Part 10

1.5K 44 42
                                                  


Masih gaduh -gaduh lagi.... jangan bosan yea !

****************

            FAITH baru bangun dari tidur yang panjang beberapa jam . Sakit betul di segenap tubuh badannya. Sengal-sengal , pedih , berdenyut-denyut semua ada. Selepas dibelasah tadi , dia masuk bilik , bersihkan diri , telan ubat tahan sakit yang ada dalam simpanan , mujur ada dalam begnya. Lebihan masa kena pukul hari tu. Lepas tu terus dia cuba pejamkan mata, sampai terlena . Hilang la sekejap rasa sakit tu. Bila dah sedar ni , terasalah balik .

Terlintas juga di fikiraan , sampai hati ayah dan mama buat dia macam ni. Besar sangat ke kesalahan dia menikahi Ain? Apa salah Ainnura? Kalaupun mereka bermusuhan dengan emak ayah Ainnura, isterinya tak salah apa-apa. Yang bermusuhan adalah mereka , bukan dia dan Ain. Takkah kejam untuk dia dan Ainnura? Dosakah mereka berkasih sayang secara halal?

Telefon bimbitnya yang terletak atas meja tu bertalu-talu berbunyi. Berhenti sekejap, berbunyi lagi. Tetiba terlintas sesuatu di fikirannya. Tanpa berlengah , terus dicapai telefon . Betul telahannya . Dari Ainnura!

"Ain ...awak okey tak ?" Dengan saspen terus Faith bertanya keadaan Ainnura . Mulalah dia terbayang yang bukan-bukan . Dek kerana melayan kesakitan dan perasaan sendiri, dia jadi terlupa langsung pasal Ainnura di sana . Isk Faith...Faith! Dia marah pada kecuaian diri sendiri.

"Faith... mama dan ayah awak tengah mengamuk di rumah Ain ni!" Jawab Ainnura dengan nada cemas.

"Hah... dia orang kat sana ?" Terjerit Faith. Serentak dengan itu , dia mengaduh sakit. Bibir yang membengkak dan cedera tu sangat perit bila menegang dan dipaksa kerja lebih.

"Macam mana ni... Ain takut . Ayah Ain mesti ngamuk sama ..."

"Ain kat mana sekarang?"

"Dalam bilik ..."

"Okey , Ain jangan keluar bilik ! Standby apa-apa yang patut. Orang pergi sana sekarang!"

Lepas tu Faith capai kunci kereta dan beg duit lalu berdesup dia berlari keluar rumah. Tak kira dah badan yang sakit sana sini. Pesan tok wan , kalau tak boleh kawal keadaan nanti , bawa Ainnura pergi selamatkan diri , jangan dihadap emak ayah dia orang yang tengah lupa diri. Dia orang tu gila , macam –macam boleh buat kalau tengah mengamuk .

Sekejapan saja Faith sudah berada di hadapan rumah Encik Adnan. Cemas dia melihat mama dan ayahnya yang tengah memberang dan bertelingkah . Di muka pintu pula berdiri emak dan ayah mertuanya. Juga dengan rupa yang sama . Bengis dan marah .

"Mulut tu jangan lancang sangat ! Sapa yang nak bomohkan anak hampa? Kami lagi tak teringin pada keturunan hampa . Jangankan nak jadikan menantu , nak pandang pun tak teringin! Hampa bangsa lanun, main suka-suka hati merampas hak orang, masih nak tuduh orang yang bukan-bukan! Ceh !"

Puih!

Encik Adnan meludah ke luar pintu rumah . Sipi lagi nak kena ke muka Encik Fazlan . Meruap-ruap darah Encik Adnan naik ke kepala ... apa taknya, tengah sedap-sedap makan goreng pisang panas –panas , tetiba kena serang lagi dengan musuh ketat mereka. Menuduh yang tidak-tidak.

"Haram punya manusia! Tak mengaku! Kau yang paksa anak aku menikah dengan anak dara kau , masih nak berdalih-dalih? Entah-entah anak dara kau tu dah bunting dengan jantan lain... anak aku yang dipaksa jadi pak sanggup! " Tempelak Encik Fazlan .

"Hoi , sapa yang menikah dengan anak hampa?" Bulat mata Encik Adnan tanya. "Cakap belit-belit. Tadi kata kami bomohkan anak hampa , ni kata depa dah bernikah! Tak dak pasai , mai cari pasai ! Dasar perangai macam anjing , suka menyalak tak tentu pasai !"

"Menyalak! Kami menyalak? La ni pi panggil anak kau ke sini. Biar kami bagi dia jadi janda! Baru korang rasa!" Balas Encik Fazlan . Matanya mengerling pada Faith. "Hah , bagus kamu dah sampai Faith. Aku nak kamu bagi talak tiga pada anak monyet ni!"

Faith tak terkata apa-apa. Cemas sangat muka dia. Dalam kepala cuma fikir akan keselamatan Ainnura saja. Dia tak mahu isterinya diapa-apakan oleh sesiapapun. Baik mama ayahnya , maupun di pihak keluarga Ainnura.

"Apa lagi Ilah... bawak la anak kamu ke sini . Biar kami jandakan dia ! Terhegeh-hegeh menikah dengan anak kami . Tak malu, tak sedar diri , tak ada maruah!"

Puan Rohana menyampuk dengan tiba-tiba. Semua mata beralih padanya. Puan Ilah apa lagi . Bertambahlah angin dia. Tapi sebelum dia buka mulut , Encik Adnan terlebih dahulu bersuara.

"Hampa tunggu!" Jerit Encik Adnan kuat sambil berlari masuk ke dalam rumah . Tahap marahnya sedah menggunung tinggi pabila maruah keluarganya menjadi bahan sebutan si musuh.

Dada Faith sudah berdebar kencang . Seyakin-yakin dirinya , mana mungkin dapat melawan dua lelaki yang tengah lupa diri bergaduh. Jika dia dipaksa buat sesuatu yag tak dijangka macam mana? Kata ayahnya tadi talak tiga. Hah ... talak tiga? Owh ....tidak!

Tak berapa lama kemudian , Encik Adnan meluru datang semula ke situ dengan sepucuk senapang patah. Lalu ditalakan senapang tersebut ke arah Encik Fazlan.

"Hampa datang rumah aku , hina macam-macam , hampa ingat aku ni tak mampu nak lawan balik? Ini talak tiga untuk hampa ! Kalau dulu gigi berteraboq , tak mustahil nyawa hampa pulak berteraboq sorang-sorang ! Berambus dari kawasan rumah aku kalau hampa tak nak mampoih di sini !"

Tergamam jugak Encik Fazlan dan Puan Ilah. Si Adnan tak bawa anak daranya ke sini sebaliknya bawa senapang patah mengaadap dia orang . Silap hari bulan , jadi tupai mereka tiga beranak , tergolek ke tanah kena tembak. Rasa nak terkucil juga dibuatnya. Encik Fazlan lalu menarik tangan isterinya untuk pergi dari situ .

"Faith ! Tercegat apa lagi ? Jom balik. Sia-sia mati katak buat apa? Tak berbaloi kamu angau dengan anak orang gila ni . Lebih baik kamu kahwin dengan anak Dato' Rashid yang kaya raya tu! " Sempat lagi Encik Fazlan memanggil anaknya yang masih teragak-agak di situ.

Namun , Faith masih lagi tak berganjak . Puan Ilah bimbang . Dia patah balik dan menarik tangan anaknya kuat-kuat .

"Selagi anak kami tak lafaz talak tiga , kami tetap tak putus asa! Tunggu la korang! Anak kami ni lelaki , tak rugi satu sen pun. Anak kau orang perempuan , sia-sia jadi janda!"

Encik Fazlan beri amaran terakhir semasa mereka tiga beranak beredar dari situ. Faith masih enggan pergi tapi tubuhnya tetap diseret dan dipaksa jalan oleh kedua ibu-bapanya. Biarpun Faith dah kena belasah oleh Encik Fazlan , tapi ayahnya tetap tak biar si anak dikerjakan oleh musuhnya pula .Kekononnya Encik Fazlan pukul sebab nak ajar anak , kalau musuh sudah tentu hendak membunuh!

"Kepala hotak hampa!" Rengus Encik Adnan . Dia dan Puan Rohana masuk ke dalam rumah dan menghempas daun pintu dengan kuat sekali.


RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now