💞1

68.9K 1.5K 48
                                    

"patient asystole, doctor!" jerit ku yang dari tadi merenung cardiac monitor yang dipasang pada Dada pesakit itu. Dr chong yang sedang sibuk menghadap fail pesakit segera mendapatkan pesakit itu. Aku sudah memula kan compression pada Dada pesakit. Beberapa orang rakan kerja yang lain sudah mula menarik langsir, menyiapkan suction serta barang barang lain untuk intubasi.

Hampir 45 minit Cuba menyelamatkan pesakit itu dengan cpr, compression bergilir gilir serta pelbagai ubatan, namun sudah tiada harapan lagi. Mereka berhenti melakukan cpr atas permintaan Dr chong.

"8.45pm announced death" kata Dr chong.

"ya Allah letihnya" aku duduk disebelah Dr chong di kaunter. Ambil nafas sebentar setelah penat bertarung menyelamatkan nyawa pesakit. Fail pesakit dicapai lalu diletak dihadapan Dr chong.

"I tak boleh kerja dengan you la pia, mesti ada patient pass away " kata Dr chong dengan nada bergurau. Fail dicapai lalu dibelek mencari muka surat untuk ditulis.

"Dr cakap orang.. Dr tu yang pergi kerja tak mandi" balas ku.

"dah la saya nak buat LO, pika nanti dah siap tulis card putih tu bagi akak.. Lepas tu tulis report kematian dalam fail, buku log dengan cencus" aku berkata kepada junior ku yang menjaga pesakit tersebut sebelum berlalu. Mukanya kelihatan pucat. Penat atau cuak Sebab kali pertama patient collapse dalam jagaannya. Hmm sukati kau lah dik. Kalau tak macam ni, takde pengalaman Pulak. Penat memang la penat tapi bertabah aje la ye. Siapa suruh jadi jururawat. Huhu..

Jam didinding dikerling sekilas. Dah pukul 9pm. Waktu balik dah ni. Tapi Sebab kerja tak siap lagi, dalam mimpi lah nak balik awal. Apa la dia tengah buat kat rumah tu. Jealous nya ada husband kerja office hour ni. Kalau kita kerja pagi, awal pagi dah keluar, dia boleh lepak lepak lagi. Kalau kerja petang kita balik pukul 9 lebih dia tengah lepak lepak tengok TV. Kalau kite nak pegi kerja malam pun dia lepak lepak tengok TV jugak. Huhhhu!

hello husbandWhere stories live. Discover now