💞2

44.5K 1.2K 31
                                    

Aku menguak pintu rumah sambil memberi Salam. Salamku kedengarannya disahut perlahan oleh ammar dari ruang tamu. Ammar melihat sahaja langkahku. Wajahku yang kelihatan monyok, biasala tu kalau balik kerja muka monyok. Penat. Balik pula lewat sejam harini.

   “patient collapse.” jelasku sebelum sempat ammar bertanya.

   “okey pergi mandi lepas tu solat. Dah makan belum?” aku geleng laju. Mana sempat nak makan.

  Kirim makanan kat Cafe tadi, sudahnya tong sampah yang Kenyang. Dah Basi. Selalu macam tu. Membazir. Kalau tak beli nanti tak busy Pulak. Kalau beli tak sempat makan Sebab busy yang amat Pulak. Nasib kau lah pia.

  “abang dah makan ke? Abang masak ye?” aku sengih sampai telinga. Kalau laki aku masak  terbalik la agaknya rumah ni. Pegang sudip pun tak reti. Inikan pulak nak masak.

  “jangan nak perli abang okey? Pergi mandi, solat cepat.. Abang pergi tapau makanan nanti kita makan Sama sama”

  “Haa.. Cantik.. Sebab sayang malas nak masak.” kataku. Mujur ammar faham yang aku memang dah penat sangat. Lagipun dah nak pukul 11 malam macam ni, memang tak lah aku nak masak.

“sayang nak makan apa?” soal ammar yang sudah berjalan ke arah pintu.

“nak nasi goreng chicken chop satu”

“tak boleh! too much cholesterol!”

“lapar lapar ni mana Kira cholesterol!!” bidasku.

Sebelum bertekak lebih panjang, ammar membuka pintu lalu keluar. Malas lah tu nak bertekak dengan aku. Alah.. boleh je lah. Asal kan tak makan selalu.

*****

“abang, sayang taknak tengok cerita ni” kataku lalu menyuap secebis ayam ke dalam mulut.

“habis tu sayang nak tengok cerita apa? Ni tak nak tu taknak, abang tukar la Channel ceramah agama. Biar insaf sikit!”

“amboi jahat sangat ke sayang ni?”

“dengar sikit cakap suami”

“sayang dengar je cakap abang. Bile masa sayang tak dengar” okey boleh dah start tarik muncung itik sedapa. Kes aku asyik tengok cerita Korea la tu. Haha! Kan da kena tengok ceramah agama. Lagha dia kata cerita Korea macam tu. Da dia tengok mission impossible tu tak Lagha?

“esok kerja shift apa?” yaaaaaaaa suami ku memang pandai menukar topik.

“esok HK” hari kelepasan. Jururawat kerja 6hari seminggu. Cuti tu tak dipanggil cuti, panggil hari kelepasan. Untung kalau dapat. Kadang kadang owing. Kena masuk kerja jugak kalau staff tak cukup.

“okey jom ikut abang esok” kata ammar.

“nak pergi mana?” pia sudah senyum lebat sampai telinga.

“adalah. Nanti kalau tak bawak cakap abang ni sibuk lah takde masa nak bawak jalan lah. Jalan sorang sorang lah. Abang nak bawak ni ikut je... Okey sayang?” ammar bangun menuju ke dapur untuk membasuh tangan.

“Alah at least bagi tahu la.. Nak pergi balik kampung ke.. Jalan jalan mall ke.. Pergi zoo ke shopping ke”

“dulu masa bercinta tak pernah tanya pun nak pergi mana”

“masa bercinta langsung tak jumpa adalah” ye lupa nak bagi tahu yang kami sebenarnya ni dijodohkan oleh orang tua kami.. Sebenarnya kami sekampung.. Masa aku dapat tawaran Spa lepas Spm tu, ammar tengah sambung belajar degree kat UM. Tup Tup masa last year umi ammar datang cakap nak merisik. Bukan kenal pun masa tu. Tahu tahu dah bertunang. Ada la jumpa sekali dua time raya tu pun tak Banyak sembang. Berhubung pun tak. 3tahun bertunang, akhirnya kahwin jugak. Sekarang baru 3 bulan usia perkahwinan kami, masa untuk mengenal hati budi lagi. Mujur la dia tak terperanjat beruk dapat bini aci hentam macam aku.

   Rupa paras? Memang ada. Tapi nak cakap macam Korea tu tak la. Hihi. Muka melayu la.. Sedap mata memandang. Berkaca mata dah tentu. Orang nerd kan. Hobinya membaca buku. Huhhhu memang jauh beza dengan aku yang pemalas ni..

   Kerja apa? Erm perlu ke tahu? Aku Jururawat, dia doktor.. Untung la kahwin dengan doktor? Apa yang untung? Sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Tambahan Pulak dia kat hospital Kuala Lumpur, aku hospital ampang. Dia kerja office hour aku pula ada shift. Hujung minggu pun kerja. Dia oncall hujung minggu pun jawab call dari HO je.. jealous aku.

   “nak ikut ke tak esok?” hilang lah lamunan aku tadi bila ammar tegur aku.

“mesti lah nak. Sayang ada benda nak beli. Bawak sayang pergi mid valley please”

“okey. Kul 10 esok.”

“eh.. Abang cuti ke esok? Kenapa abang cuti hari selasa Pulak? Selama ni tak pernah ambik cuti hari selasa pun”

“saje la... Sebab abang tau sayang cuti esok. Sebab tu abang cuti nak teman sayang.”

“Yeke?” bukan baru tadi dia tanya aku kerja apa ke esok?

“habis tu?” bulat mata ammar memandangku. Aku apa lagi, sengih macam kerang busuk la. Sory husband bukan tak percaya tapi macam mimpi Pulak kan. Selama ni mana pernah cuti Sama. Ke ada agenda lain? Hehe..



hello husbandWhere stories live. Discover now