eleven°

636 84 37

p/s : part ni tolong menghayati sikit tau, aku nak kasi krg nangis HAHAHA

flashback

"jaechan, kau ingat lawak ke post gambar buruk aku kat instagram."

"HAHAHHAHAHA LAWAK SIA MUKA KAU CAM MEMERANG TERCEKIK TAIK LEMBU." tawanya dengan bahagia. oh tuhan, aku harap masa berhenti sekejap so bolehla aku pandang dia gelak camni lama-lama.

"dah ah delete laa. nanti orang lain ejek aku laa. kau suka ke tengok nama aku naik sebab belasah budak yang ejek aku nanti." rengekku sambil menunjuk telefonnya.

"ryujin, sini jap." jaechan memanggil aku dengan senyuman. aduh dia buat aku ddu gun ddu gun lak, aku tampar kang.

aku datang kearahnya dan dia terus mencucuk pipi aku dengan jari telunjuknya.

"kau ni comellah."

aku terpana, terkaku, terkelu, tercekik, terkentut.

d-dia.. dia baru puji aku ke? untuk kali pertama?

"jumpa besok, ryujin-ah." katanya dengan senyuman lalu berjalan meninggalkan aku.

aku terus memegang pipi aku yang mula panas.

aSGSBJAKAKL

---

"jaechan, kau rehat la sekejap." kata aku yang duduk di bangku sambil melihatnya sedang menjaringkan bola.

"tak nak.. aku.. aku nak tunjuk kat orang lain yang aku boleh main benda ni dengan baik." katanya dengan sesak nafas lalu rebah ke lantai.

"weyh jaechan!" jeritku lalu lari kearahnya.

"kau ok? nak air? nak aku bawak kau pegi bilik kesihatan?" soalku dengan panik. aku melihatnya yang sedang tercungap-cungap itu.

"kau ni an, aku dah kata dah tadi. kau patut rehat sekejap. bila-bila nanti kan boleh sambung. degil !" bebelku lalu memukul lengannya. biarkan, dah sakit aku kasi lagi sakit.

"aish sakitlah." jaechan mengaduh kemudian tersenyum. tangannya cuba capai muka aku. jari telunjuknya mencucuk pipi aku dan aku terus memandangnya dengan kekeliruan.

"aku ok, jangan risau sangat pasal aku eh? aku tak suka tengok kau risau macam ni."

aku memandangnya yang tengah kepenatan.

macam mana aku tak risau pasal kau kalau kau ni jenis yang keras kepala?

---

"jaechan-ah. kau betul ke taknak terima si hana tu? kesian do aku tengok dia. dah ah lawa, femes laktu an. bukan cam aku, buruk nak mampos." kata aku lalu menyepak batu.

"mengaku pun diri tu buruk." katanya lalu tergelak terbahak-bahak. aku menyepak kakinya dan dia terus mengaduh kesakitan. ni kalau aku nampak kapak ke pisau ke tak sempat dia nak merasa bahagia.

"hehehe sorry lah. hm, buat apa aku nak suka orang yang lawa tapi perangai buruk, kan?" dia memandang aku dengan senyuman nipis.

tiba-tiba jari telunjuknya mencucuk pipiku,

sekali lagi.

sumpah, aku nak keadaan macam ni setiap hari.

"kalau nak ikutkan, kau lagi lawa. dalam diri dan luar diri." katanya dengan senyuman manis terukir dibibirnya lalu meninggalkan aku.

makin lama kau makin menjadi-jadi kan? buat jantung aku rasa nak meletup bila nampak senyuman kau. senyuman yang mampu buat hari aku terus menjadi indah.

genie ; park jihoonWhere stories live. Discover now