AIILY Bab 6

238 8 0

Suara azan subuh daripada smartphone nya, lantas mengejutkan Inspektor Wildan daripada terus bermimpi. Rantai yang dikunci oleh syaitan berjaya diungkainya. Kakinya melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Sejadah yang digantung di tempat menggantung diambil dan dihamparkan di atas lantai. Selesai sahaja dia menunaikan solat, Inspektor Wildan akan membaca Al-Quran.

Inspektor Wildan mula bersiap untuk pergi berjoging sekejap sekitar kawasan perumahannya seperti biasa. Tidak dinafikan bentuk badannya yang tegap dan agak sasa seperti Zul Ariffin.

Siapa tidak mengenali Zul Ariffin? Rata-rata kaum wanita menyukai Zul Ariffin. Itu tidak dapat dikecualikan sama sekali. Okey dah cakap pasal Zul Ariffin.

*****

"Woi!" Sergah salah konco yang menjaga Adam sejak daripada hari pertama mereka menculik Adam. Headphone dan penutup mulutnya dibuka. Terserlah kepenatan pada wajahnya itu. Mungkin kerana sudah tiga hari dia diikat seperti itu.

"Apa yang korang nak hah?" Jerit Adam dengan sekuatnya. Serta merta penjahat itu menampar Adam dengan kuat.

"Diamlah. Ni aku suapkan kau makan tapi ingat jangan kau nak memekak. Faham tak?" Makanan disuapkan ke dalam mulut Adam.

"Kalau kau buat hal, adik kau akan jadi mangsa." Penculik seorang lagi berkata sambil manarik picu pada pistolnya.

Di luar gudang.......

"Bila daddy nak call uncle Farid pasal Adam and Sofea?" Soal Hazim.

"Kita tunggu dulu untuk masa yang sesuai." Beritahu Datuk Zahid. Biar dia sendiri yang menghubungi Tan Sri Farid sendirian.

*****

Sudah tiga hari Adam dan Sofea masih belum pulang ke rumah. Hal ini amat membimbangkan Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina.

"Saya nak buat laporan penculikan." Beritahu Tan Sri Farid sebaik sahaja tiba di ibu pejabat polis bersama dengan Puan Sri Darina.

"Penculikan? Siapa?" Soal seorang pegawai polis.

"Anak saya. Sofea Adrina Tan Sri Farid dan Adam Farin Tan Sri Farid. Dah tiga hari mereka berdua hilang. Saya cuba call anak saya Adam tapi tak angkat." Beritahu Tan Sri Farid.

"Ada tak penculik call Tan Sri pasal culik anak-anak Tan Sri?" Soal pegawai polis yang mengambil laporan.

"Tak. Penculik tu langsung tak call saya." Kata Tan Sri Farid.

"Macam mana Tan Sri yakin yang dia orang kena culik?" Soal pegawai polis itu dengan hairan. Selalunya penculik akan minta sesuatu tetapi ini yang menghairankannya.

"Kenapa ni, Korperal Amin? Ada masalah ke?" Soal Inspektor Wildan yang keluar daripada biliknya kerana dia mendengar suara lelaki sedang menjerit di luar sebentar tadi.

"Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina datang untuk buat laporan kehilangan anak mereka." Beritahu Korperal Amin.

"Uncle, auntie. Betul ke apa yang Korperal Amin cakap tadi pasal Sofea dengan Adan kena culik?" Soal Inspektor Wildan. Umi dan Walid Inspektor Wildan merupakan kawan baik Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina.

"Bila last uncle dengan auntie jumpa Adam dengan Sofea?"

"Tiga hari lepas, waktu pagi dalam pukul tujuh macam tu. Adam pergi hantar Sofea pergi sekolah lepas tu dia ke office. Memang setiap hari sekolah macam tu. Uncle nampak kereta Adam dekat office tapi dia tak ada dekat office. Uncle dah suruh Lina call tapi dia tak jawab langsung." Beritahu Uncle Farid.

"Pihak sekolah ada call auntie dan cakap yang Sofea tak ada dekat sekolah. Padahal Adam dah hantar Sofea ke sekolah. Itu yang uncle dan auntie bimbang sangat ni." Kata Puan Sri Darina.

Tiba-tiba telefon Tan Sri Farid berbunyi dan panggilan tersebut datang daripada nombor yang tidak dikenali olehnya. Tan Sri Farid menjawab dan menekan pembesar suara supaya yang lain boleh dengar perbualan tersebut.

"Tan Sri Farid atau pun lebih selesa kalau aku panggil kau Farid. Untuk pengetahuan kau, anak-anak kau Si Sofea dan Si Adam ada dengan aku." Beritahu Si pemanggil dengan nada yang berlagak. Seolah-olah dapat menakutkan Tan Sri Farid.

"Siapa kau ni hah?" Soal si pemanggil itu. Lelaki hanya tertawa. Panggilan itu dimatikan serta merta.

Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina terus membuat laporan polis tentang penculikan Sofea dan Adam.

*****

Ketawa Datuk Zahid masih belum berhenti lagi kerana mendengar nada suara musuhnya yang agak ketakutan setelah dia memberitahu mengenai anak musuhnya itu. Hazim sendiri berasa serba salah dengan rancangannya bersama dengan daddynya.

"Macam mana daddy? Apa kata Uncle Farid tadi?" Soal Hazim dengan berjalan ke arah Datuk Zahid.

"Dia takut lepas daddy cakap yang Sofea dan Adam ada dengan Daddy." Beritahu Datuk Zahid dengan bangganya.

"Daddy, Zim nak pergi jumpa dengan Fea dekat dalam kejap." Pinta Hazim. Tiba-tiba dia berasa kasihan gadis itu. Tak semena-mena Sofea diculik.

"Boleh, tapi ingat hanya pergi ke tempat budak tu je dan jangan merayau pula. Jangan sibuk nak tahu mana daddy letak Adam." Pesan Datuk Zahid. Dia sendiri kurang yakin dengan Hazim. Bimbang Hazim akan membocorkan perkara ini kepada orang lain. Kepercayaannya kepada Hazim bukan sepenuhnya seratus peratus meskipun Hazim itu anaknya sendiri.

Hazim berjalan masuk ke dalam gudang. Dia sendiri tidak dibenarkan merayau di dalam gudang tersebut. Hazim memberi arahan kepada konco daddy untuk keluar kerana dia mahu berbual-bual dengan Sofea bersendirian.

"Apalah yang aku ni?" Bisik hati Hazim sendirian. Dia berjalan mendekati Sofea.

"Siapa tu?" Soal Sofea apabila dia mendengar derupan tapak kaki seseorang.

"Fea, abang buka penutup mata dengan mulut tapi abang nak Fea tutup mulut. Jangan jerit, okey?" Lembut bicara Hazim.

"Abang Hazim ke?" Soal Sofea setelah dia dapat mengenali pemilik suara itu. Walaupun setiap hari Datuk Zahid mengingatkan tentang kejahatan Tan Sri Farid namun sedikit pun dia tidak percayakannya.

"Ya ni abang Hazim. Fea okey?"

"Fea okey tapi Fea takut."

"Abang mintak maaf sebab abang buat Fea dengan Adam macam ni. Patutnya abang halang daddy daripada buat macam ni." Jujur kata Hazim kepada Sofea.

"Fea tahu abang buat semua ni sebab abang sayangkan daddy. Kenapa dulu Fea, Abang Adam dan Abang Hazim rapat tapi kenapa semakin lama kita bertiga kurang rapat? Fea rasa peliklah abang." Kata Sofea.

"Dulu, masa abang masuk sekolah menengah, daddy selalu cakap yang Uncle Farid tu jahat sebab Uncle kahwin dengan auntie Darina. Tapi abang tak percaya apa yang daddy cakap pasal uncle  Farid." Beritahu Hazim jujur.

"Sebenarnya abang, papa dan mama dah bagitahu Fea dengan Abang Adam pasal permusuhan papa And uncle Zahid."

"Abang tak tahu mana abang Adam sebenarnya sebab abang sendiri tak boleh jalan merata dekat dalam gudang ni. Abang cuma dibenarkan untuk jumpa Fea sorang."

Mereka berdua terus berbual bersama-sama.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!