Bab 2

1.9K 83 37

ISLAH sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya. Keretanya dipandu tanpa arah tuju. Sungguh hatinya terluka. Tersangat terluka dengan apa yang berlaku. Bukan niat untuk menjadi isteri derhaka. Kesabaran yang selama ini dipertahankan akhirnya meletus walau bukan keseluruhannya.

Sebelum lidahnya lancang menuturkan kata-kata yang mungkin akan menghiris sama hati suaminya dan menjadikannya seorang isteri yang derhaka, lebih baik dia beralah. Dan kali ini dia terpaksa membuat keputusan drastik untuk pergi meninggalkan rumah mereka.

Air mata kelukaan akhirnya mengalir juga membasahi pipi Islah. Segala apa yang dikorbankan selama ni ternyata hanya sia-sia. Bila kasih sayang dan cintanya tetap diragui. Tiga tahun hidup sebumbung, tomahan yang sama diterimanya sehingga hari ini. Mana mungkin hatinya mampu bertahan.

Andai tidak mengenangkan dosa menduakan suami. Andai dirinya tersangat jahil mengenai agama, mungkin dah lama dia kotakan apa yang sering diucapkan oleh suaminya. Mungkin dah lama dia mencurangi suaminya.

'Sayang tak pernah curang. Tak pernah ada niat pun nak tinggalkan abang kerana lelaki lain. Tak pernah sekali pun! Kenapa abang suka cakap benda yang sama? Kenapa abang mendoakan perkara yang tak elok?' Rintih Islah di dalam hati. Berjurai laju air matanya.

Melihat simpang ke R&R Seremban, Islah segera menghala ke arah R&R. Tak terdaya dia memandu dalam keadaan begitu. Kereta di parkir depan taman permainan kakak-kanak. Mujur banyak parkir kosong. Kalau musim cuti atau perayaan selalunya memang susah nak dapatkan parkir di kawasan tersebut.

Tingkap kereta diturunkan dalam seinci. Islah mencapai telefon bimbitnya. Whatsapp dari Zaidi dibuka.

Sampai hati sayang pergi tinggalkan abang.
~Zaidi

Islah mengesat airmatanya. Bukan ini yang diharapkan. Malah dia sendiri tak pernah terfikir untuk keluar dari rumah mereka.

Sayang lagi ke? Eh awak tak jijik ke nak bersama dengan perempuan yang curang?
~Islah

Entah mengapa keras sungguh hati Islah ketika itu walaupun sebelum mesej tersebut, Zaidi telah memohon maaf.

Sayang kat mana? Bagitahu abang. Abang pergi jumpa sayang sekarang.
~Zaidi

Tak perlulah awak sibuk-sibuk nak jumpa saya. Jangan lupa awak sendiri kata yang saya ni nak tinggalkan awak sebab jantan lain. Sekarang ni saya tengah cari jantan yang awak maksudkan tu. Jadi tak perlu jumpa saya lagi!
~Islah

Islah terus mematikan telefon bimbitnya. Sungguh hatinya benar-benar terluka kali ini. Entah mengapa hatinya juga terlalu keras untuk mengalah. Mungkin kerana dah tak sanggup maruah dan harga dirinya di pijak-pijak.

Dulu sebelum mereka bernikah, Zaidi tidak begitu. Melihat air mata Islah pun dia tidak tega. Apatah lagi untuk melukakan hati Islah. Entah mengapa Zaidi berubah sikap setelah mereka bernikah. Islah sendiri tak tahu dimana silapnya.

Semasa kantoi Zaidi bermain cinta dengan perempuan lain, Islah masih lagi mengalah. Masih lagi beri peluang sedangkan ketika itu Islah hamil dan akibat dari tekanan yang di terima, Islah kehilangan anak yang dikandungkannya.

Apatah lagi ketika itu Zaidi turut mengatakan kepada perempuan tersebut bahawa anak yang dikandungkan itu bukan anaknya. Sungguh luluh hati Islah apabila mengetahui Zaidi tergamak mempertikaikan nasab anak yang dikandungkan itu.

Saat itulah dia mengalami tekanan yang melampau sehingga menyebabkannya keguguran pada usia kandungan empat bulan. Selama dua minggu berpantang juga dia mengalami kemurungan. Mujur tak melarat. Mujur dia cepat sedar. Jika tidak, mungkin dia sudah meroyan. Allah swt masih sayangkannya. Cepat menyedarkannya dari terus hanyut dengan perasaan.

Kepala Islah mula berdenyut. Mungkin akibat terlalu banyak menangis dan tertekan. Islah mencapai ubat sakit kepala dalam beg tangan lantas ditelannya dua biji ubat tersebut. Kerusi direbahkan sedikit bagi menghilangkan sakit kepalanya. Tak sampai lima minit, Islah terlena.

♡♡♡

Zaidi hilang arah. Berkali-kali dihubunginya Islah namun, tiada satu pun panggilannya berjaya. Yang ada hanyalah suara merdu operator yang memberitahu bahawa panggilannya gagal disambungkan.

Kunci kereta dicapainya. Zaidi buntu. Tidak tahu dimana harus dimulakan untuk mencari Islah. Akhirnya satu hentakkan dilepaskan ke stering keretanya. Penyesalan yang tiada penghujung.

'Sayang kat mana? Janganlah buat abang risau,' rintih hati Zaidi. Dia tersandar lesu.

'Ya Allah... berikanlah aku kekuatan. Di mana harusku mulakan? Dimana harus ku mencari isteri ku?' rintih hati kecil Zaidi lagi.

Satu Kuala Lumpur dia pusing namun, kelibat Islah tidak juga kelihatan. Dengan perasaan hampa, dia pulang ke rumah.

Saat kaki melangkah ke dapur, terlihat hidangan makan malam di atas meja. Sekali lagi Zaidi terduduk. Meski dalam keadaan begini, Islah tetap tidak culas menghidangkan makan malam buatnya.

Zaidi hanya mampu memandang sepi hidangan di atas meja tersebut. selera makannya mati sama sekali bila mengenangkan Islah yang entah di mana.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now