💞7

32.4K 1K 27
                                    

Ok. Hari ni kerja malam. Maknanya tak jumpa husband 2 hari.. Huhu... Sedih.. Tapi sebab kerja terpaksa ku gagahkan.

"abang hantar" aku tengok ammar da siap siap nak hantar aku. Siap dia tu maksudnya bawak hadfon dengan wallet je. Dia masih berkain pelikat, baju melayu & kopiah putihnya. Okey aku malas nak bantah sebab aku memang malas nak drive.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu masuk department aku, dia berhenti.

"thank you bos hantar. Love you" kataku sambil menyalami dan menyium tangannya.

"keje elok elok, kalau ngantuk tidur jap"

"iye.." aku keluar dari perut kereta. Melambai padanya kemudian dia beredar.

"hoi! Husband akak ke tu, serius la pakai Mercedes-Benz! Mesti kerja bagus bagus kan husband akak!" entah dari mana mimi ni datang tiba tiba sergah aku. Aku pun tak pernah kisah laki aku pakai kereta apa. Dia pulak yang kisah lebih.

"kereta pinjam tu. Kereta akak kan servis" kot percaya. Aku berlalu ke lif meninggalkannya.

"macam tipu je" kata mimi. Malas aku nak layan.

******

"kak pia.. Tolong la saya remove catheter patient. Saya ada banyak lagi patient tak clerk" kata dr faiz. Aku jeling. Dia ni.. Dari tadi ikut aku kehulu hilir ade baiknye dia pergi siap kan kerja dia yang kononnya berlambak tu. Lagi satu apesal dia panggil aku kakak. Dia ingat dia tu muda sangat ke. Huh!

"mana boleh, dr ammar kan suruh dr yang remove.. Apesal saya pulak. Kerja saya pun belambak ni ha."

"kalau macam tu asist la saya." nak je aku cucuk mata dia yang dok tenung merayu kat aku tu. Benda senang pun nak asist ke? Dr apa ni? Betul la cakap laki aku, dr sekarang manja. Semua nak suruh staffnurse! Huh!

"yela cepat la!" memandangkan aku runner dan aku team leader malam, terpaksa la ku gagahkan walaupun dah pukul 4pagi. Junior sibuk habis kan report, buat vital sign. Aku yang tengah ambil darah ni jugak yang disuruhnya. Mengada jugak dia ni.

"mimi, patient mana yang nak remove cath tu?" soalku.

"akak nak remove ke?" jawap mimi, langsung tak menjawap soalan ku.

"nak asist si gedik ni la.. Dok ikut akak kehulu hilir mintak tolong."

"oh yeke? Takpe mimi bole asist. Nak siap dah ni vital sign tinggal sorang je."

"eh takpe saya nak kak pia yang asist" kata dr faiz. Aku jeling dia. Lantak. Dr tak dr.. Mengada tu lain macam.

"sukati lah. Saya dah prepare troli. Dalam bilik treatment ye" kata mimi lalu menyambung kerjanya.

"mimi kalau dah siap nanti start sponging dulu ya" pesan ku. Memang selalu nya kami shift malam yang sponging pesakit.. Pukul 5 dah start. Kalau shift pagi, alamat tak sempat la. Mo pun datang pukul 8.. Pakar pun datang awal nak round. Pukul berapa pulak nak spongingnya. So terpaksa la sponging subuh gini.

Aku pun asist dr faiz. Sediakan dressing set sterile dan barang barang lain.

"thanks ye kak pia. Tolong saya" aku jeling lagi. Ini kalau staffnurse boleh buat, dah lama kami buat. Bukan susah pun. Cuci bersih bersih pakai chlorohexidine, Potong suture sikit, tarik la slow slow catheter nya. Dah siap tu letak sandbag bagi berat halang darah keluar, kalau tak confident, letak la adrenaline bagi constrict salur darah, letak pembebat bersih.. Settle. Then monitor takut darah banyak keluar..

Aku tengok je dr sorang ni buat kerja. Dari tadi dok terkial kial pakai sterile glove.

"cepat la dr saya nak sponging lagi ni"

"garang betul kak pia ni. Jangan garang garang nanti takde orang nak" eh eh dia ni.

"takde orang nak pun takpe la dr" aku berbasa basi. Malas nak layan. Dia taktahu ke aku dah kahwin?

"mana boleh macam tu. Nanti tak kahwin la jadi anak dara tua"

"amboi mulut, dr tu dah kahwin ke? Sesedap rasa cakap orang itu ini"

"belum. Tengah cari calon la ni. Kot kak pia nak kat saya. Kerja bagus dah, handsome pulak tu"

"okey malas nak layan. Saya nak sambung kerja" aku beredar. Mengada betul. Nak aje aku smackdown. Patients pun dah gelak dengar. Patut la beria suruh asist. Ada niat laij rupanya. Lantak lah, buat sendiri. Aku buat tak peduli dr faiz dok panggil panggil aku. Lantak dia.

Aku usaikan kerja yang tergendala. Pukul 6 masing masing terduduk. Siap pun sponging 3 orang patient. Tinggal tunggu shift pagi datang ambil report je. Mujur malam ni semua pesakit baik baik sahaja. Tak banyak kerenah.

Mimi duduk di sebelahku. Aina pula dihadapanku sedang menyiapkan report pagi.

"mana doktor faiz?" soal mimi. "nak inform result"

"entah.."jawab aina. Aku pun tak nampak dia lepas aku tinggalkan dia tadi.

"aina.. Ada cek tak pakcik yang dr remove catheter tadi?"

"haah kak, dok kalut lupa nak tengok. Sat.." aina bangun lalu menghampiri pesakit itu. "ya allah, pakcik! Kak pia!" aina menjerit cemas.

Aku dan mimi segera bangun menuju ke katil pesakit itu. "ya allah.. Kenapa dr faiz tak letak gauze cover bekas cath tu" ah sudah... Lencun katil pesakit dengan darah kwluar dari bekas cath yang dr faiz cabut tadi. Kan aku dah bagitahu macam mana nak remove takkan tu pun bebal!

"pakcik.. Okey ka?" soal aina.

"pakcik tertidur tak perasan dik.." katanya.

"pakcik ada pening pening.. Sesak nafas?" risau jugak aku kalau hypovolemic shock. Banyak juga darah yang hilang hampir sepaeuh cadar putih bertukar merah.

"sakit dada sikit" katanya.

"check vital sign, aina" arah ku. Berapa lah HB pakcik ni. Kesian pulak aku tengok. Ni yang buat aku geram dengan dr faiz ni! Sengaja cari pasal kan! Ni comfirm kitorang yang kena! Dia mesti nak lepas tangan. Menyesal aku tak assist. Adoi..

Mujur vital sign dan paras oksigen okey.

"inform dr faiz. Akak nak bersihkan ni" kataku.

hello husbandWhere stories live. Discover now