bab 6

4.4K 44 0

Nadine tidak mampu lagi untuk membendung tangisannya. Dia menangis teresak-esak di dalam tandas. Sudah 1 minggu deman Adrian. Tapi belum ada tanda-tanda mahu sembuh. Bila disuruh ke hospital, Adrian berkeras tidak mahu dengan alasan sakitnya tidak lama lagi akan sembuh. Nadine menangis kerana dapat merasakan Adrian sengaja berbuat begitu. Dia tidak tahu kenapa hatinya sejak satu minggu ini tidak sedap.

Tok...tok.. 

" Sayang are you there? kenapa lama sangat? sayang buat apa tu? " kedengaran suara lemah Adrian di luar pintu. Dia tidak sanggup melihat Adrian begitu. Ya dia harus paksa Adrian untuk berjumpa doktor.

" Nad cuci muka tadi. Sorry lambat. Kenapa abang bangun ni ? abang kan belum sembuh lagi ? " Nadine memandang Adrian penuh kasih. Dia memimpin tangan Adrian untuk berbaring semula. Mereka baring berhadapan sambil memeluk antara satu sama lain.

" Abang. Jom pergi hospital. Dah seminggu abang demam ni tau. Nad risau la. " ujar Nadine sambil mengelus muka Adrian yang nampaknya ingin lena sebentar lagi.

" Em, nantilah abang fikir. Dah tidur. " Adrian mengeratkan lagi pelukan di pinggang Nadine sambil mengucup dahi dan pipi isterinya. Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa hatinya sekarang sangat sedih. Adakah Nadine akan mengetahuinya tidak lama lagi? Dia hanya berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepadanya dan isterinya.

--------------

uwerrkkkk......
Adrian merasa ada cecair merah pekat keluar dari tekaknya. Ya Allah ! Darah ke ni? takkanlah penyakit aku dah teruk. Belum sempat Adrian membasuh muntah darahnya tadi, Nadine datang dengan muka terkejut yang amat sangat.

" Ya Allah abang! Da..daarahh . Kenapa abang muntah darah ni? " Nadine memandang muntah darah Adrian dengan mata yang semakin kabur.

" Shuttt sayang. Abang tak ape-ape la. Dont worry okay" Adrian memeluk tubuh isterinya yang tunggu masa lagi hendak menangis itu.

" Nooo !!! abang tell me ! kenapa abang muntah darah? " Nadine meleraikan pelukan lalu melihat ke dalam anak mata Adrian. Ya Allah pucatnya muka suaminya. 

" Abang jom pergi hospital. Nak atau tak abang kene jugak pergi" Nadine menarik tangan Adrian untuk pergi ke hospital. Belum sempat mereka keluar dari bilik air, terasa tangan Adrian semakin lemah untuk memegang tangannya. " Sa sa sayangg. sa sa kitt" ujar Adrian dengan darah yang mula keluar.
Nadine semakin panik melihat keadaan Adrian yang berlumuran darah. Dia berlari untuk mengambil telefon bimbitnya untuk menelefon ambulans. Setelah itu dia kembali ke tempat Adrian. Dia memangku kepala Adrian dengan tangisan yang tidak mahu berhenti. Pilu hatinya melihat Adrian begini. Dia berdoa agar suaminya baik-baik sahaja.

" Sa sa sayang. Sa sayang kena jan janji. Sayang akan jaga diri sayang. Abang sayang sangat kat sayang. I love you" Mata Adrian mula terpejam sedikit.

" No No No ! abang please buka mata. Jangan buat Nad macam ni! Abang please. !!!  abangggggg !!!! "

------------

tutt.... tuttt ....
Nadine menunggu di luar bilik bedah dengan sisa tangisan yang belum reda. Ya Allah sungguh besar engkau uji suamiku ya Allah. Tolong .. tolong jangan ambil dia dulu Ya Allah. Aku masih memerlukannya. Dia nyawa aku.

" Puan maaf, puan tidak dibenarkan masuk. Sila tunggu di luar" arah nurse yang bakal merawat suaminya. Madine hanya mengikut.

"Puan Nadine? "

Nadine menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia tidak kenal siapa. Malah bukan familiar di matanya.

" Ya saya? ada apa? " tanya Nadine dengan perlahan. Dia tiada mood nak beramah mesra sekarang.

" saya doktor yang merawat Adrian. Maaf , kalau boleh saya tahu siapa yang sakit? siapa yang dibedah ? " tanya Doktor Adam.

Doktor yang merawat Adrian???? kenapa sampai memerlukan doktor peribadi lain?? Apa sebenarnya yang Adrian sembunyikan darinya?

" Awak doktor suami saya? Kalau macam tu mesti awak tahu Adrian skait apa? please bagitau saya. " Nadine sudah menangis teresak-esak.

" Baiklah . sila ikut saya ke bilik saya. "

--------------

Bagai nak jatuh jantung Nadine saat mendengar apa yang dicakapkan oleh Doktor Adam. Takkanlahh??...

" Ye Adrian menghidap barah otak tahap 2 dan sekarang menuju ke tahap 3 "

mengeletar tangan Nadine saat ini. Ya Allahhh !!! aku harap semua ni hanya mimpi. Nadine bangun menuju ke bilik bedah. Ya dia sangat tak kuat sekarang. Dia takut. Dia takut Adrian bakal meninggalkannya. Dia belum bersedia.
Dia menangis dan menangis menunggu Adrian.

-------------

klak!... setelah 6 jam pembedahan. Akhirnya pintu bilik itu dibuka dari dalam. Kelihatan doktor yang merawat Adrian keluar.

Nadine terus meluru ke arah doktor itu.

" Dok , macam mana keadaan suami saya ? Di.. diiaa okay kan ? " Suara Nadine sedikit mengeletar.

" Dia okay. Kami berjaya mengurang kan tumor di dalam otaknya. Sekarang dia koma. Saya tidak tahu berapa lama untuk Tuan Adrian bangun. Saya sarankan Puan terus berdoa. Kalau Puan nak melawat boleh silakan. Saya minta diri dulu. " ujar Doktor itu sebelum berlalu pergi.

Nadine membuka bilik yang menempatkan Adrian. Tanpa dipinta, air matanya gugur dengan banyak. Dia mendekati katil Adrian dan memegang tangan suaminya. Sayu dan pilu hatinya melihat orang yang disayang terlantar sebegini.

" Assalamualaikum abang. Alhamdulillah abang dah lepas dengan pembedahan. Nad bersyukur sangat sebab masih dapat lihat abang. I miss you abang. Kenapa abang sembunyikan benda ni dari Nad? Nad isteri abang. Nad... Nadd.. " Nadine tidak boleh meneruskan kata-katanya kerana tangisannya yang semakin kuat.

My Precious WifeWhere stories live. Discover now