AIILY Bab 9

227 6 0

Sejak Aiman sudah mula berpindah ke Kuala Lumpur, tugas Adam yang dahulunya dilakukan oleh Inspektor Wildan kini diambil oleh Inspektor Aiman. Kadang kala Inspektor Wildan akan mengambil alih. Bergantung kepada kesibukan dan kelapangan mereka berdua.

"Macam mana trial SPM?" Soal Inspektor Aiman setelah mengambil Sofea daripada sekolah. Hal tentang persekolahan Sofea merupakan kewajipan untuk Inspektor Aiman tahu. Dia sudah menganggap Sofea itu seperti adiknya sendiri semenjak Sofea kecil lagi.

"Alhamdullillah baik." Jawab Sofea.

"Lagi dua tiga bulan jelah kan nak SPM." Aiman sengaja membangkit hari SPM untuk menakutkan Sofea.

"Saja je dia ni nak sebut pasal SPM. Ingat Fea takut." Marah Sofea dengan lembut.

Inspektor Wildan juga semakin cemburu apabila Sofea semakin rapat dengan Inspektor Aiman dengan dirinya.

"Tulah. Dulu masa dia cakap yang dia suka kau. Kau reject pula. Sekarang nak cemburu Aiman dengan Sofea.

*****

"Fea, buat apa dekat sini?" Soal Inspektor Wildan dengan gembira. Terserlah kegembiraan pada wajahnya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Sofea. Rindu rasanya.

"Fea datang sini sebab abang Aiman ajak makan tengah hari dengan dia kejap lagi." Beritahu Sofe jujur.

"Fea dah lama tunggu abang? Maaflah abang lambat sebab ada hal tadi." Beritahu Inspektor Aiman sejurus tiba di tempat Sofea berdiri.

"Baru je. Abang lama lagi ke?" Kata Sofea.

"Tak ada kerja dah. Dah jom kita pergi. Wildan jom kita makan sekali. Mesti kau lapar kan?" Ajak Inspesktor Aiman. Sofea hanya membiarkan abang sepupunya mengajak sahabatnya itu.

"Boleh tapi asalkan kau belanja." Gurau Inspektor Wildan.

"Okey, jom. Naik kereta aku." Kata Inspektor Aiman dan lantas menarik tangan sahabatnya itu.

Sepanjang perjalanan, Inspektor Wildan hanya berdiam diri sahaja dan membiarkan Aiman dan Sofea terus berbual. Terdetik di hatinya berasa cemburu dengan mereka berdua.

Inspektor Aiman seperti memahami riak wajah Inspektor Wildan.

"Okey dah sampai. Jom kita turun." Ajak Aiman. Inspektor Wildan dan Sofea mengikut dari belakang.

*****

"Fuh, kenyang gila makan." Kata Sofea.

"Sedapkan makan dekat sini?" Soal Inspektor Aiman. Pada mulanya dia tidak mahu namun setelah Sofea memberitahu keenakan makanan di sini jadi dia pun mengambil keputusan untuk makan juga semasa pada mula Inspektor Aiman baru sahaja bekerja di Kuala Lumpur.

"Sedap sangat ni." Jawab Sofea dan Inspektor Wildan serentak.

"Aik? Serentak je nampak. Macam ada something je aku tengok." Usik Inspektor Aiman.

"Mana ada." Jerit mereka berdua serentak.

"Yeke?" Usik Inspektor Aiman lagi.

"Malaslah nak layan abang Aiman ni. Fea nak pergi toilet." Aiman mengangguk.

"Aku tahu kau sukakan Fea tapi kau tak pernah bagitahu dia kan? Fea ada cakap dekat aku yang kau tolak dia lepas kau tahu yang Fea sukakan kau. Kau cakap kau cuma sayang arwah tunang kau." Kata Aiman dengan jujur.

"Ya aku sukakan Sofea." Terus terang Inspektor Wildan.

"Dulu masa Arwah Adan masih hidup, dia pernah cakap dekat aku yang dia risaukan Fea kalau suatu hari nanti dia dah tak ada untuk jaga adik kesayangan dia tapi aku rasa sekarang ni mesti dia tenang dekat sana sebab ada dua orang lelaki yang boleh jaga dia. Tapi sekarang ni aku yakin kau orang sangat tepat dan paling terbaik untuk jaga Sofea sampai bila-bila.

"Abang Man dan Abang Wil jom kita pergi." Ajak Sofea.

*****

Sepanjang perjalanan mereka bertiga hanya mendiamkan diri sahaja.

"Fea, abang ada benda nak cakap dengan Fea sekarang." Beritahu Inspektor Aiman dengan serius. Mereka bertiga duduk di lobi ibu pejabat.

"Apa yang abang nak dengan Fea?" Soal Sofea sambil mengambil tempat di sisi Aiman.

"Abang nak bagitahu Fea yang abang kerja dekat sini sampai hujung tahun ni je. Masuk saja tahun depan abang dah ada dekat Johor. Abang dapat tukar ke Johor." Beritahu Aiman. Mungkin Sofea akan sedih dengar semua ni.

"Ala... Kenapa cepat sangat abang nak pindah. Lagipun abang baru je dekat KL ni." Terkejut Sofea apabila mendengar tentang perkara tersebut.

"Fea, abang janji nanti masa Fea exam abang akan hantar dan ambik Fea. Tapi abang ada hal, abang Wildan akan gantikan abang kejap." Aiman membuat janji.

"Janji?"

"Ya abang Fea."

"Pak Mail dah sampai. Fea pergi dulu tau."

*****

"Yes, kita dah habis SPM. Merdeka!!!!!!!" Jerit semua calon SPM.

"Happy je nampak." Kata Aiman.

"Mestilah sebab dah merdeka." Jerit Sofea. Lega rasanya bila dah habis SPM.

"Kalau macam tu, apa kata kita pergi celebrate sebab Fea dah SPM." Ajak Aiman.

"Boleh tapi bagi Fea tukar baju dulu."

"Okey." Seharian mereka menghabiskan masa bersama tetapi juga bersama dengan Inspektor Wildan.

*****

Sudah tiga bulan berlalu walaupun keputusan SPM diumumkan namun sehingga sekarang Inspektor Wildan masih belum mahu meluahkan perasaannya untuk Sofea seolah-olah sukar untuknya memberitahu.

"Fea, papa dengan mama ada hadiah untuk Fea. Nah ambil ni." Tan Sri Farid memberikan sampul kepada anak gadisnya itu.

"What?! London? Study?" Soal Sofea dengan menjerit. Papa dan mama mengangguk.

"Papa dengan mama tahu yang Fea nak belajar dekat London dan kami berdua dah tunaikan. Tapi boleh tak Fea janji lepas balik semula ke sini, Fea akan ambil alih syarikat. Gantikan tempat papa." Pinta Tan Sri Farid dan berharap Sofea akan setuju dengan permintaannya.

"Fea janji papa mama. Terima kasih." Sofea bangun dan memeluk mama dan papanya. Akhirnya impiannya untuk belajar di London akan tertunai.

*****

Hari ni merupakan hari untuk Sofea terbang ke London jadi Inspektor Wildan harus cepat sampai ke KLIA. Dia perlu meluahkan perasaannya sebelum terlambat.

"Fea!" Panggil Inspektor Wildan daripada jauh. Ahli keluarga yang lain memberikan laluan untuk Wildan bertemu dengan Sofea sebelum gadis terbang ke London dan berada di sana untuk tempoh yang agak lama walaupun empat tahun masa itu.

"Fea, sebelum Fea pergi, abang nak jujur dengan Fea. Abang baru sedar yang abang cintakan Fea sejak Aiman datang. Abang tahu dah terlambat untuk berterus terang dengan Fea tapi abang lega akhirnya abang berjaya luahkan perasaan abang dekat Fea." Luah Wildan dengan jujur.

"Perasaan Fea dekat abang tak pernah berubah langsung. Insyaallah kalau ada jodoh kita akan berjumpa semula. Fea akan selalu sayangkan abang. Fea pergi dulu." Sofea pergi berlalu.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!