Bab 4

1.5K 60 19

ISLAH berasa tenang duduk di tepi pantai dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Terasa terbang segala permasalahannya ketika itu. Tanpa disedari air mata mula membasahi pipinya. Sesungguhnya dia tidak biasa berjauhan dengan suaminya.

Akhirnya dilepaskan segala rasa dihati. Tersedu-sedu dia menangis malam tu. Biarlah bengkak sekali pun matanya, dia dah tak peduli lagi. Apa yang penting, hatinya tenang. Apa yang penting, dapat melepaskan segala rasa sakit dihatinya.

Rindu. Itulah perasaannya pada suaminya ketika itu. Biar sebumbung. Biar pun dua puluh empat jam bersama, namun kerinduan buat suaminya tak pernah terpadam. Malah semakin hari semakin mendalam. Walau sedalam mana luka yang di tinggalkan, masih belum mampu menghapuskan rasa rindu tersebut.

Islah segera mencapai telefon yang telah dimatikan ketika di R&R tadi. Segera dihidupkan semula.

Abang rindu sayang. Jangan macam ni. Abang tak biasa berjauhan dengan sayang.
~Zaidi.

Islah memeluk telefon bimbitnya sebaik membaca kiriman Whatsapp dari Zaidi. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Islah perlukan masa untuk bertenang. Biarlah apa pun nak jadi. Kali ni dia pasrah. Islah serahkan sepenuhnya pada takdir Allah SWT.

Lamunan Islah dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Tertera 'Syurgaku' di skrin telefon bimbitnya. Namun panggilan itu dipandang sepi. Sesepi hatinya. Berkali-kali telefonnya menjerit minta dijawab, berkali-kali juga Islah membiarkannya.

Lama Islah termenung di situ, akhirnya dia bangun menuju ke kereta, lantas mengambil beg pakaiannya dan mendaftar masuk ke bilik penginapan. Dia ingin melelapkan matanya. Islah berharap apabila bangun ke esokkan harinya, hatinya akan tenang dan dapat melupakan apa yang telah berlaku hari ini.

Sampai sahaja di bilik penginapan Islah segera membersihkan diri. Baru hendak melelapkan mata, sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Kali ini tertera nama Arwisy di skrin telefon. Islah segera menjawab panggilan tersebut.

"Kak, dah tidur ke?" soalan pertama diajukan.

"Belum lagi. Ni call nak duit lagi ke?" Memang tu je yang selalu dibuat oleh Arwisy. Panggilan darinya boleh diduga apa yang di inginkannya.

"Ish.. akak ni, asal orang call je memang minta duit je ke?" soal Arwisy bengang. Memang suka betul dia membahasakan dirinya orang.

"Mana pernah ada tujuan lain kalau kau call!" jawab Islah sambil ketawa.

"Jahat akak ni! Orang nak bagitahu ni, jumaat ni orang dah boleh balik tau. Nanti akak jangan lupa datang ambil tau. Barang banyak ni nak bawa balik."

"Eh dah habis exam ke?" Sungguhlah Islah terlupa pasal adiknya itu.

"Minggu lepaskan orang dah bagitahu tengah exam. Tulah banyak makan semut," tepek Arwisy buat Islah ketawa.

"Okeylah. Khamis ni akak ke sana. Nak akak datang dengan ayah ke nak akak datang sorang je?"

"Aik! Kenapa pula sorang? Abang tak ikut sama ke?"

"Abang sibuklah dik. Tu akak tanya nak akak datang sorang ke?"

"Soranglah kak. Ayah tak tahu orang nak balik ni."

"Kau memang tau. Suka dengar ayah menjeritkan?"

"Hahaha. Alahai kak. Bukan selalu. Lama tak dengar dia menjerit. Okeylah kak. Jangan lupa tau. Lepas asar ye."

"Okey. Nanti akak datang jemput. Jaga diri. Selamat malam."

"Selamat malam kakak busuk." Terus Arwisy menamatkan panggilan.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now