AIILY Bab 4

241 7 0

Entah mengapa pada pagi ini, Sofea berasa tidak sedap hati. Seolah-olah sesuatu akan berlaku padanya nanti. Namun, dia cuba berfikiran positif sahaja. Panggilan daripada Puan Sri Darina mengejutkan lamunan Sofea. Terus sahaja dia membuang kegusaran hatinya itu jauh daripada fikiran dia.

"Morning, pa, ma, abang." Tegur Sofea dengan gembiranya. Perkara yang tidak sedap hati sebentar tadi dibuang begitu saja. Tidak mahu membuat keluarganya risau tentang apa yang difikirkannya sebentar tadi.

"Morning, Fea. Mari sini kita duduk sebelah mama. Kita breakfast sama-sama okey." Ajak Puan Sri Darina sambil menuangkan teh ke dalam cawan Sofea.

"Sedapnya, bau nasi lemak yang mama masak ni." Puji Sofea sambil mencedok nasi ke dalam pinggannya.

"Fea, dah habis ke belum? Abang dah habis makan ni. Lambat pergi sendiri." Kata Adam yang sengaja mahu mengusik Sofea.

"Eeee kejaplah, Fea tak habis lagi ni." Terkocoh-kocoh Sofea menghirup air tehnya supaya dia tidak ketinggalan oleh Adam. Begnya di sofa diambil dengan pantasnya.

Adam yang berada di luar hanya ketawa sahaja melihat gelagat Sofea yang terburu seperti sekarang ni. Sebaik sahaja dia melihat kedatangan Sofea, enjin kereta Honda CR-V nya dihidupkan dan menunggu Sofea yang sedang memakai kasut sekolahnya.

"Dah siap." Jerit Sofea dengan kuat.

"Cepatlah masuk kereta." Tanpa mereka sedari ada dua buah van berwarna putih sedang mengikut mereka berdua daripada belakang.

Kereta yang dipandu Adam tiba berdekatan dengan bus stop. Sebuah van berwarna putih mengikut kereta Adam daripada belakang dan van yang lain menunggu masa untuk bertindak. Setelah mendapati keadaan sekeliling yang telah selamat, dua orang lelaki turun daripada van dan menutup mulut Sofea dengan kain yang mengandungi kloroform untuk membuatkan Sofea pengsan.

Tindakan penculik itu bernasib baik kerana tiada pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal dan waktu itu masih terlalu awal untuk pelajar tiba di sekolah.

"Macam mana? Budak tu dah pengsan ke belum?" Soal salah seorang penculik yang sedang memandu van tersebut.

"Dah pengsan." Jawab lelaki yang berada di sebelah kanan Sofea. Mereka berdua mengikat kedua-dua tangan dan kaki Sofea dengan ketatnya sehingga tidak mampu melepaskan ikatan tersebut. Mulut dan matanya turut ditutup.

*****

Adam tiba di pejabat. Tiba-tiba sebuah van berwarna putih berhenti di belakang kereta Adam. Serta-merta Adam terkejut dengan tindakan van yang berhenti secara mengejut di belakang keretanya.

"Apa ni? Korang ni siapa hah?" Soal Adam apabila seorang lelaki menariknya keluar dengan paksaan. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Lelaki yang seorang lagi mengeluarkan kain dan menekup keseluruhan muka Adam sehingga pengsan.

Pemandu van tersebut memandu van ke subuah kawasan yang sunyi dan hanya ada sebuah gudang lama yang telah sekian ditinggalkan.

Adam dibawa masuk ke dalam gudang tersebut tetapi sebelum itu penculik itu mengikat kaki dan tangannya dengan ketat. Manakala mulut dan matanya ditutup. Bahkan pula telinganya dipasangkan dengan headphone. Kemudian, mereka membawa masuk Adam ke dalam gudang tersebut.

Ketua penculik tersebut menghubungi majikannya mengenai mangsa culik tersebut.

"Hello, bos." Kata ketua itu.

"Hello. Macam mana? Dah dapat ke belum dua ekor tu?" Soal si majikan tersebut.

"Dah tangkap pun. Nanti bos jangan lupa tambahkan bayaran untuk kita orang." Pesan penculik tersebut.

*****

Aira, Anis. Aina dan Rania hairan kerana sudah lama mereka menungga sehingga masuk ke kelas tetapi sampai sekarang Sofea masih belum tiba. Hal ini menyebabkan mereka berempat berasa gusar sehingga mereka membuat keputusan untuk pergi berjumpa dengan Cikgu Rashid untuk memaklumkan ketidakhadiran Sofea.

"Cikgu Rashid, cikgu tahu tak kenapa sampai sekarang Sofea masih belum sampai?" Soal Aira apabila tiba di tempat Cikgu Rashid.

"Saya pun tak tahu sebab keluarga dia pun tak ada bagitahu apa-apa pun dekat pihak sekolah." Beritahu Cikgu Rashid. Kebimbangan dia terhadap Sofea semakin bertambah kerana pelajarnya itu tidak akan hadir tanpa sebab. Dia menyuruh mereka berempat masuk ke kelas dan belajar seperti biasa.

*****

Tan Sri Farid tiba di pejabatnya dengan kereta dipandu oleh Pak Mail. Tan Sri Farid menuju masuk ke pejabatnya bersama dengan Pak Mail.

"Lina, tolong panggilkan Adam masuk bilik saya sekarang." Arah Tan Sri Farid kepada Lina.

"Tapi Tan Sri sekarang ni Encik Adam masih belum sampai lagi." Beritahu Lina sebagai PA Tan Sri Farid.

"Belum sampai? Tapi kenapa kereta dia ada dekat sini?"

"Mungkin dia keluar dengan kawan dan guna kereta kawan dia. Atau pun Encik Adam ada hal mungkin." Jawab Lina.

"Takpalah awak try call dia sampai dapat. Tapi sebelum tu buatkan saya coffee but no sugar please." Pinta Tan Sri Farid sebelum masuk ke biliknya.

Setelah hampir lima minit, kopi tanpa gula yang diminta oleh Tan Sri Farid disiapkan oleh Lina.

"Lina, jangan lupa try call Adam." Pesan Tan Sri Farid. Lina hanya mengangguk.

"Ke mana pula si Adam ni pergi? Kereta dia ada tapi orangnya tak ada dekat pejabat pula. Mana Adam pergi ni? Tolong jangan buat papa, mama dengan Fea risau, Adam." Gumamnya perlahan. Risau benar dia dengan keadaan Adam sekarang ni.

"Nak buat report tak boleh lagi sebab bukannya 24 jam lagi sekarang ni. Baru saja sejam takkan nak police report  pula." Bisik hati Tan Sri Farid. Terserlah kebimbangan pada wajahnya itu.

Tok... Tok... Tok...

"Masuk." Arah Tan Sri Farid.

"Saya dah cuba call Encik Adam tapi masuk dia offphone." Beritahu Lina dengan tenang.

"Tak apalah, awak keluar dulu. Mungkin Adam ada hal kot. Takpa kita tunggu dulu."

*****

Lebih kurang pukul 10.00 pagi pihak sekolah meminta untuk Cikgu Rashid menghubungi Puan Sri Darina.

"Assalamualaikum, ini Puan Sri Darina ke? Saya Cikgu Rashid guru kelas 5 Captain America."

"Waalaikumsalam. Ya Puan Sri Darina, mama kepada Sofea Adrina bercakap. Kenapa dengan anak saya?" Soal Puan Sri Darina kepada Cikgu Rashid.

"Macam ni Puan Sri, sejak daripada pagi tadi sehingga sekarang Sofea masih belum tiba di sekolah." Beritahu Cikgu Rashid dengan tenang.

"Tak ada dekat sekolah? Tapi tadi Abang dia Adam dah hantar dia pergi sekolah. Takpa, saya akan cakap dengan suami saya pasal hal ni. Nanti kalau ada berita pasal anak saya Sofea, tolong bagitahu. Terima kasih Cikgu."

"Baiklah, Puan Sri." Talian dimatikan.

Kebetulan Pak Mail sudah pulang ke rumah jadi Puan Sri Darina menyuruh Pak Mail untuk hantarnya pergi ke pejabat Tan Sri Farid.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!