bab 5

5.3K 44 0

Nadine memeluk erat badan Adrian yang sedang sedap tidur di sebelahnya. Dia sangat sayangkan suaminya. Ya mereka telah membina rumah tangga 2 bulan lalu ketika Adrian ingin pergi. Nadine sanggup berbuat apa sahaja untuk bersama dengan Adrian.

" Abang , i love you. " Nadine mengucup bibir Adrian sekilas. Dia tidak sedar air matanya mengalir perlahan. Dia sedih, marah dan kecewa dengan cerita Adrian. Kesian suaminya. Adrian dengan orang tuanya tidak pernah bertegur semenjak 2 bulan yang lepas. Perkahwinan mereka juga diurus oleh mereka sendiri. Nadine tahu mentuanya itu sedih kerana diperlakukan begitu oleh Adrian.

" Emm , hai sayang " ujar Adrian yang sudah terjaga.Dia mengucup pipi isterinya. Dia mengeratkan lagi pelukan.

" hai abang. Ek abang cepat bangun. Nad dah masak tadi. Abang tak lapar ke ? Dari tadi tidur je sampai Nad je yang terkontang kanting kat dapur. " Nadine mencebik bibirnya. Dia sengaja bercakap nada merajuk. Sekali sekala nak bermanja. Ek sekali sekala ke ?

" Em, sorry sayang. I love you. Tapi abang penat sangat. Kalau abang nak makan sayang boleh ? Abang rinduuuu. " Adrian tersenyum nakal memandang isterinya. Hek eleh melekat 24 jam dicakap rindu lagi.

" ish abang ni. Nad yang berkepit dengan abang 24 jam ni abang nak rindu lagi? mengada la abang ni " pap ! satu tamparan hingap di lengan Adrian. Dia hanya tersenyum nakal.

" Abang setiap saat rindu sayang walaupun sayang ada depan mata. Tambah lagi dengan sayang comel , sexy ni. Makinnnn abang rindu tau." ujar Adrian sambil mencium disegenap muka Nadine. Pipi , dahi , hidung ,mata , kening dan last bibir. Dia mencium tempat itu dengan lama.Nadine juga turut membalas ciuman Adrian. Lebih 5 minit, Nadine melepaskan ciuman mahu mencari nafas. Kalau dibiarkan ni , tak keluar bilik jawabnya.

" Dah jom kita makan , Nad ada masak favourite abang tau . " Nadine bangun dari katil sambil menarik tangan Adrian yang sepertinya tidak mahu bangun itu . 

" Kejap . abang nak mandi dulu. Sayang tunggu di bawah ye. " Adrian bergerak ke tandas dengan langkah longlai. Maklumlah masih mamai. Nadine yang melihat hanya mengeleng kepala. Haih perangai macam budak tadika.

-------------

Sementara menunggu Adrian siap, Nadine mengisi perut dengan sepotong kek coklat yang dia beli di Secret Recipe dua hari lepas. Dia memang penggemar kek tau , kalau diberi makan kek setiap hari pun dia sanggup. Walaupun dia pelahap kek, tapi badan tetap maintain lohh. Tak pernah nak naik berat badan. Em tu yang seronok tu. Makan banyak tapi badan tetap okay. 

" Hei mengelamun !" Ciuman di pipi membuatkan Nadine sedikit terjejut.

" Oh mak kau kek! eh abang! Terkejut Nad tau. Nasib je takde sakit jantung. " Nadine menjeling suaminya yang tersengih-sengih itu. Em fikir comel buat muka macam tu. Tapi memang comel pun. Suami siapa juga.

" Yang sayang mengelamun sampai tak sedar abang panggil tu kenapa? oh abang tau, Sayang tengah fikirkan abang kannn . Ngaku je lah " Adrian ketawa sedikit menampakkan giginya yang putih berkilat tu.

" Takde maknanya la. Nad tengah fikir kenapa kek ni sedap sangat. Nyawa Nad tau kek ni. Kalau takde kek Nad tak boleh hidup . " Nadine sengaja bercakap kek ialah nyawanya. Dia ingin melihat reaksi suaminya. Kan dah cakap, muka dia dah cemberut. Hek eleh merajuk la tu kita cakap kek levih penting.

" Yelah, kek je penting. Nyawa sayang. Abang ni tak penting pun. Abang bukan nyawa sayang. " Adrian berdiri untuk berlalu. Dia kecewa. Dia tau isterinya hanya bergurau, tapi hatinya sakit sebab tidak dianggap orang penting dalam hidup isterinya.

Nadine terkejut melihat Adrian ingin berlalu. Lahhh orang gurau je lah. Kasar sangat ke gurauan aku tu.

"Abang nak ke mana ? Nad gurau je lah. Abang adalah nyawa Nad dan hidup Nad tau tak. Nad tak boleh hidup tanpa abang. Abang la segala-galanya bagi Nad" Nad memegang lengan Adrian sambil memujuk. Dia hairan kenapa Adrian sensetif sangat ni.

" Abang tau . I'm sorry. " Adrian memegang bahu Nadine dan ditarik ke dalam dakapannya. Dia tidak boleh begini. Kalau Nadine tahu rahsianya yang paling besar itu. Adakah Nadine boleh hidup bahagia lagi. Kalau sudah tiba waktunya. Adakah Nadine redha? 

-------------

kring.... kring.....
" Hello? siapa ni? " Nadine menyoa si pemanggil yang dia tidak tahu siapa. Tiba-tiba telefon.

" Woiii Nad! ni aku la Firash. Oh kau mentang-mentang dah kawin dah lupa kat aku ni ye. Suara aku pun takleh nak cam. "

" Ya Allah ! kau ke Firash! Oh my Allah. Kau pergi mane 3 bulan ni. Kau tau tak aku dah try call aku berjuta-juta kali. Aku risau tau tak. Kau ada masalah tak nak cerita dekat aku. Kawan apa lah kau ni. " ujar Nadine dengan nada yang sedikit marah. Yalah dah si Farish menghilang 3 bulan lepas. Pastu ada masalah tak nak cerita.

" hahahaha . sorry bebs. aku taknak libatkan kau dalam problem aku je. Tapi alhamdulillah sekarang dah settle. Kau apa khabar? mestilah kan kau bahagia di samping suami" kedengaran seperti Firash mengeluh. Sebenarnya dia kecewa kerana cinta hatinya telah berkahwin. Dia mneyukai Nadine dalam diam. Dulu dia yakin yang dia mampu memiliki Nadine tapi kerana masalah yang dihadapinya, dia semakin jauh dengan Nadine. Dia berfikir jika masalahnya telah selesai, dia boleh melamar Nadine. Tapi siapa tau yang mereka memang tiada jodoh. Betapa sakit hatinya bila dia mendapat tahu bahawa Nadine sudah bernikah. Yang lebih sakit , Nadine sendiri yang melamar lelaki itu. Sungguh bertuah lelaki itu kerana memiliki gadis sebaik Nadine.

" kau ni tau-tau jelah . Yee aku alhamdulillah happy dengan hidup aku sekarang. Tak sangka kan jodoh aku datang awal" Nadine tergelak besar. Firash hanya pura-pura gelak. Sakit hatinya ketika itu.

" Ada jugak yang bernafsu dengan kau ni ek? aku fikir susah kau ni nak jumpa dengan jodoh kau. "

" hek elehh. kau tak nampak aku ni cantik tau. Tapi cantik aku ni hanya lali aku je boleh liat. " ketika Nadine menuturkan kata-kata itu. Firash berasa air matanya ingin jatuh. tapi cepat-cepat dia seka. Ya dia cemburu dengan suami Nadine. Hanya suaminya yang dapat melihat betapa cantiknya Nadine. Belum sempat Firash bercakap . Dia terdengar suara lelaki.

" Sayanggggg cepat la sini. Abang rindu"

" Yee kejap! Nad tengah call dengan kawan ni.Em firash. Aku letak dulu ye. Adria dah balik. Kalau ada masa call ye. Okay assalamualaikum"

belum sempat Firash membalas salam panggilan telah dimatikan. Dia mengeluh. Suara manja suami Nadine tadi membuatkan dia menyampah. Adrian? itu ka nama suami Nadine.

---------

" okay assalamualaikum" tanpa menunggu balasan salam dari Firash, Nadine sudah mematikan panggilan. Dia menuju ke arah Adrian. Belum apa-apa , badannya dipeluk erat oleh Adrian. Dia membalas pelukan itu. Sehari tak jumpa dah rindu menggunung macam ni. Eh tapi kenapa badan Adrian panas ni? Dia deman ke?

" Abang. abang deman ke? kenapa badan abang panas ni. " Nadine melekapkan tangannya ke dahi dan leher Adrian kerana ingin memeriksa suhu badan Adrian. Panasss?!

" Abang! Abang deman ni. Kenapa tak bagitau Nad. Dah jom masuk bilik. Abang rehat dulu" Nadine menarik tangan Adrian yang hanya diam tadi masuk ke kamar mereka. Adrian baring dengan pergerakan yang perlahan. Dia menutup mata kerana badannya betul-betul sakit ketika ini.

" Abang tidur dulu, Nad nak tuam dahi abang ye. " Nadine mencium dahi suaminya. Air mata ingin keluar melihat Adrian sakit. Rapuh sungguh hatinya walaupun Adrian hanya deman panas.

Belum sempat Nadine berdiri, pergelangan tangannya disentuh.

" Stay sini. Abang taknak sayang jauh" Adrian menarik Nadine untuk baring bersama dan didakapnya erat badan isterinya. Dia tidak mahu Nadine menelefon doktor peribadi nanti. Dia tidak mahu rahsia ini diketahui Nadine.

Nadine hanya melihat wajah kesayangannya. Dia tidak tahu kenapa hatinya tidak sedap melihat Adrian sakit begini. Air matanya akhirnya menitis juga. Dia benci perasaan tidak sedap ini. Dia memeluk badan suaminya sambil menahan tangis daripada pecah. Kenapa dia merasa Adrian bakal pergi jauh darinya? Nooo dia tidak akan benarkan. Sungguh pun Adrian benar akan pergi, Dia akan ikut ke mana saja suaminya pergi kerana Ardrian adalah nyawanya yang sebenar. Nadine megeratkan lagi pelukan sambil mencium dada Adrian.

i love you abang. very much .

My Precious WifeWhere stories live. Discover now