Berat Sungguh kepalaku. Macam ada batu menindih. Aku buka mata perlahan lahan.
"pia.." suara umi. Eh, aku kat kampung ke?
"alhamdulillah sedar dah dia" suara abah pulak. Tapi.. Kenapa Macam kat hospital..
"umi, abah.. Pia kat mana?" soalku.
"pia kat hospital la.. Ni kt kpj.. Pia kan pengsan dekat wad pagi tadi.." haah baru aku teringat. Tapi umi abah gigih datang dari Kampung ni sebab apa. Macam aku sakit teruk je. Aku membetulkan duduk.
"hati hati pia. Jangan lesak sangat" kata umi sambil membantuku membetulkan duduk.
"ammar mana umi?"
"ada kat luar. Tengah tunggu mertua pia datang. Diorang dari perlis.. Umi abah dari kg.. Ingat nak pergi sekali tadi.."
"oh yelah.. Ayah kursus kat perlis kan.."
"dah la pia, rehatla. Jangan banyak bergerak. Ke pia nak makan? Umi bawak bubur."
Laju aku geleng. Aku lihat iv drip yang mengalir. Entah botol ke berapa. Ada lah dapat topup tenaga sikit..
Pintu dikuak perlahan. Aku lihat wajah ibu dan ayah ammar yang kelihatan ceria. Seronok jumpa besan agaknya. Memudian ibu memekuk cium ku.
" tahniah, pia. Tak sabar ibu.." kata ibu ammar.
Aku pandang ammar yang baru masuk. Dia masih berpakaian pagi tadi. Kemeja purple dan slaight hitam. Ammar turut tersenyum.
"tahniah kenapa, ibu, umi?" soalku. Aku sakit, dia ucap tahniah pulak.
"tahniah la, pia kan Mengandung!" kata umi.
"pia Mengandung?" aku pandang ammar yang dari tadi sengih sampai telinga. Patut la selera makan ku kelaut, tak boleh bau bukan bukan, muntah muntah.. Ya allah kenapa aku tak terfikir langsung! Haha! Alhamdulillah, walaupun baru 3bulan berkahwin.tak sangka secepat ini. Tapi dah rezeki.. Yang penting ammar la orang yang paling gembira.
"dah 5 minggu" kata ammar. Dia duduk diatas katil disisiku. "thanks sayang" katanya lagi sambil mengucup dahiku.
"ammar, jaga pia elok elok. Dia ni dah la lasak.. Nanti dekat wad tu kehulu kehilir" kata umi. Tau sangat perangai aku. Mana boleh duduk diam. Ada je kerja nak buat.
"ye, umi.. Tapi tu lah.. Dapat isteri degil ni payah sikit umi.. Semalam dah cakap kat dia jangan kerja.. Nak jugak kerja"
Oh baru aku teringat! Bukan ke aku pengsan dekat wad semalam? Kenapa tak warded aku dekat sana je ye? Ammar la punya kerja ni.
"buat kerja lebih sikit.. Senang bersalin" kataku.
"itu kalau dah nak dekat due boleh. Tapi kalau awal awal ni, jangan" kata ibu pula.
"okey la, pia dok goyang kaki kat rumah je boleh?" gurauku.
"lagi abang setuju!"
Penuh suara ketawa didalam bilikku. Nampaknya semua gembira dengan bakal kehadiran orang baru dalam hidup kami.******
Tahniah pia - kak emi
Tahniah kak pia.. Mesti baby handsome nanti.. - aina
Amboi pia.. Senyap senyap ye. Btw tahniah.. - kak yana
Penuh ucapan tahniah dalam group WhatsApp wad aku bekerja. Ammar kata semua orang dah tahu yang ammar tu husband aku sebab dia yang angkat aku, treat aku masa aku pengsan. Mula mula diorang pelik kenapa ammar beria sangat. Sampai dr yew terpaksa back up round ward. Dia pun terpaksa ambil emergency leaves. Terutamanya sister sakinah. Dia macam tak suka je ammar treat aku masa tu. Betul ke? Aku pun tak sure.
"sayang" ammar duduk disebelahku.
"ye?" balasku lembut. Fon diletakkan ditepi. Setakat ni tak pernah lagi aku main fon kalau ammar ada. Hormat tu masih ada. "eh jap, abang tak pergi kerja ke."
"i still on my leaves.."
"ala pia okey la abang.."
"abang yang tak berapa nak okey"
"abang sakit ke?" soalku lalu menyentuh leher ammar. Hmm.. Tak panas pun. Nadi dia aku cek pula. Okey sahaja. Normal.. "sakit apa?" soalku.
"sakit hati! Taklah. Mana ada. Sayang okey dah ke? Nak makan apa apa tak?" soalnya.
"nak tapi kejap lagi"
"okey" kata ammar kemudian kami senyap. Menonton tv.
"abang, betul ke semua dah tahu?"
"tahu apa?"
"yela. Yang specialist ammar tu my husband laaa..."
"entah"
Okey jawapan ammar selalu macam tu. Geram aku dibuatnya.
"habistu.. Diorang macam kecoh kecoh je ni"
Aku tayang handphone depan ammar."dah tau la tu."
"hmmmmm" buntu aku dibuatnya. Aku seboleh bolehnya taknak orang tahu hubungan aku dan ammar. Tapi dah nasib jadi macam ni. Semuanya diluar kawalan aku sendiri. Tak boleh nak salahkan sesiapa.
Macam mana la agaknya reaksi diorang bila aku dah masuk kerja nanti. Dah lah ramai gila peminat ammar. Termasuk la kawan kawan aku, intern atau ho. Habislah kau pia!

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...