Usai rutin hakiki. Terus aku Basuh tangan secara medical 7 step yang wajib tu. Sementara menunggu consultants & pakar round ward, boleh lah aku belek fail yang perlu di despatch ke rekod.
Terus aku masuk ke dalam bilik MO. Bilik dimana fail fail patient yang telah discharge diletak kan. Aku mengeluarkan fon. Mendail nombor ammar. Sempat melihat jam ditangan. Pukul 8.37am. Mesti dia baru nak round. Tak pun masih kat klinik. Lupa Pulak tanya harini dia in charge klinik atau wad. Ke oncall?
"hello, kenapa sayang?" soalnya sebaik sahaja menjawab panggilan.
"hello.. Abang"
"dah lock ke pintu Kereta tu? Pelupa sungguh la.. Hilang kereta tu.. Pergi kerja jalan kaki" aku dah sengih sampai telinga. Alamak... Bebel Pulak dia..
"dah lock. Thank you tau ingatkan sayang. BTW hebat betul Naluri seorang suami kan?"
"apa yang sayang merepek tu?"
"ye la.. Abang kat sana pun tau yang sayang lupa lock pintu kereta"
"sana mana? Eh abang nampak kereta tu tak lock Sebab tu abang bagi tahu sayang. Naluri ape nye?"
"eh?" okey ini pelik.. Ammar ada dekat hospital ni ke. Buat ape dia? Tengah mengelamun tiba tiba pintu bilik MO terbuka. Okey kali ni memang betul betul terkwjut sampai fon terlepas dari tangan, selamat menyembah lantai, mulut Pulak nak ternganga Luas.
"apa abang buat kat wad sayang? " soalku apabila ammar sudah meletakkan briefcase nya di rak khas untuk MO. Dia kelihatan mematikan panggilanku di fonnya.
"abang dapat transfer sini. Jaga wad ni 6bulan. Kenapa?"
"apa?!" aku terjerit kecil. Mujur takde orang dengar. Kenapa dia tak bagi tahu aku pun!
"saja.. Nak usha sayang buat kerja. Kot menggatal dengan orang lain ke dengan patients ke.." ammar mengenyitkan matanya sebelum beredar keluar dari bilik itu.
"ke aku tengah mimpi ni." okey dua kali aku cubit pipi, sakit. Ni bukan mimpi. Laki kau memang tengah kerja Satu tempat dengan kau.. Okey apa aku nak buat ni.. Dah la takde siapa tahu dia husband aku. Aduh! Yang ammar ni pun Satu, kenapa la tak bagi tahu aku awal awal! Tapi apa masalahnya pia? Bukan berdosa pun kalau kerja dengan suami sendiri! Mana boleh! Nanti orang cakap apa aku tergedik sana tergedik sini dengan doktor pakar Pulak tu. Sah Sah la sister matron panggil aku nanti. Aduh!
"kak pia!" mimi muncul tiba tiba. Terperanjat aku dibuatnya. Sudah lah memang tengah berdebar. Budak ni pun Satu. Hishhh!
"kenapa muka akak pucat? Nampak hantu ke?"
"merepek lah! Mana ada hantu siang siang" balas ku.
"jom lah keluar dah start round. Pakar baru tu dah datang. Boleh tahan handsome kak!"
Mimi menarik tanganku keluar dari bilik MO itu. Amboi dik.. Laki akak tu yang kau dok puji handsome. Huh!Sebaik sahaja berdiri di belakang sister ketika ward round, sempat aku Dan ammar berpandangan. Mukanya serius. MO Dan HO masing-masing menikus.
"if patient still had urine, you can give iv lasix as well. Kenapa Pulak tak boleh bagi?" soal ammar. Tegas suaranya kedengaran. Masing-masing senyap. HO pula tekun menulis. Mo pula sibuk perah otak untuk soalan seterusnya. "continue" kata ammar lagi. Ingin mendengarkan presentation tentang patient dihadapannya dari mulut HO Lelaki yang in charge pesakit itu.
"erm.. This patient had.. Erm sory boss .. Hb was drop from.." laju dia selak helaian note pesakit.
Aku mara sedikit. Membantu Dr faiz mencari helaian yang dicari. Menggeletar tangannya. Tak tahu la nak gelak ke nak kesian. Tapi sejujurnya kalau aku kena Marah dengan ammar macam ni comfirm aku gelak kejap lepas tu merajuk. Haha! Dia tu memang, garang je memanjang. Tapi kan? Sejak bila Pulak dia naik pangkat jadi pakar? Bukan dia MO ke? Balik ni kena siasat habis habisan!

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...