada ayah sebab tak jaga Islah seperti yang di amanahkan. Di gagal jadi suami yang baik pada Islah. Di sering buat Islah menangis. Sering buat Islah terluka.
~Zaidi

Lama zaidi menunggu balasan masej dari Pak Iman namun hampa. Walaupun jelas di situ bahawa Pak Iman telah membaca mesej yang dihantar.

Kunci kereta di capai, Zaidi terus memecut ke rumah Pak Iman. Jarak rumah mereka tidaklah berapa jauh. Lebih kurang setengah jam perjalanan.

Sampai sahaja dirumah Pak Iman, Zaidi memberhentikan keretanya agak jauh dari rumah Pak Iman. Cukuplah sekadar dapat melihat kereta Islah berada di situ.

Petang kian berganjak ke senja namun Zaidi sedikit pun tidak beralih dari situ. Melihat Islah keluar bersama Pak Iman, Zaidi segera menghidupkan enjin kereta. Dengan jarak yang agak jauh dia mengekori Islah yang menuju ke surau.

Itulah rutin Pak Iman. Kalau mereka berkumpul, pasti diajak sama untuk berjemaah di surau.

Dari kejauhan Zaidi memerhati Islah. Keretanya di parkir jauh agar Islah tidak tahu dia berada di situ.

Usai menunaikan solat maghrib, Zaidi mendapatkan Pak Iman. Mujurlah Pak Iman tidak berganjak dari tempat solatnya. Zaidi menepuk lembut bahu kanan Pak Iman lantas memberi salam dan menyalami Pak Iman sebaik sahaja Pak Iman menoleh.

"Bila kamu sampai?" soal Pak Iman sebaik Zaidi melabuhkan punggungnya. Ruang solat agak lengang pada ketika itu. Pak Iman memang jarang pulang. Kebiasaanya dia akan berada di situ sehingga masuk waktu isyak.

"Lama dah Di sampai tapi Di tak masuk ke rumah. Di duduk dalam kereta. Bila nampak ayah ke surau, Di ikut dari belakang. Boleh kita bercakap sikit?" Sayu kelihatan muka Zaidi pada ketika itu.

"Kita kat tempat ibadah. Apa kata kita mengaji sementara tunggu masuk Isyak. Nanti lepas Isyak, kita jumpa di kedai mamak depan sana. Nanti ayah minta Islah balik dulu." Zaidi akur dengan permintaan Pak Iman.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now