AIILY Bab 5

244 8 0

"Apa? Tak datang sekolah?" Soal Tan Sri Farid dengan nada yang terkejut.

"Tulah bang. Risau saya pasal Fea ni. Dia tu dahlah perempuan." Tutur Puan Sri Darina dengan nada sedih.

"Masalahnya sekarang ni Adam pun belum masuk office lagi ni."

"Tapi kereta dia ada kan?" Soal Puan Sri Darina. Hairan dibuatnya.

"Memanglah kereta Adam ada tapi sejak daripada saya masuk office sampai sekarang, batang hidung si Adam masih lagi saya tak nampak. Rina tahu tak?"

"Abang tak ada cuba telefon Adam?" Soal isterinya dengan risau.

"Abang dah suruh si Lina telefon Adam tapi Lina cakap phone dia off. Itulah yang abang risau ni. Rina ada try call, Fea?"

"Dah call tapi Fea tak bawa telefon."

"Hmmm." Keluh Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina serentak.

"Bang, apa kata kalau kita buat laporan polis je bang. Tak adalah kita risau sangat ni pasak Adam dengan Fea." Puan Sri Darina memujuk suaminya membuat laporan polis.

"Rina sayang, kalau kita nak report, kita kena tunggu 72 jam dulu. Sekarang ni baru tiga jam lebih. Ada lagi 69 jam untuk kita tunggu dia orang balik, Rina." Giliran Tan Sri Farid memujuk isterinya untuk bertenang.

Bukan senang untuk menyuruh Puan Sri Darina bertenang sekiranya dia sudah mula risau seperti sekarang ni.

*****

Hazim melihat matanya sendiri bahawa Sofea dan Adam berjaya diculik oleh Zack. Dia yakin bahawa dia boleh mengharapkan Zack untuk melakukan kerja seperti ini bila diperlukan.

"Bagus kerja kau, Zack. Nah, ni upah untuk kau tangkap dua makhluk ni. Yang ni pula upah untuk jaga. Jangan lupa belikan dia orang ni makanan tapi ingat jangan nak cederakan dia orang ni. Kalau tak, nahas aku kerjakan korang." Pesan Hazim bercampur amaran juga.

Walaupun matanya ditutup dengan rapat namun telinganya masih lagi dapat mendengar dengan jelas suara lelaki tersebut.

"Tak sangka Abang Hazim sanggup buat macam ni dekat Fea." Bicara hatinya dengan sedih.

*****

"Abang, macam mana ni? Dah malam tapi Adam dengan Fea tak balik lagi ni. Risau saya bang." Beritahu Puan Sri Darina dengan penuh kerisauan.

Mundar mandir dia berjalan di hadapan Tan Sri Farid di ruang tamu. Makan malam tadi pun tidak terlalu terusik kerana berasa risau dengan keselamatan Adam dan Sofea.

"Daripada Rina asyik macaam ni, apa kata Rina tolong abang buat air lepas tu teman abang buat kerja."

"Abang nak air apa?" Soal Puan Sri Darina.

"Air apa-apa jelah tapi ingat masa buat air tu jangan termenung pula." Tan Sri Farid mengingatkan isterinya.

"Yelah, Rina tahu." Puan Sri berlalu ke dapur untuk menyediakan air buat suaminya.

*****

"Nah, ni makanan untuk dia orang. Tapi ingat jangan buka tali." Pesan Zack terhadap lima orang konconya itu.

"Lagi satu, jangan sesekali cederakan dia orang. Kalau tak, nahas aku kerjakan korang." Kata Zack dengan berbaur amaran juga.

"Baik bos." Kata lima orang konco itu serentak.

"Eh budak. Bangun cepat. Aku nak bagi kau makan ni." Arah salah seorang lelaki daripada dua orang konco lelaki tadi. Lagi konco tiga orang pergi kepada Adam.

Sofea membuka matanya dan terkejut kerana dia berada di tempat yang asing baginya. Dia mahu menjerit namun mulutnya ditutup.

"Aku buka mulut kau tapi janji kau tak akan jerit." Kata lelaki itu lagi.

"Tolong." Jerit Sofea dengan kuat tapi jeritannya itu tidak didengari oleh sesiapapun.

"Aku suruh diam bukannya suruh kau jerit, budak." Lelaki itu menutup mulut Sofea sekali lagi.

"Kau nampak tak tu? Lapar tak? Kalau lapar jangan bising." Kata lelaki itu. Mulutnya dibuka tapi kali ini tiada jeritan didengari.

"Kau suap dia. Lepas tu kau tanya dia nak apa? Tapi ingat jangan melebih pulak."

"Ya aku tahulah." Lelaki yang seorang lagi menyuap Sofea makan. Selesai sahaja makan, Sofea memberitahu bahawa dia mahu ke tandas.

Adam dan Sofea diletakkan secara berasingan supaya mereka tidak bahawa mereka diculik bersama.

*****

Bunyi deruman enjin Audi A3 membuatkan Datuk Zahid bingkas bangun dan menuju ke pintu utama.

"Macam mana Zim? Dia orang dah tangkap dua orang tu?" Soal Datuk Zahid dengan berbisik kepada Hazim.

"Dah tangkap pun pagi tadi. Tapi daddy rasa betul ke apa yang kita buat ni? Zim tak nak masuk penjara." Kata Hazim dengan tidak yakin. Ini pertama kali dia melakukan kerja seperti terutama sekali kepada Adam dan Sofea.

"Kenapa kamu dah menyesal dengan apa yang kamu buat tadi? Kamu lupa apa yang Farid buat dekat daddy sebelum ni?" Soal Datuk Zahid dengan tidak berpuas hati dengan pertanyaan Hazim tadi.

"Zim tak lupa apa yang daddy cakap pasal uncle Farid sebab masa Zim sekolah menengah, daddy selalu ingatkan dekat Zim apa yang Uncle Farid buat dekat daddy." Beritahu Hazim.

"Zim, baru balik? Abang ni pun kalau ya pun nak berbual dengan Zim, bagilah budak tu rehat kejap. Ni tak tiba-tiba saja tegur dia dekat pintu." Kata Datin Maria yang baru sahaja keluar daripada dapur dengan memegang cawan yang berisi air kopi.

"Aik mummy, satu je ke air?" Soal Hazim dengan manja.

"Zim nak? Mummy boleh buatkan. Dah makan ke belum?"

"Tak payahlah mummy. Lagipun tadi Zim dah makan dekat luar. Zim naik atas dulu. Rasa penat pula. Selamat malam." Hazim meminta diri ke biliknya.

"Selamat malam." Ucap Datuk Zahid dan Datin Maria serentak.


Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!