AIILY Bab 8

234 9 0

Semakin hari hubungan Sofea dan Inspektor Wildan semakin rapat. Keakraban mereka berdua boleh dikatakan ke mana sahaja berdua namun tidaklah selalu. Kehadiran Inspektor Wildan semula ke dalam hidup Sofea seolah-olah memberi nafas baru untuk Sofea teruskan hidup seperti hidupnya sezxntiasa dipenuhi dengan keikhlasan dan keazaman dalam hidupnya.

"Kau dengan abang inspektor tu macam mana? Ada progress tak?" Usik Aira kepada Sofea.

"Mana tak ada progress nya. Dahlah hari-hari ke sekolah dihantar oleh abang Inspektor." Anis sengaja menambahkan lagi usikan untuk Sofea.

"Mengadalah korang ni. Dahlah aku dah lapar sangat ni tahu tak?" Dalih Sofea. Mereka berlima menuju ke kantin untuk mengisi perut yang sedang lapar.

*****

Sofea mengaku bahawa dia sudah mula menyukai Inspektor Wildan dan kini dia sedang mencari masa yang sesuai untuk memberitahu perkara yang sebenar tentang perasaannya tetapi dia takut sekiranya Inspektor Wildan akan memarahinya.

"Ada apa nak jumpa abang sangat-sangat ni?" Tegur Inspektor Wildan sejurus tiba di taman permainan berdekatan dengan rumah Sofea.

"Sebenarnya Fea ada benda nak bagitahu abang sekarang." Sofea menarik nafas perlahan-lahan.

"Apa dia? Cepatlah cakap. Abang sedia untuk mendengarnya." Inspektor Wildan sendiri berasa teruja untuk mendengarnya.

"Fea sayangkan abang." Luah Sofea dengan lelah.

"Fea, jangan nak mengarut boleh tak?"

"Tak, ini mengarut tapi betul. Fea cintakan abang." Jujur Sofea.

"Fea, abang cuma anggap Fea macam adik abang sendiri. Lagipun abang sendiri tak ada adik sebab tu abang layankan aje apa yang Fea nak. Cinta abang hanya untuk Arwah tunang abang sahaja. Tak ada sesiapa pun yang berjaya dapatkan hati abang kecuali tunang abang. Fea kena ingat tu." Kata Inspektor Wildan dengan tegasnya. Sofea menangis mendengar pengakuan Inspektor Wildan.

*****

Sofea bersama dengan sahabatnya berkumpul di tasik. Sofea mula menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Inspektor Wildan semalam. Jelas sekali mereka terkejut namun tidak menyalahkan Sofea sebaliknya menyalahkan Inspektor Wildan.

"Tak guna betullah Wildan tu. Dahlah beri layanan yang istimewa dekat kau. Bila kau yang kau suka dia, alih-alih dia cakap kau macam adik dia je." Marah Rania. Geramnys terhadap Inspektor Wildan masih belum reda.

*****

Malam itu, Sofea menerima WhatApps daripada seorang lelaki yang dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Inspektor Aiman a.k.a Abang Aiman iaitu abang sepupu kepada Sofea dan Adam.

Hai si adik comel 😉 - Aiman

Hai si abang kacak 😉 - Sofea

How are you doing Fea?  😃 - Aiman

Good. ✌👌👍😁 - Sofea

Abang nak cakap yang sekarang ni abang ada dekat kl. Abang dapat tukar ke kl. - Aimam

Hah? Seriuslah abang. 😌 - Sofea

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!