💞3

37.6K 1.1K 33
                                    

   Habis dah cuti sehari. Hari ni kena kerja pagi. Buat hal junior sorang ni. EL Pulak. Terpaksa aku naik kerja pagi. Kalau tak boleh landing sekejap. Mujur Time dia call aku memang da bangun nak solat subuh. Tapi yang syiok nya kerja pagi ni, ikut Dr round je. Procedure tak berapa Banyak Sebab round pun dah tentu habis pukul 12. 2jam tu sempat la nak siap kan report, buat kerja sikit..

   Hurmm yelah tu pia. Selalu mana sempat nak buat report. Report curi curi boleh la. Tulis sepatah, patient panggil. Tulis sepatah doktor rembat fail. Jenuh.

  “sayang nak pergi mana Pulak ni? Bukan kerja petang ke?”soal ammar yang baru keluar dari bilik air.

  “hmm.. Sister suruh masuk kerja pagi Sebab tak cukup staff.. Ada Dr pakar baru la, pagi semua junior la.. Sister ada meeting la”

  “oh.. Kejap tunggu Abang siap. Kite pergi sama sama.”

  “Abang takpela nanti Abang lambat pergi kerja. Sayang OK je drive sendiri. Dah pukul 6 suku ni. Sayang pergi dulu tau. Sayang dah siap kan breakfast kat bawah. Baju dah iron pilih je dalam almari. Sayang pergi dulu tau.” Aku menyalami tangan ammar sebelum mencapai handbag Dan beredar.

******

   “Ai.. Kak pia.. Awal datang. Cik Abe hantar ke?” sapa Azila yang sedang minum di pantry. Dia kerja shift malam agaknye. Macam letih je muka. Mesti sibuk, patient ramai.

   “awal ke?" soalku semula sambil membuka locker untuk menyimpan barangku.

" lewat sikit la dari sister Linda."

" wow. Awalnya dia datang"

"tula. Macam Kelam kabut sikit harini. Sister cakap ada Dr pakai baru in charge ward kita. Garang. Lepas tu straight. Tu yang kami cuak ni. Masing-masing dah siap kerja." kata Azila lagi.

  "Yeke? Dr Lelaki ke perempuan? Serius Garang? Boring la macam ni kan. Kalau Dr kelvin hari tu best jugak mesra sikit dengan staff kan?"

  "Dr Lelaki.. MO kat Hkl dlu.. Dr ape tah Nama dia.. Tadi sister ada sebut. Lupa Pulak"

  "ooo..." ammar mesti kenal.. Mo kan geng dia je. Tapi Garang ye.. Hmmm kita tengok nanti. Aku angguk perlahan. "dah kau pegi la siapkan kerja."

  "okey kak. Akak team leader tau. Sebab semua junior pagi ni so saya letak Akak jadi TL."

  "la.. Yeke.. Baru nak Ambil report.. Okey lah macam tu." okey TL lagi. Sakit la kepala aku nak mengurus Satu wad hari ni. Sister Pulak dah bagi tahu awal awal yang dia takde. Meeting dengan matron. Hmm nasib kau lah pia. Siapa suruh setuju tukar shift!

******

     Sayang, why don't you lock your car?- ammar

    Berkerut dahi ku membaca whatapp dari ammar. Aku tak kunci pintu kereta ke pagi tadi? Ah sudah! Dah lah tu kereta ammar! Kalau kena sebat habis lah aku...

   "Mi, kejap tau. Akak terlupa lock kereta" kataku pada mimi ketika sedang mengemas katil pesakit pagi itu. Memang sudah menjadi rutin staff pagi untuk mengemas katil pesakit. Menukar cadar, mengemas langsir atau membersihkan pesakit sudah menjadi kewajipan di pagi hari. Sebab tu pagi pagi dah berpeluh.

  "eh nak pegi mana pia?" soalan sister Linda aku tidak hiraukan. Laju aku ke parkir staff department aku. Pintu dibuka. Ya Allah memang pelupa. Mujur takde ape yang hilang. Cuai betul! Aku lock pintu Kereta kemudian kembali ke wad.

  "dah lock kereta nya?" soal mimi.aku angguk perlahan lalu menyambung aktiviti mengemas katil. "nasib baik teringat cepat. Kalau tak..."

  "tula.. Naseb baik husband akak whatsapp bagi tahu.." mujur jugak.

"eh husband akak ada kat sini ye?" eh kejap. Betul jugak mimi cakap tu.. Macam mana ammar tahu aku tak lock kereta sedang kan dia jauh nun di Hkl? Ke perasaan dia je, mesti dia tahu aku ni cuai. Lepas tu rasa tak sedap hati, tu yang mesej laju laju tu.

" eh takde lah.. Dia tau akak ni pelupa." aku gelak pura pura. Dalam kepala memikirkan kemungkinan yang berlaku. Ke dia ada kat sini? Kursus kot. Tapi tak bagi tahu aku pun. Takpe lah. Lepas siap ni aku call dia.

hello husbandWhere stories live. Discover now