"No metter what Risa nak juga pakai cincin lama Risa." Kata Dahlia sambil menyarungkan cincin barunya dijari manis.

"Terpulang janji lepas kahwin dengan lelaki tu Risa kena tanggalkan cincin lama Risa. Full stop." Tegas Tan Sri Fahmi.

"Fine."

"Okaylah Ma, Pa. Risa kena gerak sekarang sebab Risa kena terbang ke London subuh ni sebab hal kerja." Pamit Dahlia.

"Kalau ya pun makanlah dulu dekat sini. Semenjak dua menjak ni susah sangat nak jumpa kamu tahu?"

"Risa banyak kerja kena buat dekat office tambahan lagi dengan kes kehilangan anak dekat balai. Risa minta maaf sangat-sangat sebab jarang sangat nak tunjukkan diri dekat sini."

"Makan dekat sini. Mama nak masak sekejap."

"Ma. Tak payahlah. Lagipun kawan Risa ada dekat luar tengah tunggu Risa."

"Kenapa tak bawa dia masuk? Dia tu tetamu Risa."

"Dia tak nak masuk Pa. Dia tu degil. Risa dah suruh dia masuk tapi dia tak nak."

"Pergi panggil dia suruh masuk. Kita makan dulu lepas tu baru Papa izinkan kamu pergi berlepas." Arah Tan Sri Fahmi. Dahlia mengangguk faham.

Dahlia berlalu keluar dari rumah dan menuju kearah keretanya. Kelihatan dari luar Yazid tengah bermain dengan telefonnya sambil tersenyum-senyum. Dahlia yang melihat perlakuan Yazid membuatkan dia rasa bersalah dengan Yazid. Yelahkan dia dah nak kahwin tapi Yazid masih mengikutinya dimana-mana sahaja dia berada seperti Yazid itu suaminya padahal hanya pekerja.

"Yazid. Kita makan dulu dekat sini lepas tu kau hantar aku pergi air port nanti." Tegur Dahlia sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

Yazid yang sedang memandang telefonnya menganggukkan kepala lalu menutup telefon.

"Yazid? Anak Mazlan? Kan?" Soal Tan Sri Fahmi nada teruja sebaik sahaja Dahlia dan Yazid masuk ke dalam rumah.

"Ha'ah, macam mana Tan Sri boleh tahu nama saya dan nama Ayah saya?" Yazid menyoal semula kepada Tan Sri Fahmi.

"Uncle kenal Ayah kamu dah lama sangat dari kecil lagi. Alhamdulillah persahabatan kami masih lagi kukuh sampai hari ni." Tan Sri Fahmi menceritakan sedikit tentang Ayah Yazid.

"Jemputlah masuk Yazid. Buat macam rumah sendiri. Risa bawa dia dekat ruang tamu." Arah Tan Sri Fahmi.

"Okay."

"Cantik rumah kau." Puji Yazid sambil melihat sekeliling rumah itu.

"Biasa je." Balas Dahlia. Dia terus mempelawa Yazid untuk duduk diruang tamu.

"Uncle Yazid!" Jerit Irwan dari tingkat atas sambil mendukung kucingnya.

"Hey budak kecil."

Irwan terus berlari kearah Yazid yang duduk.

"Uncle Yazid buat apa datang sini?" Soal Irwan apabila dia selamat sampai ke pangkuan Yazid. Bobo dilepaskan selepas Yazid mengangkat Irwan diatas ribanya.

"Saja nak tengok Irwan." Yazid mencubit perlahan pipi Irwan yang gebu macam maknya juga. Hiks...

"Tengku. Jemputlah makan. Makanan dah terhidang." Tegur pembantu rumahnya.

"Jom makan. Irwan, Yazid."

"Irwan dah kenyanglah mummy." Irwan mengusap perutnya perlahan.

"Makan apa sampai kenyang ni?" Dahlia mengusap kepala Irwan.

"Tadi Mak long bagi Irwan makan mac and cheese. Sedap mummy sebab tu Irwan kenyang." Dahlia mencubit pipi Irwan yang comel.

"Mummy tahu. Dah pergi naik atas lepas tu tidur, okay?"

Devil Girl 2حيث تعيش القصص. اكتشف الآن