JUNGKOOK :
macam mana kalau kau kena attack, siapa nak selamatkan ? Macam mana kalau lelaki itu dah tak ada? Apa tujuan kau pula selepas itu?

Kini Jungkook menyoal banyak soalan. Hoseok kelihatan serba salah tetapi bila difikirkan kembali, dia sudah berjanji dengan lelaki tadi yang dia akan kembali semula jadi tak akan lah dia akan memungkari janji yang dibuatnya itu? Sungguh, Hoseok bukan lah orang berjenis begitu.

HOSEOK :
*menggeleng* aku kena pergi.

Taehyung dan Jungkook memandang satu sama lain dan kemudian Jungkook mula mengusutkan rambutnya. Tertekan dan keliru dia pada waktu yang sama. Sudahlah persekitarannya itu memang tidak selesa sama sekali ditambah pula dengan masalah yang dia hadapi.

Walaupun masalah itu kelihatan kecil namun baginya besar sekali. Ia melibatkan nyawa jadi ianya bukan lah hal yang kecil bagi Jungkook.

HOSEOK :
It's okay kalau aku tak balik dalam setengah jam korang teruskan lah tanpa aku.

Hoseok tersenyum segaris. Jungkook memandang dia seperti ingin membaham manusia dihadapan nya itu.

JUNGKOOK :
banyaklah kau punya cekadak. Tak, kita kena stick together kalau nak berjaya keluar daripada lubang ni.

TAEHYUNG :
betul tu hyung.. lagipun kita tak ada senjata dan bila-bila masa je lampu akan terpadam. Aku tahu elektrik dalam bangunan ni bukan nya boleh bertahan lama.

Hoseok nampak resah, namun pada masa yang sama dia kelihatan berlawan dengan rasa hatinya. Dia tetap menggeleng sambil memandang Jungkook dan Taehyung.

HOSEOK :
aku tak boleh mungkar janji aku.

JUNGKOOK :
siapa suruh kau berjanji sedangkan kau tak tahu sama ada kau boleh tunaikan ataupun tidak janji tu!

Jungkook mula naik berang, daripada kamera kelihatan urat di leher Jungkook mula menimbul menandakan lelaki itu sedang berada dalam keadaan amarahnya yang membuak-buak. Taehyung dengan pantas meninggalkan kamera tersebut dan menghampiri Jungkook lalu menenangkan dia.

Semua orang disitu tahu apa jadinya kalau Jungkook mengamuk.

Namun Hoseok nampak tenang. Dia hanya memandang sahaja Jungkook dengan pandangan yang kosong.

NAMJOON :
kalau macam tu aku akan temani dia ke sana lah.

Semua orang memandang pada si empunya suara tersebut dan ternyata Namjoon dan Seokjin sudah lama berdiri tercongok di daun pintu memasang telinga tentang apa yang mereka bualkan itu. Hoseok terus tersenyum lebar apabila mendengar Namjoon menawarkan dirinya untuk menemani diri dia sendiri. Pada masa yang sama, dia berasa terharu.

Jungkook sudah mengeluh kemudian menggosok dahinya. Tak tahu ingin berkata apa lagi.

SEOKJIN :
kalau begitu aku juga bersama mereka.

Taehyung pula terkejut apabila mendengar Seokjin juga menurut serta untuk berpatah balik ke jalan tadi. Dia sangkakan Seokjin akan tinggal bersama mereka namun sangkaan nya meleset. Seokjin lebih rela memilih Namjoon dan Hoseok.

HOSEOK :
baguslah, sekarang kau tak perlu risau tentang kitorang lagi Jungkook. Kau dengan Taehyung carilah jalan keluar ataupun Yoongi dan Jimin aku dan yang lain akan ke lelaki tadi.

Sebuah rancangan kini telah diaturkan, namun Jungkook kelihatan seperti tidak setuju dengan rancangan tersebut. Oleh kerana dia tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menerima rancangan yang diaturkan oleh Hoseok sendiri.

NAMJOON :
baiklah kitorang pergi dahulu.

SEOKJIN :
goodluck, Taehyung-ah dan Jungkook-ah

HOSEOK :
moga kita dapat berjumpa lagi.

Mereka bertiga mula mengatur langkah keluar daripada bilik tersebut. Taehyung nampak tak sampai hati dan mahu menghalang mereka bertiga tetapi alasannya tak kukuh untuk meyakinkan ketiga manusia itu untuk kekal bersama mereka.

Tiba-tiba Jungkook mengatur beberapa langkah kehadapan.

JUNGKOOK :
hyung..

Buat seketika, mereka bertiga memusing kembali ke arah Jungkook; yang memandang mereka dengan pandangan serba salah itu. Menanti kata-kata yang bakal terbit pada bibir lelaki termuda di antara mereka semua.

JUNGKOOK :
tolong... jaga diri.

Hoseok tersenyum lalu dia meluru ke arah Jungkook kemudian Dia memeluk Jungkook seerat-eratnya. Namjoon juga berada disisi Jungkook dan Hoseok.

NAMJOON :
dah tentu, kita semua perlu.

Hanya Taehyung yang tak sampai hati melihat keadaan ketika itu kerana hati dia kuat mengatakan bahawa kebarangkalian yang mereka akan berjumpa lagi adalah tipis sekali.

***

Sempena
#welovetunmahathir 💕✨

hollow of the low. Donde viven las historias. Descúbrelo ahora