AIILY Bab 7

259 9 0

DUA ORANG ANAK KEPADA AHLI KORPORAT TERKENAL DICULIK

"Datuk, cuba tengok berita ni." Beritahu penculik itu kepada Datuk Zahid.

"Dia dah buat report pasal benda ni. Nah, kau ambik balik paper ni." Arah Datuk Zahid.

Datuk Zahid menghubungi Tan Sri Farid dan menyuruh Tan Sri Farid untuk menyerah projek yang diperolehinya untuk diberikan kepada Datuk Zahid dan sebagai pertukaran Sofea dan Adam akan dikembalikan.

"Mana Hazim? Daripada tadi lagi aku tengok tak ada pun Hazim datang." Hairan Datuk Zahid kerana sampai sekarang Hazim masih belum muncul di depan matanya.

*****

Kerana ingin menebus kesilapannya, Hazim membuat keputusan untuk menyerahkan dirinya atas kesalahan yang dia lakukan.

"Uncle, auntie, maafkan Zim sebabkan suruh orang untuk culik Adam dengan Sofea. Sepatutnya Zim halang bukannya ikut saja kehendak daddy." Rayu Hazim sebaik sahaja dia melihat Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina berada di dalam ibu pejabat polis.

Hazim memberitahu di mana lokasi Sofea berada tentang lokasi Adam dia tidak pasti kerana dia tidak pernah berjumpa dengan Adam.

*****

Hazim datang ke gudang dan berbuat seperti biasa tidak mahu dicurigai oleh sesiapapun.

Setelah membuat segala persediaan, Inspektor Wildan bersama yang lain mula bergerak ke lokasi di mana Sofea dan Adam berada sekarang. Pihak polis mengepung kawasan gudang tersebut dan menunggu masa Inspektor Wildan memberi arahan untuk masuk ke dalam gudang.

"Datuk! Ada polis datang sini." Jerit salah seorang daripada penjahat.

"Hazim! Ni mesti sebab Zim kan? Zim bagitahu polis pasal lokasi ni kan?" Bentak Datuk Zahid dengan marah.

"Memang Zim yang bagitahu pihak polis pasal ni tapi Zim buat semua ni untuk daddy. Zim tak nak daddy buat kerja bodoh. Walau apapun yang terjadi,Zim tetap akan sayangkan daddy sebab daddy ayah Zim dunia dan akhirat." Lembut Hazim berkata. Dia berharap daddy nya akan serah diri. Sofea yang melihat situasi ini juga berharap Datuk Zahid akan berubah menjadi lebih baik.

Bunyi tembakan kedengaran dari luar gudang. Pantas pasukan polis menyerbu ke dalam gudang.

"Abang Hazim!!!!" Jerit Sofea dengan sekuat-kuatnya. Hazim rebah berlumuran darah di depannya setelah ditembak oleh Datuk Zahid. Ke semua konco Datuk Zahid ditembak oleh pihak polis

Inspektor Wildan membuka ikatan tangan dan kaki Sofea. Datuk Zahid membawa Adam bersama melarikan diri tetapi nasib tidak menyebelahinya Inspektor Wildan dan polis yang lain berjaya mengepungnya.

"Korang dekat, aku akan tembak Adam." Inspektor Wildan memberi arahan untuk yang lain ke belakang.

Namun, Datuk Zahid sengaja menembak Adam dan pihak polis juga menembak Datuk Zahid selepas tembakan dilepaskan kepada Adam.

"Abang." Jerit Sofea.

"Adam." Jerit Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina. Mereka bertiga berlari meluru ke arah Adam yang sedang berbaring dengan dipenuhi darah.

Selepas beberapa minit, Adam menghembuskan nafasnya yang terakhir.

*****

"Takziah Tan Sri." Ucap setiap tetamu yang datang ke rumah.

"Terima kasih." Ucap Tan Sri Farid.

"Farid, Darina, I mintak maaf dengan apa yang berlaku dekat Sofea dan arwah Adam." Kata Datin Maria sambil menangis. Dia sendiri juga berasa sedih dengan kehilangan anak lelakinya Hazim.

"Kita sama-sama hilang anak, Maria." Kata Puan Sri Darina. Mereka berdua berpelukan dan saling menangis. Mungkin saling menyalurkan kekuatan mereka berdua. Sama-sama kehilangan anak.

"Farid, aku dengan isteri sekali anak aku ucap takziah dengan apa yang terjadi. Semoga korang sekeluarga tabah." Kata Datuk Luqman dengan sedih. Terkejut juga dia dan isterinya bila mengetahui tentang apa yang berlaku kepada Adam.

"Uncle, mana Sofea?" Soal Inspektor Wildan dengan risau. Sejak tadi, kelibat Sofea tidak dia lihat. Risau dengan keadaan Sofea itu.

"Rasanya dekat tepi kolam. Cuba Wildan pergi tengok."

Inspektor Wildan menghampiri kolam dan dia melihat Sofea juga berada di situ. Perlahan-lahan dia menghampiri Sofea.

"Abang Wil buat apa dekat sini?" Soal Sofea setelah lelaki itu berada di sisinya.

"Tengah baca buku." Inspektor Wildan membuat loyar buruk.

"Abang ni kan suka sangat macam tu." Sofea berpura-pura merajuk. Inspektor Wildan sengaja memercikkan air ke arah Sofea.

"Abang apa ni? Basahlah Fea nanti." Marah Sofea dengan kelakuan Inspektor Wildan.

"Kan bagus macam ni. Tak sedih-sedih macam tadi." Pujuk Inspektor Wildan

"Apa yang abang rasa bila abang kena hilang orang yang abang sayang?"

"Fea, abang pernah rasa apa yang Fea rasa sekarang ni tahu tak? Dua minggu sebelum majlis perkahwinan abang, tunang abang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Abang hampir tak boleh terima yang dia dah mati tapi kerana abang ada Allah abang boleh terima kehilangan dia perlahan-lahan."

"Fea, setiap orang yang hidup pasti akan mati. Allah ambil nyawa seseorang tu sebab Dia sayangkan orang tu. Allah tak nak orang tu terus tersalah langkah dalam hidup dia kerana itulah Allah matikan dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Fea kena ingat, kita sebagai seorang Islam kena terima segala ketentuan Allah."

"Apa yang abang buat kalau abang rindukan arwah tunang abang tu?" Soal Sofea sambil menyapu air matanya.

"Abang akan sedekahkan doa untuk arwah dan lepas tu hilanglah rindu abang pada arwah. Fea banyakkan doa untuk arwah dan semoga dia tenang dekat sana.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!