bab 4

5.8K 52 0

Selepas majlis berakhir, Dato' Adrry meminta diri untuk balik kerana dilihatnya ramai tetamu beransur untuk balik. 
" Yan, kami minta diri dulu la. Dah lewat dah ni. " ujar Dato'Adrry  sambil bersalaman dengan Dato' Ryan  " Yelah, terima kasih sebab sudi datang walaupun aku tau kau ni sibuk memanjang " ujar Dato' Ryan sambil ketawa kuat. Siapa yg tak kenal Dato'Adrry yg workholic tu. Kalau boleh hidup dia penuh dengan kerja untuk mencari rezeki. Walaupun begitu Dato' Adrry tidak pernah mengabaikan keluarganya. Nilah sebagai bukti, anaknya semua baik-baik belaka dan peramah.    " Hahahahaha, yela untuk family jugak. Ni haa untuk geng bini kau . Nanti diorang keluar duit kite jugak dikautnye " ujar Dato' Adrry sambil menjeling isterinya di sebelah sebelum cubitan di lengan dihadiahkan kepadanya " Amboi bang, perli nampak . Yelah Rose shopping pun untuk release tension. Abang ni trngok la kerja sebagai suri rumah ni susah tau. Kena cuci baju, kemas rumah, masak , nak jaga bunga-bunga lagi. Nak...." belum habis Datin Rose membebel Dato' Adrry memotong " Yelah yang, abang gurau je la. Membebel panjang sangat . emm "

Adrian hanya mengeleng melihat karenah orang tuanya yang seperti orang bercinta yang bergaduh. Begitu juga dengan Nadine. Terhibur dia melihat kawan papa dan mamanya itu.

" Kami balik dulu ye Yan. " 

" Baiklah. Hati-hati"

Mereka melambai tangan sambil menuju ke kereta.

" Ma , pa . Ad nak pergi office jap then balik. Ada benda nak urus. " ucap Adrian mematikan langkah Dato' Adrry dan Datin Rose.

" Jam begini ada kerja ? ke Ad nak pergi tempat tu. Ad cakap Ad dah tak buat dah bende tu. " ujar Datin Rose dengan wajah kecewa bercampur tegas.  Bukan dia tidak tahu yang Ad pernah pergi ke kelab malam bila dia stress. Tapi taktau la anaknya itu pernah minum atau tidak. Dia cukup kecewa dengan sikap anaknya yang satu itu.

" Ma, Ad dah tak pergi tempat tu lah. Ad betul-betul ada kerja di office. " ujar Adrian selamba. Ya dia tidak berbohong yang dia tidak lagi menjejaki kaki ke kelab malam semenjak berjumpa dengan Nadine. Dia pergi ke tempat itu pun kerana dia stress memikirkan cara untuk mencari gadis pujaannya itu. Dan kini gadis itu telah ditemuinya. Jadi tidak ada alasan untuk dia ke tempat itu.

" Emm. "  guman Datin Rose. Dia tidak pasti mahu percaya dengan anaknya atau tidak.

" okaylah. Ad pergi dulu. " pamit Adrian. Dia menuju ke BMW yang diletakkan di tempat letak kereta khas. 

-----------------------


Deringan telefon membuatkan tidur Nadine terjaga. Dia mencapai telefonnya yang diletakkan di meja sisi katil. Nadine menjawab tanpa melihat nama si pemanggil. Lantaklah! Dia masih mamai .   

" Emm hello . Nak ape ? " ujar Nadine dengan mata yang terpejam. Siapa la yang berani ganggu tidur beta ni. Dahlah penat seharian melayan tetamu. Ehem Nadine bukan melayan sangat pun sebenarnya. Cuma dia tolong senyum dan pelawa makan. Acah je lebih-lebih penat. 

" Erm, hello . Ni Cik Nadine ker? Saya dari pihak hospital ingin memaklumkan bahawa Encik Adrian terlibat dalam kemalangan. Saya harap Cik...... " belum sempat nurse itu bercakap Nadine terus mencelah .

" Haa ?! I..ii..ann excident?' Ya Allah. Okay saya ke sana sekarang. Hospital mana ye ? "
" Hospital Kuala Lumpur"

Nadine terus mematikan panggilan selepas jururawat itu memberitahu hospital yang merawat Adrian. Dia menuja ke tandas untuk mencuci muka. Dia hanya memakai pijama labuh yang ditutup dengan cardigan kelabu. 

Sepanjang perjalanan ke hospital, Nadine tidak henti-henti mendoakan Adrian. Tangan yang memegang stereng terasa mengeletar kerana takut sesuatu terjadi kepada Adrian. Dia tidak mahu kehilangan Adrian. Ya jujur, dia sukakan Adrian dari hari pertama mereka berjumpa. Kerna itulah dia masih mahu untuk meluangkan lebih banyak masa bersama Adrian.

My Precious WifeWhere stories live. Discover now