Bab 3

1.8K 71 56

ISLAH melangkah laju menuju ke Kedai Makan Pak Hamed yang terletak dibelakang pejabatnya. Tergesa-gesa dia berjalan sehingga merempuh seorang lelaki. Mujur dia tak jatuh terjelepok.

"Sa.. sa.. saya minta maaf." Gugup Islah memohon maaf. Islah segera mengutip dompetnya yang terlepas dari pegangannya.

"Eh. Tak mengapa cik. Saya yang tergesa-gesa," balas pemuda tersebut.

Islah sedikit lega. Sama-sama salah cetus hatinya. Islah segera minta diri untuk beredar.

'Uish buat malu je. Nasib baiklah tak jatuh. Kalau tak lagi malu.' Ngomel Islah dalam hati.

"Lewat hari ni," sapa Kak Ani. Salah seorang pekerja kedai makan tersebut sebaik Islah mendapatkan sepinggan nasi.

"Banyak kerja kak. Sampai saya tak sedar dah waktu rehat." Berkerut dahi Kak Ani mendengar jawapan Islah.

"Amboi! Selalunya banyak kerja macam mana pun, awaklah orang yang paling awal sampai." Islah tersengih mendengar kata-kata Kak Ani. Matanya melilau mencari sesuatu.

"Kak Ani ada simpankan. Tu pun Pak Hamed ingatkan tadi. Katanya kesian anak daranya nanti tak dapat kalau habis. Betul pun kata dia. Cepat sangat habis hari ni."

Islah ketawa besar. Lega hatinya apabila lauk kegemarannya telah disimpankan. Selepas mengucapkan terima kasih, dia segera mendapatkan tempat duduk.

Lauk dan minuman kegemarannya menyusul tak sampai lima minit dia melabuhkan punggung. Sebaik mengucapkan terima kasih kepada pekerja yang menghantar air dan lauknya itu, Islah menjamu selera.

Matanya terpandang zip dompetnya yang terbuka. Hampir tersedak dia ketika tu akibat terkejut. Telefon bimbit yang diletakkan dalam dompet tersebut telah tiada. Terhenti suapannya beberapa minit.

Cuba mengingati dimana dia meletakkan telefon bimbitnya. Seingatnya sebaik melangkah keluar dari pejabat, dia langsung tidak menggunakan telefon bimbit. Sedang asyik berfikir, dia disapa oleh seseorang.

"Assalamualaikum." Islah segera menoleh lantas menjawab salam yang dihulurkan.

"Erk maaf ganggu cik makan. Cuma nak tanya, ni telefon cik ke?" Islah segera mengangguk menandakan itu telefonnya.

Islah mencapai telefon bimbitnya. Tak putus-putus ucapan terima kasih keluar dari mulutnya.

"Eh marilah makan sama," pelawa Islah. Sungguh dia susah hati jika telefon itu hilang. Banyak nombor-nombor penting di dalam telefon tersebut.

"Tak apa cik. Saya baru je lepas makan," jawab pemuda tersebut. Islah tersenyum.

"Apa pun terima kasih sebab pulangkan. Saya pun tak perasan bila jatuh. Mungkin masa saya terlanggar encik tadi. Sekali lagi saya mohon maaf."

"Allah. Tak apalah. Lagipun saya juga salah. Tak perlu nak berencik dengan saya. Panggil je saya Zaidi. Hurm cik?"

"Kalau macam tu, panggil je saya Islah," jawab Islah sambil menyambut huluran tangan Zaidi. Senyuman manis dilemparkan.

"Saya minta diri dulu ye," ujar Zaidi lantas berlalu meninggalkan Islah.

Islah melepaskan satu keluhan lega. Lega apabila telefonnya dikembalikan semula kepadanya. Mujur yang menjumpai itu orang yang jujur. Kalau tak, pasti telefon tersebut telah lesap.

♡♡♡

HAMPIR dua jam Islah menunggu teksi, namun tiada satu pun yang kelihatan. Jam ditangannya dijeling. Hampir pukul 10:30 malam. Islah semakin gelisah. Apatah lagi kawasan dia menunggu teksi tersebut agak suram dan sunyi.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now