Aku pandang sahaja ammar yang sedang memandu kereta. Wajahnya nampak sedikit tegang. Mungkin masih marah dengan tindakan aku tadi. Tapi takde sepatah kata pun keluar dari mulutnya.. Macam mana ni... Dia mesti marah dengan aku.. Aduhai sofia! Tula cari pasal lagi!
"abang, sayang lapar.." kataku. Tadi tak sempat nak melantak pizza hut kegemaran. Huhuuuu
"nanti abang berhenti beli makanan" katanya.
Okey, diam lagi. Awkward.perut aku je berkeroncong. Nyanyi lagu rock.
"abang, tapi sayang nak makan sekarang.. Bukan nanti" kataku membuatkan ammar beri signal ke kiri. Dari jauh aku nampak signboard Mcdonald. Boleh la dari takde..
Setelah order melalui drivethru dia kembali meneruskan perjalanan. Aku sudah mengunyah kentang goreng dengan rakus. Lapar kot!
"abang nak tak?"
"jangan kacau abang tengah drive"
"abang dah kenapa nak marah marah sayang?"
"haah memang abang tengah marah. Sakit hati dengan perangai sayang. Cuba jadi dewasa sikit tak boleh ke?"
Aduh pasal mana satu ye.. Pasal dr farah ke pasal aku nak suap kentang dalam mulut dia?
"sayang lapar.." itu je jawapanku. Entah kenapa mataku berkaca tiba tiba. Ammar jarang meninggikan suara padaku. Ni bukan ammar. Ni dr ammar yang selalu aku tengok dekat wad..
"abang tau sayang lapar, tapi perlu ke sayang setuju farah tu join kita? Perlu ke sorok lagi hubungan kita? Abang sedaya upaya jauhkan diri dari dia, tapi sayang? Langsung tak bagi kerja sama!"
"sayang tau.. Tapi sayang taknak dia pandang sayang macam sayang ni tak layak sangat dengan abang! Macam staffnurse ni hina sangat kalau dengan doktor!" balasku. Aku memang terkilan melihat jelingan dr farah padaku tadi. Macam aku ni jijik dan dia tu perfect buat ammar. Sedangkan dia sendiri sudah berkahwin. Buat apa lagi nengorat suami orang.
" sayang, kita ni dah jodoh. Even sayang tu penganggur pun, kalau dah jodoh dengan doktor, takkan lari kemana. Jadi abang nak mintak tolong sangat jangan buat macam ni lagi. Okey, farah dah tau sebab keadaan memaksa. Lepas ni kalau orang tak tanya tak perlu jawap tentang hubungan kita. Faham? " aku angguk laju sambil mengesat air mata. Alahai mengada nak nangis pulak kau ni pia.
Tapi kemarahan ammar masih tak redha. Dia diam. Begitu jugak aku. Sibuk mengunyah kentang. Sehari dua ni aku rasa laparku menjadi jadi. Lepastu asyik mengantuk je. Hmmm. Kenapa tah. Sindrom malas je gayanya.
******
Ini dah kali ke 3 aku keluar masuk tandas selepas balik tadi. Habis isi perutku keluar semula. Aduh. Ni kes lambat makan la ni. Habis gastrik ku kembali menyerang. Aku baring di atas katil. Tenaga pun agaknya dah tinggal 15%.
"sayang kenapa?" soal ammar.
"gastrik lah kot."
"sakit perut sangat? Abang bagi ranitidine ye?" laju aku geleng. Aku nak makan ubat? Memang taklah citernye. Walaupun aku nurse suka suruh patient makan ubat tapi aku sendiri takut dengan ubat.
"makan la ubat.. Nanti lg sakit.. Abang urut nak?" yang ni aku angguk laju. Aku ni macam tak boleh nak buat salah sikit dengan suami aku. Dulu masa bertunang. Aku tipu dia cakap aku pergi melaka dengan budak2 wad.. Padahal aku pergi sorang jumpa dorang kat sana. Then aku kne saman parking. Masa baru kahwin aku selalu cakap aku dah makan pdhl aku tak mkn sbb diet. Last 2 gastrik. Hmmm. Skrg ni.. Aku taknak mengaku bini dia lepastu aku sakit lagi. Karma betul! Ke laki aku ni ke turunan raja? Daulat?
Entah berapa lama ammar urut aku, aku pun taktahu sebab aku dah tertidur..
*****
Gastrik aku masih belum baik. Semalam ulang alik aku ke tandas. Atau sebenarnya aku food poisoning.. Tapi pelik, selera makan aku mati.. Tapi perut lapar sentiasa. Nak makan tapi takde selera.
Ammar berkali kali menelefon. Bertanya keadaan ku. Tapi ku gagahkan jugak. Masak bubur dan makan sesudu dua.
Harini aku masuk kerja pagi macam biasa. Tapi pagi pagi lagi perut aku da meragam. Nak ambik report pun tak senang. Aduhai..
"kak pia okey ke ni.. Macam pucat je." tegur aina. Aku hanya mengangguk.
Dan ammar seawal 7.30 pagi dah datang wad. Risau keadaan aku la tu. Dia dah larang aku bekerja tapi aku datang jugak. Malas nak ambil mc.. Entah dapat entah kan tidak....
"bed 12..patient named abdul latif mahmod.. Akak okey ke tak ni?" soal azlin. Sungguh kepala ku terlalu pening. Berpusing. Pandangan ku menjadi kabur, kaki pula tak mampu menampung badan. Aku dapat rasakan yang yang azlin cuba menahan tubuhku dari jatuh. Sambil dia menjerit memanggil doktor.
" sayang... " suara ammar samar samar kedengaran. Dan padangan aku pun gelap..

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...